" Blogger tertipu dek segmen BEN ASHAARI ? "
Gulp.. tertelan air liur aku .. Aku terpandang satu mamat ni pakai jersey bolasepak pasukan luar negara dan terpampang satu logo produk yang amat kita kenali .. Jersey tu sah sah dia beli kat tepi jalan je memandangkan dia gunakan baju tu hanya untuk membuat kerja kerja kasar .. Wow.. bijak !
Segmen BEN ASHAARI ... Aku tak pernah mendabik dada langsung pasal blog aku .. Masih aku ingat lagi pertama kali aku buat segmen JELAJAH BLOG .. Perghh.. ramai gila kutuk !! Serius .. Sampai skang pon masih ada yang kutuk .. tak puashati .. kata aku dok makan trafik blogger terutamanya blogger baru ..
Segmen Jelajah Blog lak , diorng bantai aku kerana aku memandai mandai review blog orang .. Blog aku pon haprak ada hati nak review blog orang .. tu kata dia la .. Aku tersenyum je la.. Masa tu aku terfikir , sapa yang layak sebenarnya ? Dan persoalannya , aku ke yang gatal buat padahal itu atas permintaan blogger tersebut..
Jelajah Blog yang aku buat tu adalah satu segmen suaikenal blogger yang aku kenali dengan pembaca aku .. Sangat mudah .. Itu pon dipertikaikan .. Maka aku permudahkan lagi.. Sekadar copy paste pengenalan mengenai blogger tersebut .. Tu pon jadi isu gak.. Masalahnya ialah , aku buat , aku tak mintak pon balasan .. Kecuali mmg aku ada ajak tukar suka sama suka.. Tak nak tak pe ..
Dari situ bermula segala SEGMEN .. TUKAR SUKA SAMA SUKA .. dan WIN WIN SITUATION .. Tapi disbbkan ada yang fikir guna pala lutut , maka dia kata aku amik trafik blogger terutama blogger baru ..
Wahhh.. kaya aku siutt... tapi sekurang-kurangnya la kan , aku wat dengan idea aku sendiri .. Aku tak wat entri pasal artis , drama , filem dan tunggu orang google dengan harapan entri aku terkena makan umpan .. Dalam erti kata lain , aku bawa angin perubahan dalam dunia blog ini .. Dan skang ada gak blogger yang buat kan ? Maka kejikah mereka ? Tak ke sedar contest pon memerlukan para peserta berbuat demikian ? Nak join , sila beli produk .. baru leh menang..
Akai pon tarak ! Harap ada gelaran je .. Nasib baik aku hidu niat buruk 'ko' tu ..