Television bukan gadget yer ! Ada yang anggap tv tu gadget ! Sila fahami maksud gadet tu. Ahaaa.. Kalau tv tu gadget , maknanya panggung wayang tu pon gadget la gak ! Adehh.. Hahahaha..
Hari ni , tak keluar gi mana mana. Aku rasa cam malas sangat nak keluar. Penat kot ? Dah dua hari berturut keluar.. Maka siang hari ni nak duduk rumah jer.. Tunggu malam..
Dan budak budak ni ? Tak usik langsung handphone aku atau mak dia ! Waduh.. cekal sungguh la terutama si Qhaliff !
Apakah mereka kemaruk tv ? Aku rasa takde pon.. Tv tu jadi teman bila diorang tak tau nak buat apa dalam rumah. Nak selongkar permainan , dah abis selongkar dah.. Nak makan , dah makan dah.. Maka , tv je la jadi sasaran. Malam baru belajar ngan ibu. Daddy kalau ajar , macam ajar kat ipta ! Confirm student dua orang ni menguap..
Ada yang tanya aku.. Kalau makcik pakcik datang rumah , budak budak ni confirm pinjam handpone mereka. Dan diorang kasi pulak ! Huhuh..
Nasihat aku la… kalau tau anak anak buah suka pinjam phone.. sila la sorok dari mereka. Off data ke , remove game ke .. Sama sama membantu. Jangan jadi tukang galak sama. Sian anak buah kita tu..
Aku ngan anak anak buah , memang garang. Takat nak tengok kartun yang aku download , tu ok jer.. Game ? Tiada .. Tu pon kasi bila bateri tinggal bawah 50%. Sekejap je akan jadi 0 !