Mana lebih baik ? Air kelapa atau air tebu ?

by - Selasa, April 11, 2023

Cuaca panas ditambah aku pulak gi gym pagi dan petang , pastinya tekak kering dan terasa sangat dahaga. Tapi tahap dahaga tu takda la seperti nak air sangat walaupun aku berpeluh banyak di gym. Alhamdulillah.. memang aku dah biasakan diri sebelum masuk Ramadan lagi. Tips aku guna ialah , air halia dan chia seed ketika sahur. Memang berkesan sama sekali. 

Tapi bila ternampak air tebu dijual di tepi jalan.. sapa tak terliur kan ? Hahaha.. Jika dibandingkan dengan air kelapa, aku lebih terliur dengan air kelapa. Kenapa ? Kita tau kelebihan air kelapa pada mereka yang kehilangan air dalam badan terutama buat mereka yang gemar bersenam ni. Jauh lebih baik dari air 100 Plus ! 

Semalam... Aku beli kedua dua air ni. Sejujurnya, aku lama dah tak minum air tebu ni. Dulu rajin la.. masa bujang. Tu pun dek kerana adik perempuan aku rajin beli. Nak harap aku beli.. memang tak la ! Takda duit. Hahahaha... 

Apa kelebihan air tebu ni ? Apakah kemanisannya sama seperti gula putih ? Kalau dibaca faktanya, sangatlah berbeza tapi pengambilan air tebu ni kena kawal juga. Air tebu ni mengandungi mineral, vitamin  , kalsium, kalium, zat besi, thiamin, magensium, riboflavin dan manganese.




Khasiat air tebu jika diminum secara berdisiplin sama seperti air kelapa iaitu;

1. Energy booster
  • Air tebu bertindak sebagai ‘energy booster.’ Elak dehidrasi, bersifat alkali. Bantu seimbangkan elektrolit dalam badan. Jika diminum secara sederhana.

2. Kuatkan sistem usus

3. Bantu tingkatkan kekebalan usus untuk lawan jangkitan.

4. Dengan seimbangkan paras pH dan sokong rembesan asid perut.

3. Kebalkan sistem imun
  • Kandungan kalsium, magnesium, potassium, zat besi dan manganese yang tinggi serta flavonoid bantu rencatkan sel kanser daripada berkembang. Terutama sel kanser payu dara dan prostat.

4. Bersifat diuretik
  • Air tebu yang dicampur bersama perahan limau dan jus kelapa mengurangkan rasa sakit. Mengeluarkan toksin daripada badan.
  • Bantu redakan keradangan dalam tubuh disebabkan oleh jangkitan salur kencing (UTI), batu karang dan prostatitis.
5. Bagus untuk rambut
  • Air tebu juga boleh dibuat lulur rambut dan kulit kepala bagi mengelakkan daripada kering.
  • Ia jadikan rambut lebih lembut dan lurus.
6. Atasi jerawat
  • Air tebu ada glycolic acid (AHA) yang boleh bantu buang lebihan sel kulit mata dan elak pori tersumbat.
  • Ia juga bertindak mencegah minyak berlebihan pada kulit muka.
Sumber : SinarPlus



Manakala air kelapa lak , memang sedap minum bila abis workout. Khasiat dia memang la banyak apatah lagi jika ditambah dengan halia, beet root , nanas , lemon dan buah oren. Pastu kasi kisar. Perghhh... lega sungguh tekak ! Fiber dah pastinya ada yang mana akan buat kita akan cepat kenyang. Maka takda la nak makan macam macam ketika berbuka ! Kita dah amik minuman cukup berkhasiat untuk tubuh badan. 

Tapi pastikan original la masa beli air kelapa tu yer. Jangan campur gula. Mintak yang ori. Dan kalau boleh, dapatkan yang segar dari buah ! Hee.. risau diorang campur air. Aku baru kena jer ari tu ! Geram la gak tapi tak pe la. Halalkan jer. Ada sebab la kot dia buat macam tu. 


Cuba cari resepi campuran guna air kelapa. Pastikan tak tinggi kalori dan tiada gula tambahan ! InshaAllah nikmat sama sekali dan berguna untuk organ dalam badan kita. 

You May Also Like

0 comments