Soalan: al-Fadhil Dr Asri, saya menghadapi tekanan di tempat kerja saya. Ada seorang individu yang sering membuat berbagai tuduhan kepada saya. Macam-macam cerita yang bukan-bukan diada-adakan. Dia macam mahu orang lain membenci saya. Saya tahu diri saya. Demi Allah, semua yang dituduh itu tidak benar. Saya amat tertekan. Sehingga saya berfikir ingin berdoa agar Allah memberikan bala kepadanya. Tapi ada orang beritahu saya tidak boleh berdoa macam itu sesama muslim. Saya amat sakit dengan kezalimannya. Bolehkah saya doa supaya Allah beri balasan kepadanya?
Jawapan Dr MAZA:
Semoga Allah memberikan kesabaran dan pahala atas ujian yang menimpa saudara. Percayalah segala kesakitan hidup di dunia ini, jika kita redha dengan Allah maka ia akan menjadi kebaikan dan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Untuk soalan saudara di sini saya nyatakan beberapa perkara;
1. Sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya sekalipun insan yang dizalimi itu telah mati, atau gagal bertindak apa-apa. Allah tidak lupa perbuatan mereka yang zalim. Akan ada hari yang mendatang di mana si zalim akan tetap dibalas Allah dengan cara yang dikehendakiNya. Percayalah hal ini. Jika tidak pun di dunia, pembalasan akhirat tetap menanti. Dosa itu akan tetap ditanggung oleh si zalim. Akan tetap tiba hari yang maha adil untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).
2. Jika benar saudara dizalimi, saudara tidak akan disia-siakan pada Hari Akhirat kelak. Si zalim pula akan berhadapan dengan mahkamah Allah di Mahsyar nanti. Amalan baiknya akan saudara perolehi, jika tidak dia akan menanggung dosa saudara. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
sambungan di DRMAZA.COM