Ok… malam ni bertolak. Naik Korean Air.Segalanya ditanggung oleh SAMSUNG. Aku bawak diri dan duit shopping jer ! Nak tapau RoboCar Poli untuk Qhaliff dan Zahra. InshaAllah..kalau murah ! Hahahaha… Bajet bawah RM100.. Lalalala..
Hurm.. Jom check dokumen yang penting serta aksesori wajib bawak !
Duit.. passport , Kad ATM , MyKad , Lesen Memandu , dan kad kredit.. Siap !
Memandangkan kali ni akan terdapat influencer-influencer top serta popular dan juga media antarabangsa dari luar negara yang akan turut menyertai delegasi anjuran SAMSUNG ni maka… sila sediakan kad bisnis dengan banyaknya ! Masa ni la nak promote diri sendiri.. sapa lagi nak tolong promotekan diri sendiri kan ? Salah tuuu.. dan juga KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ! Aku ‘bawak’ juga mereka terutama yg sayangkan KBBA ni.. InshaAllah..
Ok… lagi ? Telefon pintar , kamera dan GoPro !
Lagi ???? Power Bank dan Ray Ban ! Hehehe.. Pastikan kali ni bergaya di sana ! Ari tu kat Paris macam gelendangan je aku.. Huhhh.. Gara gara takut dek penyeluk saku.. Adehh..
Selain dari tu… bawak banyak lagi.. Tapi yang penting ni la kot ? Ada lagi ke ? Adaaa.. bawak bawak bersabar di sana yer.. kan ? InshaAllah.. hehehe..