Cemburu ada dua jenis.. Cemburukan yang membawa kepada kemajuan diri dan satu lagi , cemburu yang menghancurkan diri sendiri !
Tak dinafikan di zaman ini , manusia lebih mudah cemburu dari berbangga terhadap pencapaian orang lain . Cemburu ibarat makanan rutin harian , sekarang ini . Walaupun mulut senantiasa melafazkan zikir dan selawat , namun masih ada yang gagal melawan serangan syaitan ini.
Ya , cemburu itu sebahagian dari manusia. Tapi ada cara membendungnya.. Tu boleh dirujuk pada entri rakan blogger yang bertajuk Cara Melawan Hawa Nafsu ..
Ada satu kes berlaku ( banyak lagi tapi ‘terselamat’ ) di Johor Bahru .. Gara-gara cemburu , maka dia sendiri ikut sama ‘rugi’ ..
“ Padah keluar dengan isteri kenalan baik, seorang lelaki maut dibelasah dan ditikam suami kepada wanita terbabit menggunakan objek tajam di sebuah pasar raya di Plentong di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Sarmin Arsad, 40, dikatakan baru selesai membeli-belah bersama wanita berusia lingkungan 30-an terbabit.
Difahamkan, suspek yang terserempak dengan isterinya bersama Sarmin di perkarangan tempat letak kenderaan pasar raya berkenaan terkejut melihat gelagat dan aksi mereka ketika berjalan bersama.
Suspek yang berang menyaksikan perkara itu terus menyerang mangsa dan menghamburkan kata-kata kesat sebelum nekad menyerang serta menikam Sarmin.” – Hmetro
Haa… Yang cari pasal , mati dan yang menikam tu pulak ditahan polis tidak lama kemudian . Motif sebenarnya , polis belum tahu lagi .. Aku bukan buat andaian tapi kalau gini biasanya , lelaki akan bertindak terburu-buru dan akhirnya menyesal.. Ada yang tak menyesal ke ? Puashati ?
Apa jadi pada perempuan tu ?
IKLAN OLEH - Asteriskboutique.com
Diperbuat dari kain Silky Cotton dan dihiasi dengan ropol di sebelah bahagian dari depan hingga ke belakang tudung, awningnya dari fabrik Velvet Corduroy.
Sale Price hingga 15 Januari ni cuma RM52 sahaja, murah dari harga pasaran.. Hanya di http://www.asteriskboutique.com/