Mula mula aku buat blog , aku tak kisah langsung tentang " ada ke orang nak baca blog kau " tu .. Sebab aku sedar sapa aku .. Tapi itulah yang membuatkan aku bersemangat untuk bagitau pada dunia , " HELLLOOOOOOOOOO.... BEN ASHAARI DISINI !! " ..
Cabaran itu aku sahut.. Aku nak buat mereka senantiasa nak membaca cerita dari aku .. Setiap hari sampai mereka jemu !! Boleh ke jemu ? Boleh .. kalau aku tak pandai lagi bercerita atau cerita aku membosankan .. Tapi aku kena pastikan itu tidak berlaku ..
Jangan lupa ! Orang yang nak baca blog aku ni , sama je level aku .. Level yang mana dia sendiri pon hamba Allah .. Kena solat gak 5 kali sehari .. Kena puasa gak.. Sama je kan ? Apa bezanya ? Sama sama berdarah merah .. Kalau takat diukur dari segi kekayaan atau pangkat , maka selayaknya mereka cuma perlu baca atau tonton CNN atau majalah business je la.. kan ? Diorng pon mesti bosan ! Sesekali nak gak 'skodeng' cerita cerita dongeng rakyat cam aku punya ni .. kan ?
Jadi , jangan putus semangat .. Samada ada atau tidak orang nak baca blog kita tu , lantak la.. Korang nak bercerita , bercerita jer .. kemudian , g je paste url korang tu kat mana mana kelab blogger yang ada .. Kalau menarik cerita kita itu , pastinya akan lama mereka kat situ .. kalau tak menarik , pastikan akan datang kasi menarik !
Jangan risau .. tak rugi apa apa pun .. Bergembiralah dengan blog korang tu .. Hari ini padang pasir.. sapa tau boleh bertukar jadi sekebun pokok kurma jika benar benar nak menukarkannya.. Pastikan cara dan jalannya tepat dan niat kerana ALLAH