Apa kes dengan roti putih lak ?

by - Ahad, April 16, 2023

Dulu aku pengemar roti putih ni. Maklumlah , muda. Sumbat jer la apa pun. Kononnya gi gym, boleh la bakar balik apa saja yang aku makan. Kononnya la ! Belajar tak abis.. gitulah. Yang dibakar tu kalori jer. Dah tu bahan bahan yang terkandung dalam makanan tu ? Jika ada khasiat semulajadi ok la. 

Kebelakangan ni , semakin ramai doktor memberikan fakta dan maklumat pemakanan berdasarkan kajian dan juga pengalaman mereka merawat pesakit. Alhamdulillah... banyak yang aku dapat dan aku ikut. Berbanding dulu , aku main hentam jer dan bila masuk umur 40 tahun, baru terasa lain maciam je badan !

Aku dah berhenti beli roti putih !  


Dan juga makanan dari tepung gandum seperti roti canai. Bukanlah tak boleh makan tapi aku kurangkan sangat walaupun untuk anak anak. Sesekali layan tu ok la. Buat lepas rasa gitu. Dek kerana teringin. Maklumlah , lama tak makan. 

Bagi yang ada masalah dengan perut ni, memang digalakkan jauhkan dari makanan bertepung gandum ni. Korang kena rajin mencari fakta kenapa dan mengapa. Kalau perut takda masalah, makanlah secara sederhana. Gitulah.. 

Ada yang kata dia ok jer makan roti putih ! Alhamdulillah.. baguslah. Dan jangan samakan roti putih kita ni dengan roti yang Rasulullah makan tu. Tak sama oii ! 

You May Also Like

1 comments

  1. Saya bukan peminat roti. Bila baca ni, betul dah keputusan tu. hehehe

    BalasPadam