Zahra keluar dari bilik air sambil teresak esak. Turun ke bilik bawah untuk mencari pakaianya. Wife sedang solat Maghrib. Perbualan mereka didengari oleh ibu mereka.
"Kenapa Aara nangis ". Tanya Qhaliff.
" Zahra : Daddy pukul ". Jawab Zahra.
Sambil mencari pakaian Qhaliff menjawab, " Daddy memang macam tu..". Ringkas tapi padat ! Menurut wife , dia sendiri nak tergelak kuat tapi tahan.
Kenapa daddy pukul ? Aku jentik telinga dia sebab tak dengar cakap.Berulang kali aku cakap tapi tidak diendahkan oleh Zahra. Nak sebelum Zahra menyalahkan aku di kemudian hari , maka aku kena tegas ! Taknak jadi cam Sazali menyalahkan bapaknya kerana terlalu manjakan dia.
Apa yang Zahra buat ? Tak perlu la kot aku nak cerita tapi ianya patut bagi aku. Lagi pun bukanlah jentik yang menyakitkan. Lebih pada menakutkan jer. Diorang ni tau , aku manjakan mereka. Sebab tu ngan aku , diorang boleh ayam ayamkan jer. Tapi ngan mak diorang , tak berani. Maka aku kena lebih tegas supaya mereka tidak melakukan kesilapan lagi. Dan ianya penting untuk mereka jugak.
Payah sebenarnya. Qhaliff dah cop aku ' daddy suka marah marah '. Sedangkan aku lebih suka cakap baik baik memandangkan aku ni ada tekanan darah tinggi. Kena jaga amarah. Tapi... budak budak kan ? Paham je la. Sekali dua cakap mana nak dengar. Kena keras dan tegas , baru takut. Cuma 'kesan sampingan'nya , seperti aku kata tadi la.. di cop negatif walhal aku la paling manjaka mereka.
Hurmm.. Harap mereka faham satu hari nanti.. kenapa dan mengapa. Seperti mana aku dulu yang anggap ayah aku berat sebelah.. manjakan adik perempuan berbanding lelaki. Sekarang dah tau kenapa.