Yang benar-benar ikhlas sebenarnya , tak ramai .. Yang ramai ni , lebih pada bermuka-muka .. Alhamdulillah , sepanjang aku dalam dunia maya ni , aku masih ada teman rapat ..
Sedihnya , yang menikam belakang ni terlalu tinggi jumlahnya .. Kalau kita buat tak tau , mereka kata sombong.. Bila kita ramah , mereka pijak kepala ..
Apa yang aku belajar dalam dunia maya ini ialah … JADILAH DIRI SEBENAR.. Jaga hati orang , biarlah kena cara .. Jangan sampai binasakan diri sendiri semata mata nak puaskan hati mereka ..
Apa pun , jutaan terima kasih buat mereka yang sudi berkawan dengan aku walaupun tidak pernah bersua dan paling penting , berkawanlah kerana Allah dan juga kerana kita ini manusia yang punya hati dan perasaan ..