Dia ditawarkan masuk kelas DLP..

by - Isnin, April 17, 2023


Tiba tiba wife bergegas ke arah aku yang terkial kial depan komputer. Mencari idea nak tulis apa. Dia tunjuk mesej dari cikgu Aariz. Aku cam... apa keskah ? Tak siap kerja rumah ke si Aariz ni atau ada hal dia bikin kat kelas ? Dia ni boleh tahan la gak nakal dia tapi aku rasa dia jenis dengar cakap cikgu. Tak berani nak melebih lebih. 

" Aariz ditawarkan masuk DLP ! " kata wife. 
*DLP - Dual Language Programme

Aku cam.. hurm. Abang dan kakak dia tak pernah dapat tawaran di sekolah yang sama sedangkan dua dua tu masuk kelas tadika di tahun 5 berbanding Aariz , tahun 6 di sekolah kebangsaaan jer. Banyak belajar dari abang dan kakak dia jer atau Youtube. 

" Nak masukkan ke tak ? " wife tanya aku. 

Sejujurnya , aku tak sangka la si kecik ni boleh dapat berdasarkan prestasi dia di Pra Sekolah. Walaupun peperiksaan dia cemerlang tapi aku cam.. Yeke ? Hahaha.. Walaupun di rumah , dia memang rajin buat latihan jika aku bagi. Cuma ada had je la. Sehelai je pastu tak nak dah ! 

Hurm... masuk je la. InshaAllah boleh je dia buat. Cuma perit kat aku je la nanti nak ajar dia ! Hahaha.. Adeh la.. Tapi tak pe.. aku tak risau sangat sebab aku boleh masukkan dia ke kelas tambahan sebelah malam. Belajar di rumah jer. Zahra dan Qhaliff pun banyak perubahan bila belajar secara online bersama FlyHigh Training Centre dan RelyEdu ni. Cikgu cikgu bukan sebarangan. Penerangan cukup teliti dan mudah faham. Alhamdulillah , ramai je murid cemerlang selepas join kelas tambahan secara online ni. 


Kelas tambahan ni bermula dari UPKK,  Tahun 3 hinggalah ke SPM. Korang boleh whtsapp terus untuk pertanyaan kalau malas nak bukak web diorang. Aku tahu.. korang malas ! Hahahaha.. kan kan ? Tak pe.. aku pun malas gak. Whatsapp dan tanya je apa nak tanya. Senang ! 
 


You May Also Like

3 comments

  1. Wah.. hebat la.. nak join la kelas english fly ni.. berapa sebulan?

    BalasPadam
  2. Tahniah Aariz! Bagus kelas DLP ni, cuma sebaiknya tuition subjek Maths Sains pun dalam DLP. Sebab pengalaman anak, akan ada sikit clash pemahamam dan kekeliruan bila anak terpaksa belajar extra 2 bahasa selain di sekolah.

    BalasPadam