Jangan tensen tensen.. layan sat gambar ni ..
Dah cool skit dah kan tensen tu ? Semua ni ciptaan Allah.. Secara tak langsung , kita mengucapkan kebesaranNya dari dok pk tensen tu.. Lari jap dari tekanan perasaan tu .. hehe ..
Jangan tensen tensen.. layan sat gambar ni ..
Dah cool skit dah kan tensen tu ? Semua ni ciptaan Allah.. Secara tak langsung , kita mengucapkan kebesaranNya dari dok pk tensen tu.. Lari jap dari tekanan perasaan tu .. hehe ..
Petang tadi , ada wife bagitau aku .. Kawannya ada mengambil vaksin Rotavirus untuk bayinya.. Klinik kerajaan tidak menyediakan vaksin ini kerana mahal .. Harganya mampu capai RM300 .. Betul atau tidak , aku sendiri pun tak pasti ..
Apa tu penyakit ROTAVIRUS ? Aku pernah tau keropok ROTA jer.. Penyakit ni tak tau lagi .. ehhe .. Tapi mengikut dari apa yang aku google , Rotavirus lazim menyerang bayi dan kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun, namun kajian menunjukkan orang dewasa yang dijangkiti virus berkenaan turut mengalami gejala seperti cirit birit pesakit muntah dan cirit-birit, muntah , sekali gus menjadi punca kepada dehidrasi atau kehilangan air dalam badan.
Menurut sumber, kehilangan air dalam badan yang teruk dan tidak dirawat dengan segera boleh memudaratkan pesakit terutama apabila muntah dan cirit birit itu berpanjangan.
Menurut pakar perunding padetrik ,Dr Yong Junina Fadzil , antara kaedah yang boleh dilakukan ibu bapa untuk mengelakkan jangkitan Rotavirus ialah mengasingkan anak mereka daripada kumpulan kanak-kanak lain sekiranya anak dihantar ke TASKA dan jangan biarkan anak berkongsi makanan dengan saudaranya yang lain di rumah. Pastikan ibu membasuh tangan sebelum memegang makanan
Katanya lagi , kanak-kanak dijangkiti Rotavirus lazimnya akan mengalami cirit-birit dan muntah diikuti deman sehingga badan mereka mengalami dehidrasi.
Jadi , perlu ke tak Qhaliff mengambil vaksin tersebut ? Hurmm .. Kena tunggu check up seterusnya untuk mendapatkan nasihat doktor .. Bagi aku , tak leh memandai mandai .. Bahaya gak … huhu ..
Sumber maklumat : Bharian Online