Hurm... Kenapa ingin jadi blogger popular ? Apakah dengan menjadi popular , kita akan diingati ? Apakah dengan popular kita akan hidup kita akan mewah ? Atau kita sering dipuji ?
Hurm.. Aku buat blog .. bukan semata mata ingin dipuji .. Aku buat blog adalah kerana ini membuktikan aku ini 'berguna' ! Aku ingin buktikan aku boleh berjaya hanya dengan menaip keyboard ini !!!
Ramai orang dah buktikan mereka dah berjaya dalam bidang yang mereka ceburi .. Aku ingin jadi seperti mereka ! Aku mahukan kejayaan seperti itu ! Aku tidak mahu lagi mengangguk walaupun aku mahu mengelengkan kepala .. aku tidak mahu lagi !
Blog.. Hurm... aku tak sangka inilah dunia aku sekarang .. Dan aku pasti ianya akan menjadi sepenuh masa pada satu hari nanti.. Apakah aku akan jadi seorang penulis sepenuh masa ? :) Akan terjawab sedikit masa nanti ..
Aku lakukan kerana aku minat .. Bukan kerana inginkan pujian atau populariti .. Apa yang aku lakukan selama ini adalah promosi .. Aku perlu memperkenalkan blog aku di serata tempat .. Bukan mudah untuk melakukannya .. Sapa yang nak pacak muka kita dalam blog mereka ?? Kena ada 'sesuatu' baru akan berlaku semua itu ! Dan aku ada 'sesuatu' itu .. Mereka memacakkannya !
Pujian ? Aku tak hidup atas pujian .. Aku hidup atas rezeki Allah .. Aku hidup atas nikmatNya .. Aku hidup atas ehsanNya .. Maka ... aku nak g solat zohor dulu la... kang nak g meeting lak ..
Apa pun ... aku tak minta dipuji dan tolong jangan puji aku .. Kritik ? TOlong simpan dalam hati tu .. lagi la aku tak nak ! Kalu nak bagi pendapat , aku alu alukan .. okeh ? Jumpa lagi nanti ..
Bz skit pasni .. ;)