Hotel mana best jika ke Pulau Pinang ?

by - Isnin, Februari 27, 2023

Perancangan minit terakhir. Pada awalnya dah amik hotel di Mercure Tanjung Bungah... bawah sedikit dari Batu Ferengghi. Harga dalam RM300+ tapi aku cancel sebab Zahra demam. Bila dah cancel , esoknya Zahra dah kebah dari demam ! Diorang nak gak gi Penang. Dah lama tak jumpa sepupu sepupu belah sana. 

Bincang ngan wife. on ! Dia terus cari hotel pagi tu gak. Dalam perjalanan ke Pulau Pinang.. Akhirnya dapat Flamingo Hotel. Harga dalam RM190. Alhamdulillah.. Ok la kan ? Malas nak duduk hotel mahal mahal sebab gi sana, nak kena gi rumah adik beradik. Rugilah kan ? 

Flamingo.. Cantik hotel dia. Staff , ok. Ramah la gak. Heee.. Lobi kemas. Kolam mandi budak pun best. Pantai cun ! Seronok main pasir dan laut jika hari cantik. Bilik ? Bagi aku ok la.. sesuai dengan harganya. Nak keluar makan, boleh jalan kaki ke jer ke restoran nasi kandar berhampiran. Best jalan jalan ! Baru syok.. takda la keras dalam bilik.



Perancangan nak duduk semalam, rupanya bertukar ! Kena menginap 2 malam di sana lak. Tapi hotel kena tukar ! Situ dah penuh. Adeh.. wife cari... dapat  Tanjong Inn. Tak jauh dari situ. Dalam 200 meter gitu.. Alhamdulillah... 

Di Tanjong Inn Residences ni, lain skit dari hotel. Apartment kan ? Kalau korang datang beramai ramai ke Pulau Pinang ni, sesuai sangat la amik Tanjong Inn ni. Macam aku dapat ni, 3 bilik tapi aku guna sebilik jer. Besar , luas , selesa. Ada dapur , ruang tamu dan balkoni untuk menikmati suasana. Ada gym yang selesa , kolam mandi yang seksi dan ruang tempat letak kereta yang banyak. 

Kalau korang kaki makan , korang boleh ke arah Batu Ferengghi.. Terus ke arah Escape. Kat sana nanti ada banyak kedai kedai makan yang menarik untuk korang terokai. Aku ? Aku bukan kaki makan. Aku makan je apa yang ada kecuali nasi buat masa ni. Hahahah.. diutamakan ialah sayur dan protein seperti telur rebus mahupun ayam.. Heee.. 

Tempahan dibuat secara online di Booking.com jer.


Kalau korang banyak duit ? Boleh redah gi stay Hard Rock Hotel , Golden Sand , Holiday Villa dan banyak lagi hotel mahal kat area Batu Ferengghi. Tapi kalau rasa nak jenjalan di Pulau Pinang, cari je jenis jenis apartment di area sana. Ada banyakkk ! Bahang Bay.. Apa lagi eh ? Eh.. banyak laaaa... Serius best gi belah sini kalau cuaca cantik. Korang boleh check cuaca sebelum gi bercuti di sini..

Jammed ? Hurm... kena sabar la. Untungnya kalau korang rajin angkat tangan ucap terima kasih , inshaAllah ok jer redah jammed kat sini. Heheheee.. tu je skillnya. Rajin rajin ucap terima kasih ! 

You May Also Like

1 comments

  1. betul, sini kena rajin angkat tangan ucap terima kasih tapi sini spesis pemalas nak angkat tangan, buat muka toya je bila slumber potong barisan.

    duduk Penang ni, first time la kne langgar side mirror sampai berkecai. duduk Klang Valley dulu bertahun tak pernah kena =')

    BalasPadam