Ada satu komen.. dia tanya aku .. Aku dok marah marah dalam blog ni , orang tu baca ke luahan aku tu ? Gulp.. terfikir gak .. dia baca ke ? Sebenarnya aku tak perlu fikir sbb MMG DIA BACA !
Camana aku tau ? Aku tau sbb dia kan kaki kipas.. Jadi bila ada isu , cepat cepat dia faxskan ke bos dia walaupun dia tau dia tak bergaji .. Kesian .. Tapi tak pe.. mungkin dia dah dijanjikan kemewahan FOLLOWERS kot nanti .. huhu..
Maaf , aku bukan riak.. bukan takbur .. sombong apatah lagi.. Aku ini manusia biasa ... tersangat lemah dan leka apatah lagi lalai .. Namun aku cuba perbaiki setiap kelemahan aku agar menjadi manusia yang lebih baik dari semalam ..
Aku berblog kerana Allah .. Rezeki aku dapat kerana Allah .. Setiap apa yang aku perolehi , kerana Allah .. Bila mereka kata aku berblog kerana nak popular , sila rujuk balik manusia manusia yang pernah popular .. Apa jadi dengan mereka ? Ke kubur juga bukan ? Bukankah lebih nikmat jika aku berblog kerana mengharapkan syurga Allah ?
Jadi entri aku yang korang fikir aku marah tu , sila baca kembali.. Aku marah atau aku selitkan nasihat untuk rakan blogger sebenarnya ???