Akhirnya beraya lagi di Kelantan...

by - Jumaat, April 21, 2023

Bila diumumkan jalan Gua Musang ditutup, aku terbayangkan akan kesesakkan jalan raya yang bakal dihadapi. Aku tak kisah pun pasal sesak dan berbelas jam lamanya di jalan raya tapi aku lebih risaukan akan kereta aku tu. Maklumlah, usianya bakal cecah 2 angka tak lama lagi. Dah la baru lepas kemalangan teruk. Aku punya keyakinan terhadap kereta tu agak sedikit menurun walaupun aku dah hantar servis di bengkel yang boleh dipercayai. 

Seminggu aku cari jalan potong untuk sampai ke Kelantan. Ada tiga jalan. Satu , melaui Grik. Dua , Terengganu dan ketiga , Muadzam Shah. Fikir punya fikir... akhirnya aku buat keputusan di saat akhir ! Melalui Muadzam. 

Hari yang dinanti..tiba ! Jalan melalui Karak , tiba tiba ada buat penambahbaikan. Ada kawan yang gerak awal, tersangkut berjam jam lamanya di Karak. Aku buka waze. Baca perbualan mereka mencari punca. Hurm...

Ingatkan nak gerak balik awal yakni lepas subuh tapi terpaksa ditunda beberapa jam. Tunggu jalan clear , baru gerak. Ikut Muadzam. Pasang waze.... masa diambil adalah 3 jam. Itu baru sampai Muadzam. Untuk sampai ke Kuantan, tambah lagi 2 jam berbanding jika ikut Karak-Bentong, baru 3 jam ! Aku 'kerugian' 2 jam. Tu pun kalau tak jammed atau berhenti untuk solat atau rehat. 

Aku berdoa agar cuaca cantik dan harap masuk Kelantan sebelum tengah malam. 


Kali pertama lalu jalan ni. Masuk Negeri Sembilan , pinggiran Melaka pastu Johor ! Masa sampai Johor ni aku cam... biar benar ?? Takkan salah jalan ? Kang ada yang terus ke Sedenak ni. Hahahah.. Beraya aku di rumah Che Mat Gebu... blogger Tiffinbiru yang popular tu. 

Dari Segamat 2 tu, dia terus potong masuk Muadzam Shah dan terus melalui Gambang untuk ke Kuantan. Fuh.. lega rasanya. Di Waze , aku terus set jalan ke Kelantan. Baca peta, perjalanan cantik. Kereta banyak.. lori pun banyak. Fikir baik baik.. doa banyak banyak.. Tenangkan diri.. pandu elok elok...



Dari Kuantan masuk LPT.. Allahuakhbar. Terasa lama sungguh la perjalanan. Sampai Ajil, aku tak tahan mata dah. Aku berhenti di RNR dan minta wife gantikan. Aku duduk sebelah dia dan terus terlena. Sebelum sampai RNR seterusnya, aku terjaga dan kembali minta jawatan aku tu. 

Akhirnya masuk Kelantan melalui Jerteh. Dia kasi laluan yang sedikit menyeramkan. Gelap gulita tanpa ada lampu. Kena harapkan lampu kereta sendiri atau kenderaan bertentangan. Nak lagi best.. dah la gelap... tau tau ada orang dok jalan kaki di bahu jalan. Berpakaian putih lak tu ! Hampeh tul laa.. Nasib baik ada lalu masjid sebelum tu. Tau la diorang tu nak ke masjid berjalan kaki. Kalau kul 12 malam.. mau gak aku pitam sambil memandu. 

Alhamdulillah.. selamat tiba di rumah mertua , jam 9 malam.  Hampir 12 jam memandu. Hahahah.. Tu tak jammed tu ! Kalau jammed ??? Kalau bawak Bezza aku tu dengan kelajuan 70-80kmj , aku rasa anak aku membesar dalam kereta la jawabnya. 

Aku tak beli baju raya tahun ni. Takda mood nak membeli belah. Beli untuk anak anak jer. Baju raya pun diorang tak beli sebab yang lama elok lagi. Mahal lak tu beli. Takkan nak beli baru lagi kot ? Heee... Mahai woiii ! 

Murah rezeki beraya di Kelantan.. kawan blogger aku yang sekarang ni dah jadi jurulatih bolasepak junior di Kelantan, offer baju raya 5 Waktu selepas terbaca posting aku. Aku tak la sampai tak mampu nak beli baju raya tapi nak beli yang baru tu.. aku rasa cam membazir je sebab baju lama banyak elok lagi. Baju raya skang ni pun harga boleh tahan gak la mahai. Kena berjimat cermat skit... anak anak makin membesar dan perlukan banyak duit untuk persekolahan mereka. Aku kena berkorban skit la. 


Gitulah adanya... lagi pun balik kali ni sebab mak ayah mertua aku tak sihat. Mungkin lepas jumpa anak cucu, diorang bersemangatlah skit.. kan ? 

Ok la... aku malas nak bebel.. Oh ya, hari ni masuk hari ke 90 rasanya.. aku tak makan nasi. Tengok nasi pun dah takda nafsu. Hahaahha.... 6 packs pun dah keluar terbonjol. Heeee... Yang penting, sihat ! 





You May Also Like

1 comments

  1. Perghh jauh perjalanan tu... Selamat menyambut hari raya bang ben.

    BalasPadam