Kau nak ikut sapa ? Doktor ? Coach atau Dietitians ?

by - Jumaat, April 28, 2023

Dah nak masuk 100 hari aku tak makan nasi putih. Yer, aku cuma tak makan nasi putih. Tapi nasi nasi lain pun aku masih  tak usik. Cuma baru baru ni, aku ternampak tapai ketika beraya di Kelantan. Tanpa segan silu, aku belasah makan berulang kali. Puas ! Hahahaha... Puashati ! 

Kuih muih dan biskut raya ? Aku pilih yang aku terliur jer ! Heee.. makan seketul dua dah. Aku buat cam ni. Raya pertama tu , aku cuma makan yang ni jer. Pastu lain tak usik. Begitulah raya seterusnya. Maka aku tak makan campur campur dalam masa satu hari. Cukuplah buat rasa rasa jer. 

Paling penting , aku berusaha elakkan pengambilan gula dan senantiasa minum air halia. Haa , air halia ni memang jadi dah minuman rasmi aku. Korang pun tau kan kenapa ? Gambar bawah ni , bukti satu ketika dulu aku bermasalah dengan pemakanan. Perut kembung membikinkan aku jadi buncit ! Bukan boroi tau.. tapi buncit ! Angin banyak dan masalah pelawasan. 


Maka sebab itulah, aku mula mengawal pengambilan makanan aku. Aku baca di Google, tonton video di Instagram dan Facebook mengenai pemakanan sihat dan yang sesuai untuk orang macam aku ni. Aku tak nak dah ikut kata mereka yang badan gempak... " makan je apa kau nak makan tapi berpada pada dan rajin bersenam ! ".

Maaf ! 

Aku tak nak buat gitu dah. Aku buat.. " makanlah makanan yang memberikan khasiat pada tubuh badan kita. Ambil yang baik baik , tolak tepi yang tak sesuai ! ". Ada yang kata kau tolak rezeki Allah ! Eh ! Apahal lak aku tolak rezeki Allah. Allah suruh kita pikir sebelum makan. Apakah makanan ni sesuai utk dimakan ? Apakah kesannya pada tubuh badan ? 

" Ala.. makan je sedikit. Ala kadar.." kata mereka. 

Eh, aku kenal tubuh badan aku sendiri ! Dah lama aku buat konsep gitu. Kesannya pada hari mendatang. Kalau kita tau makanan tu 'beracun' untuk badan aku , aku elakkan. Mungkin pada orang lain, dia beri khasiat. Tapi tidak aku. Maaf la. Aku tak dapat ikut dah konsep tu pada usia aku sekarang ni malah pada anak anak pun , aku dah sekat. Kecuali jika takda makanan lain di depan mata , maka aku benarkan mereka makan. Kira terdesak la..

Gambar bawah.. Aku dah keluar masuk gym, lebih 20 tahun. Nak dapatkan 'roti' di perut tu tak pernah berjaya. Aku tak nak buat jalan singkat ! Cucuk cucuk bagai ni, aku tak nak. Aku nak cuba cara natural. Aku tahu ada yang berjaya buat. Sebab tu aku cuba.. 

Akhirnya aku berjaya. Mudah jer rupanya ! Aku perlu jaga gula dalam badan je dan aku dapati aku jenis pengemar nasi, susu kotak , kek , roti dan apa saja makanan yang tinggi gula ! Allahuakbar ! Patutlah badan aku bila sakit , payah nak ok. Rupanya tinggi keradangan termasuklah di sendi sendi otot. 

Aku tukar gaya hidup aku. Berhenti amik makanan yang tak berikan manfaat pada tubuh badan. Hilang nikmat ? Er... kalau sakit , camana lak nikmat dia ? Apa ? Bukan selalu ? Yer la.. kita boleh cakap gitu. Hari ni makan gini.. esok lusa jumpa makanan lain, cakap gitu lak. Lama lama ?? Hurm..

Apa yang aku makan.. aku banyakkan protein , fiber dan lemak baik. Karbo ? Banyak je sumber sumber karbo yang ada dalam pemakanan harian kita. Dan aku kena tahu penggunaan kalori harian aku. Aku bukan jenis bekerja guna fizikal yang memerlukan kalori yang tinggi. Masa di gym saja baru byk guna. Selain tu, biasa jer pengerakkan aku. 



Di Tik Tok , aku kerap dah tonton video video 'percakaran' golongan golongan bijak pandai bab kesihatan ni. Ada yang kata makan itu ini oke jer ! Ada yang tak kasi. Ada yang kritik golongan itu.. Ada yang hentam golongan ni ! 

Eh ??? Nak ikut sapa ni sebenarnya ? 

Mudah jer..Kita ada akal.  Jika kita ada sakit , tanya doktor kita sendiri. Pastu maklumat kesihatan dan pemakanan di media sosial ni , kita cernakan. Amik yang sesuai. Tolak yang memudaratkan. Contohnya, jika ada yang kata " Kau makan apa saja ! Yang penting sederhana dan rajin bersenam.. Jaga kalori intake .. " Yang jenis jenis ni , aku tolak la ! Sebab apa ? Aku jaga makan dah dan aku nampak kesan positif dia. Dulu aku jenis yang sebelum ni.. Makan apa saja tapi rajin bersenam. Dan aku tak sihat ! 

Bagi aku.. yang paling penting... Jauhi gula dan makanan sampah ! Korang pun tau apa itu makanan sampah ! Jaga diri.. jaga kesihatan ! Aku bukan nak hidup lama atas dunia ni tapi aku nak elakkab dari menyusahkan orang lain. Tu je niat kita.. 

Ada anak anak yang masih bersekolah ? Makanan sihat membuatkan otak mereka cerdas. Berikan kelas tambahan mengikut kemampuan kita... Cubalah ! Memang bagus... 



🙆🏻‍♀️ *BONUS : BAHAN BELAJAR & RAKAMAN KELAS DISEDIAKAN*

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

JOM DAFTAR SEKARANG‼️

 



 

You May Also Like

0 comments