Demi beraya di kampung halaman !

by - Rabu, April 26, 2023


Alhamdulillah.. Dapat beraya di Kelantan juga kali ni dan semua anak anak , sihat sejahtera pergi dan pulang. Cuma macam aku cerita sebelum ni la.. nak pergi tu, bercinta ! Nak balik pun bercinta. Tengok waze , pergh.. dia punya jammed , jangan cerita la. Tapi kerana si isteri tersayang nak gak balik beraya dan nak juga jumpa mak ayah yang kurang sihat ( rindu anak cucu ) , aku gegarkan juga la keberanian aku untuk meredah jalan apa yang ada asalkan sampai... 

Selesai berhari raya di kampung , masa untuk pulang ke kotaraya. Persoalan.. nak ikut jalan mana ? Gua Musang ? Grik ? Atau Lebuhraya Pantai Timur ? Hurm....bincang punya bincang... ikut je la apa kata Waze ! 

Dia kasi jalan Gua Musang tapi kena masuk ikut Dabong-Jeli ! Aku tak pernah lalu jalan ni. Tak tau camana bentuk buminya tapi aku tau Dabong memang best la kalau gi bercuti. Sejuk.. Tapi kalau musim hujan, jangan coba coba nak gi ! Bahaya. 

Gerak kul 830 pagi. Asalnya nak gerak pas subuh.. tapi faham faham je la kan. Bukan sorang sorang.. ada pakej ! Anak anak ler.. apa lagi ! Alhamdulillah.. jalan memang cun giler la. Cuma sesekali tu je ada sesak. Punca dari kemalangan yang tak diketahui punca. Boleh tahan gak la nahasnya. 

Tapi serius laa... ni last aku ikut jalan ni ! Hahahaha.. Dah la yang lain pakat tidur. Risau memasing sebab jalan raya lengang jer. Macam salah jalan pun ada.. Haha ! Biar betul Waze ni ?? Tapi berdasarkan pengalaman.. 98% jalan yang dia tunjuk tu, aku leh percaya la.. Sebab itu aku ikut gak. 

Lepas Dabong-Jeli , masuk Jelawang- Lipis.. pastu Raub-Bentong. Semua ikut jalan belakang ! Felda dan hutan berbukit. Jalan kecil jer. Kena hati hati. Sesekali hujan... Bab hujan tu aku risau. Maklumlah, fobia tak abis lagi. 

Aku dikhabarkan.. bahagian depan Raub dan Bentong tu, jammed. Nasib baik ikut waze. Kalau tak ?? Nayaaa... sangkut lama laa jawabnya. 

Dan akhirnya berjaya keluar ke Mempaga ! Dari situ , terus ke jalan utama iaiti Lebuhraya Karak-KL. Kat sini je la tak leh lari melainkan nak masuk Karak lama dan melalui Gombak. Kalau tau jalan , takda masalah. Aku tak nak masuk sebab hari dah petang.. heee..

Perjalanan dipermudahkan. Walaupun aku sedikit cuak bila jalan menuruni bukit dan bernasib baik sebab hari tak hujan.. Memang aku fobia selepas kemalangan bulan lepas. Tapi aku tawakal je la. Berhati hati memandu dan elakkan dari memecut. 

Alhamdulillah.. akhirnya tiba di rumah. Plan nak gi gym.. tapi hujan ! Berhari hari di Kelantan, panas membahang. Di Sepang , hujan di malam hari. Nampak gayanya , gym pagi esok je la. 

You May Also Like

1 comments

  1. Ohhh, Kelantan memang panas ya? patutlah ada baca komen-komen penduduk disana kata terlalu panas. Alhamdulillah, kadang tu kita yang lebih overthinking. Sebenarnya tiada apa pun. Kita kena lawan juga perasaan takut tu. Semuanya kerja syaitan, supaya manusia kalah dengan diri sendiri. Disebabkan sifat tersebut, kita jadi low self esteem. Tak bagus juga.

    BalasPadam