Saya tak boleh hidup tanpa nasi !

by - Rabu, April 12, 2023

Alhamdulillah... nasi adalah salah satu rezeki buat kita dari Allah yang tidak boleh kita nafikan sama sekali. Nasi bagus untuk tubuh badan kita jika kita ambil dalam kuantiti yang betul. Masalah kita ialah sering keterlaluan melainkan doktor dah bagitau suruh kurangkan. Maknanya kita dah ada penyakit bahaya. Uhuk.. dah ada penyakit , baru nak bersederhana. Cam aku la.. 

Bila orang kata dia wajib makan nasi hari hari atau badan dia akan mengigil seperti macam ada tak kena , aku cam.. hurm.. ! Aku takda la sampai tahap gitu cuma masalah aku ialah aku payah nak 'bersederhana' ! Ini sebab aku tak boleh tengok pembaziran terutama di rumah aku sendiri. Bila ada saki baki nasi, aku akan habiskan begitu juga bila makan di luar  terutama nasi arab ! Allahuakhbar.. sedulang aku boleh baham tanpa rasa menyesal. 


Segalanya berubah bila aku terasa sesuatu yang tak kena pada badan aku terutama pada perut. Mata makin kelabu dan perut makin membulat. Berat je bila nak bergerak walhal hari hari gi gym ! Apakah puncanya ? Hurmm... Gula aku dah stop ! Roti canai pun dah berhenti makan. Roti putih pun gitu gak cuma roti berkrim tu sesekali la.. 

Sehinggalah aku ternampak rakan gym aku , seorang wanita berumur awal 40an , punya bentuk badan yang slim ambil makanan ketika makan di restoran yang sama. Dia ambil ayam dan sayur salad dengan sedikit je nasi putih ! Aku cam.. Wow ! Itukah rahsianya ?? 

Sejak tu , aku rajin dapat video kesihatan di Instagram. Dan aku mulakan perubahan dengan berhenti ambil nasi putih ! Sebelum ni aku pernah buat juga tapi dalam seminggu dua. Memang turun berat badan tapi kemudian aku kembali makan nasi seperti orang ketagihan ! Hahahaha.. Tak boleh nak kawal nafsu sama sekali. 

Sekarang aku dah faham. Memang bukan salah nasi tapi kita sendiri. Cara kita makan dan juga jumlah pengambilan kena betul. Tapi aku ambil jalan selamat dengan 'menjauhkan' diri dari nasi. Alaa.. dah 46 tahun kot aku makan nasi. Takkan la beberapa bulan tak makan, tak boleh ? 

Sambil bila tak nak makan nasi ? Lor... Jika aku teringin satu hari nanti.. dengan hidangan yang berbaloi untuk aku makan nasi, aku makan ler. Contohnya jika ada lauk pauk yang rare.. haaa.. Makan la aku ! 



Habis tu nak makan apa je sebagai penganti nasi ? Allahuakhbar.. banyak je makanan atas muka bumi ni. Tengok apakah aktiviti kita hari ini.. pastu ambillah secukupnya. Inshaallah ok jer. Kita kena belajar dah bab kalori pemakanan ni sebab jika satu hari nanti.. dunia dah kekurangan makanan atau makanan makin mahal... barulah masa tu kita nak belajar jaga perut ? Makan ala kadar ? Hurm.. 

Cam aku.. untuk ganti karbo waktu sahur.. aku amik telur setengah masak 3 bijik dan air halia. Boleh gi gym lagi di pagi hari dan uruskan aktviti anak anak. InshaAllah. Pastikan yang kita ambil itu ada zat dan berkhasiat. 

Kita bukan perlu makan sampai penuh perut ! Kita kena tau apa yang perlu diperlukan perut ! Aku bukan anti nasi. Aku anti orang yang tak boleh hidup tanpa nasi dan berkata nasi adalah segala galanya untuk perutnya. Hurmm... 


You May Also Like

1 comments