Hurm ... aku pernah tengok soalan begini di Forum GB ... lalu aku siasat latar belakangnya .. seorang pelajar IPTA .. Seorang pelajar IPTA , bermakna dia seorang yang bijak , bukan ? Aku tak pernah berniat nak merendahkan sesiapa kerana aku sendiri pun tidak bijak ..
Lalu aku keluarkan thread di Forum tersebut .. Mmg mendapat pelbagai reaksi .. ada yang marahkan aku .. ada yang kurang senang .. ada yang sokong .. Niat aku ialah satu .. Kenapa tak gunakan search engine ? Ada banyak search engine dalam internet ni .. Kalaulah soalan itu dikemukan oleh orang yang tak pernah guna internet , maka bolehlah dimaafkan .. Tetapi jika soalan itu dilemparkan oleh seorang pelajar yang bijak tanpa membuat kajian terlebih dahulu , aku rasa sesuatu yang menyedihkan .. Kenapa ? Tiada masakah ? Hurmm.. Atau saja nak bermanja manja ? Entahlah ... cuma aku tak sedap mata nak tengok lalu aku tegur ..
Sebagai seorang 'abang' dikalangan blogger muda , aku rasa aku patut tegur ! Nak terima atau tidak , terpulang .. Aku tegur berdasarkan pengalaman aku .. Jika dia berada dalam dunia pekerjaan , dan dia amalkan sikap tidak mahu mengkaji terlebih dahulu sebelum bertanya , maka dia akan terus terusan berada di'bawah' ..
Ok .. aku tau ramai yang tak tau nak gunakan search engine .... aku ajar skit ek ..gaya aku ..
Kalau tak jumpa ... cuba gunakan '+' ... contoh jika mencari entri berkaitan BIONIC GYM di blog BEN ASHAARI ... 'BIONIC GYM + BEN ASHAARI ' ..gitu .. ok ?
Pada blogger yang 'terasa' tu , aku mohon maaf .. tapi percayalah , aku bukan nak perli tapi nak 'mendidik' .. Gunakan semua sumber yang ada barulah bertanya ... Anda seorang pelajar IPT .. Jangan marah yer .. ;)