Hurmm.. Aku plan nak tidur di bilik sebentar untuk bangkit kembali jam 12 tengah malam manakala wife tidur di ruang tamu bersama anak anak.. Aku kena jauh dari Qhaliff.. Kalau ada dengan dia , dia takkan tidur ! Mesti nak ajak main..
Zahra ? Dia puas dah tidur siang hari.. Maka malam hari dia jadi burung hantu ..
Baru aku terlena dalam beberapa minit.. Terdengar suara di hujung kaki aku.. Aku bukak mata.. Zahra ketawa.. Huk alohhh.. Jauh laa dia merangkak ! Nasib baik dia masuk bilik.. Kalau ke bilik air ???? Hurm.. Sila tutup pintu bilik air bagi mereka yang ada anak kecil yang dah pandai merangkak dan berjalan ! Hurmm..