BEN ASHAARI



Ketika mereka melaungkan keprihatinan ,
Mereka terlupa kami-kami yang di belakang ,
Terkapai kapai mengharapkan ehsan ..

Ketika mereka melaungkan perjuangan ,
Seketika saja mereka insaf ,
Selebihnya mereka ketawa kegembiraan ,
Harta melimpah tak kunjung habis ..

Ketika mereka melaungkan kejayaan ,
Mereka terlupa kejayaan suatu kegagalan ,
Yang mana mereka pernah kecapi ,
Satu tika dulu ...

Sesungguhnya aku kecewa pada mereka ,
Memperkotak katikkan kami kami yang dibelakang ini ,
Dengan senyuman manis seribu makna ,
Seolah tiada apa yang berlaku
di dunia kini ...

Aku tidak pasti kini masa depan ku
Perlukah bergantung pada mereka ?
Atau mulakan hidup baru
Dan berdoa agar Allah berikan hidayah pada mereka
Sesungguhnya tanah ini tanah kami cintai
Tidak ingin sama sekali aku meninggalkannya ...

Mereka ...Mereka.. Mereka ..
Sedarlah...hidup ini hanya sementara ..
Amanah yang kamu pikul
Amanah rakyat yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak..

Mereka ..mereka..mereka
Insaflah...
Kami tahu dunia ini mereka yang punya..
Kami tahu akhirat nanti Dia yang punya..

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Kejadian ini membuatkan aku seringkali trauma bila wife aku datang jemput aku ( dengan keta la )...tapi kejadian ini bukan berlaku semasa dengan wife aku sebaliknya nun 4-5 tahun lepas..

Tarikh : Tak ingat \tak ingat \ 2003-2004
Masa : Malam ( atas kul 10 )
Lokasi : Depan blok aku , Flat Sri Melaka ,Cheras

Planning nak g makan downtown ...uptown ni kat pj nun...masa ni masih kat sana sebelum pindah kat damansara nun...ek..ke kat damansara ? aku pun tak ingat ..tapi apa pun mmg satu satunya uptown , kat situ je..takde lain dah...

Sampai masa...member aku call kata ada kat depan dah ...diorng kata g ngan dua buah keta..satu kancil satu lagi wira kalau tak silap aku...

Berjalan ibarat model antarabangsa , aku sengih kat geng2 aku kat dalam keta wira tu...Apa giler diorng duduk penuh dalam satu keta..apasal tak naik keta satu lagi ? aku tertanya sendirian..kemudian aku masuk dalam keta kancil warna hitam yang berada depan keta wira tu..

"Apahal la keta ko ni kotor sangat ...kata ari ari cuci...keta cikgu cam ni ke ? " aku terus membebel dalam keta tu...

"Dok tunggu apa lagi ni ? " aku bercakap tanpa paling ke muka pemandu tu...

Kemudian aku rasa pelik..nape tak bercakap lak member aku ni...aku pandang muka dia lalu aku terkejut !!

Dia tengok aku dengan keadaan terpinga pinga ..

'"Aiseyman ! ....aku salah keta laaa....adoi..."

Aku cakap kat brother tu..."er..sori ek..salah keta lak..." . Aku sengih aku kuar...beb...aku rasa cam nak bunuh diri masa tu.. Aku kuar..aku cari keta kawan aku..rupanya dia kat belakang keta wira tu...bukan yang depan wira tu...

Aku jalan ke keta member aku tu...Budak-budak dalam keta wira tanya aku semasa aku melintasi keta diorng.." Wei Sal, member ko ke ? " aku sengih je..." nanti aku cita la..."

Bila aku masuk dalam keta kawan aku tu...dia tanya..." Member ko ke ? " .. Aku tengok muka dia...

" Ko percaya tak aku kata..aku dah salah masuk keta..aku ingat tu keta ko ". Member aku bantai gelak cam nak mati ! Aku ??? Mmg dah mati masa tu !!!

Bila sampai kat uptown..aku cita kat diorng...adus...mmg jadi bahan aku malam tu...Tu bukan kali pertama...ada 2-3 kes mcm tu terjadi kat aku..semua waktu malam ..malam aku tak nampak sangat ...lebih lagi kalau keta tu warna gelap..

Skang ni..kalau wife aku datang jemput..aku kena tunggu ..tengok betul betul...sampai dia tengok muka aku , baru aku g kat keta..hahahahah..selagi dia tak tengok..aku wat dek ...

Hehehe..bukan pe...ramai sangat yang datang jemput anak beranak diorng kat erl central tu yang guna MYVI...warna sama lak tu .. haaa...tak rela aku dituduh perogol atau penculik !!! hahahahahaha...

Re-Publish ..

Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

 

Bila usia menjengah diri ,
sedar tak sedar ,
semakin mendekati kubur ,
Mati itu pasti ..

Aku terlalu asyik ,
dengan dunia ini ,
serasa tidak mungkin mati ,
Senyum ketawa kegembiraan ..

Bila di cerminkan diri ,
apakah amal ku ?
berapa beratka dosa ku ?
apakah yang akan aku bawak ke sana nanti ?
siapakah yang bakal mendoakan aku tatkala bila aku tiada nanti ?

Aku terfikir ,
Adakah merekakah yang selama ini bergelak ketawa bersama ,
Atau mereka yang aku sanjungi selama ini .
Pemimpin , pasukan bola dan juga artis artis pujaan ku ,
Yang akan sedekahkan al-fatihah pada ku ?

Renungi diri ini ,
apa yang akan aku tinggalkan sebagai sedekah ku ,
nak ku bina masjid ? nak ku bina surau ?
aku tidak mampu semua itu...

Hanya satu ...
Aku harap biarlah ini sebagai satu sedekah ku pada mereka ,
Biarlah ini ku abadikan di dalam lubuk hati mereka ,
agar mereka senantiasa beringat ,
Mereka menghampiri kematian disaat saat mereka dilahirkan ..

Sedarlah sahabat sahabat ku...
Kita hidup bukan untuk hari ini...
Kita hidup untuk di sana nanti..
Bawalah bekal semampu boleh...
Agar berdiri di dalam kelompok mereka terpilih ....

image

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

image

Mak aku kata ..
Dulu bila dia dapat tau yang dia mengandungkan aku ..
dia sangat gembira ..
dia sangat sangat bersyukur kepada Allah..
kerana memberinya anugerah yang tidak ternilai ..

Mak aku kata ..
Dulu sewaktu mengandungkan aku ..
9 bulan itu sangatlah mencabar ..
Namun tidak terdetik dihatinya langsung menyesal
kerana mengandungkan aku ..

Mak aku kata ..
Saat saat paling indah dulu adalah melihat aku dan abang aku lahir ke dunia ini ..
Melihat senyuman terukir di wajah ayah aku ..
detik istimewanya sebagai seorang isteri..

Mak aku kata ..
walaupun dulu kehidupan kami sukar ..
ayah aku tetap membanting 4 kerat tulangnya siang dan malam
mencari rezeki agar kami semua tidak kelaparan ..

Mak aku kata ..
kali pertamanya aku ke sekolah ..
dia mengalirkan air mata ..
kerana tak sanggup berpisah dengan anaknya ..
walaupun seketika ..
kerana itulah kali pertama dia berpisah dengan anaknya ini..

Mak aku kata ..
betapa dia bersyukur aku telah habiskan pelajaran aku ..
kerana selama ini siang dan malam dia berdoa
agar aku menjadi manusia yang mampu berdikari ..

Mak aku kata ..
saat perkahwinan aku itulah yang paling dia nantikan ..
kerana aku telah memberinya seorang lagi anak ..
untuk dia menumpang kasih sayang
bagi menghabiskan sisa sisa umurnya ..

Aku kata pada mak aku ..
Aku bersyukur sangat kepada Allah ..
dia tidak membuang aku di tepi tong sampah ..
atau memberi kepada orang lain ..
membesarkan aku dengan penuh kesabaran ..
menghayunkan buaian dengan penuh kasih sayang ..
menyiapkan bekalan makanan di pagi hari untuk aku bawa ke sekolah ..

Aku berterima kasih kepada mak aku ..
kerana dia sanggup bergolok gadai harta pusakanya
untuk memberi pelajaran kepada aku
agar aku menjadi insan berguna kepada masyarakat ..

Aku bersyukur kepada Allah ..
Kerana memberi aku seorang ibu .. seorang ayah ..
sehingga kini aku masih menagih kasih sayang mereka ..
dan mereka tidak langsung lokek akan kasih sayang mereka ..

Ya Allah .. Ya Tuhanku ..
Kau ampunilah segala dosa dosa kami ..
Kau ampunilah segala dosa dosa ibu dah ayah kami ..
Walaupun aku menjadi manusia kini ..
namun segala jasa kedua ibu bapa ku
aku tidak mampu membayarnya
walaupun berjuta wang ringgi aku hulurkan ..

RePublish - original di SINI

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Walaupun biasa tapi ikhlas.. memadai dengan sebegini dari penuh sandiwara ...

1

Terima kasih Ayu Rosniza

Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

 

Aku jumpa duit dalam RM500 di satu tempat umum .. Tak tau sapa punya ni ?? Apa yang harus aku buat ? Orang kata ni dah kira rezeki .. Ada yang kata tu bukan hak kita .. Kena pulangkan balik .. Camana ni ? Aku confius .. keliru .. Kang bagi kat balai polis , abis cam tu gak ..  huhu.. 

Duit tu mesti ada pemiliknya kan ? Tapi camana ? Kalau aku tau pon sapa pemililknya , takkan nak bagi .. Dah rezeki aku kan ? Aku patut amik je ni.. ARghh.. rugi arr la kan ?

Haa... begitulah situasinya .. Andai kata kita jumpa duit pasti kita kata tu rezeki kita .. Pada satu sudut lain , sepatutnya duit tu perlu dipulangkan pada hak.. Serahkan pada pihak yang bertanggungjawab dan biarlah mereka yang tentukan bagaimana nak tentukan sapa pemiliknya ..

Tapi kita ni pandai je cakap.. Bila betul betul terjadi ... terus masukkan dalam poket dan kata itulah rezeki kita.. Bukan kita curi kan ? Dah depan mata kan ?

Jadi .. cuba kembali fikirkan .. Apakah itu hak kita sedangkan kita tau kita bukan pemiliknya .. Begitu juga tanggungjawab harian kita.. Kau dan aku .. Apakah kita berhak menikmati atas nama REZEKI  sedangkan kita tau hakikat sebenarnya .. 

:) mudah kita bagi jawapan bila kena kat batang hidung kita ..Yang haram akan dicari dalilnya agar jadi halal.. Mudah kan ? Kau dan aku serupa jer ...  Jangan kata bila pandai agama , maka dia akan ikut lunas lunas seperti mana yang diajar dalam Al-Quran dan Sunnah Muhammad s.a.w ..

Zaman sekarang adalah zaman kepentingan diri sendiri.. Amat sukar untuk jumpa mereka yang sebenarnya KERANA ALLAH .. Jangan pertikaikan .. Kembali kita memikirkan sebenarnya niat kita .. Kau dan aku .. Allah Maha Mengetahui ..

 

IKLAN

imagedan banyak lagi produk .. hanya di SAKURA BLOOM

Share
Tweet
Pin
Share
36 comments

 

 image

" Yelah , aku diam jer.. Aku cakap salah.. aku tulis pun salah.. Aku taip pon salah.. Aku diam je la yer .. Nanti aku tukar url blog ni letak nama ko eh ? Er.. nama ko apa yer ?? "

Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

Gambar hiasan jer atas ni


Baru sampai erl stesen Putrajaya.. Patutnya minggu ni pindah dah .. tapi ditunda sbb ada masalah masalah yg belum selesai di bangunan baru ..

Hujan di Putrajaya .. Selepas beli tiket, aku menuju ke tempat menunggu erl ..

Dalam dok jalan tu , lalu depan akak sorang ni ..dia duduk dan asyik dengan hp dia gamaknya .. tak dia sedari baju belakang dia terangkat dan menampakkan ehem.... Apa ehem ?? Takkan nak sebut kot ?? Nak sebut gak ke ? Lurah ontot dia laaaa ... Haaa..

Nape aku tak g tegur ?? Er...boleh ker ? kang tak pasal pasal aku dpt tamparan wanita kat situ atau tidur lokap malam ni.. tamo tamo..tatotttt..

Maaf ni bukan entri tarik trafik tapi sekadar peringatan buat rakan pembaca blog aku terutamanya perempuan .. perhatikan kembali baju dan seluar anda ..kot ada butang terlepas ke .. seluar tu terlondeh ke..ala, pandai pandai la check.. jgn check muka jer tau...

Selamat pagi dan kembali bersiaran sejurus tiba di opis nanti..
Published with Blogger-droid v1.7.2
Share
Tweet
Pin
Share
62 comments

 

Ramai ingat , aku dah boleh goyang kaki bila dengar trafik aku dah beribu ribu sehari .. Hurm... Aku dah tukar strategi .. Dan strategi aku ni memerlukan aku bekerja dengan lebih keras lagi.. Dan penukaran strategi ni menyebabkan aku kerugian lebih 2 ribu UV (unique view / pembaca ) dan yang tinggal hanyalah pembaca setia saja ..

Penukaran strategi yang aku maksudkan adalah tidak lagi mempromosi entri di group group facebook seperti mana yang aku kerap buat sebulan dua yang lepas .. Begitu jugak dengan ping web.. tak lagi aku singgah .. Ada la sesekali dua .. tu jer ..

image

Hurm.. serius cakap .. tak langsung .. Dan aku tak mungkin akan goyang kaki punya .. Sememangnya aku akan update setiap masa walaupun trafik aku mencecah 10 ribu sekali pon..

Ini kerana aku punya blog adalah journal aku.. diari kehidupan aku.. Yer , mmg tak sebest penulisan blog lain tapi inilah perbezaannya.. Identiti blog aku .. Dan mungkin kata aku gila atau tegar .. Entah , sekali hati aku berbisik untuk berbicara , maka aku akan menulisnya di blog ..

Cuma beza skang ni , entri aku dah tak sebanyak dulu.. bermakna aku update atau tidak , tetap akan ada yang masuk.. Itu satu perubahan yang aku perasan dan ianya satu petanda baik yang mana mungkin lagi 2-3 tahun , akan senantiasa ada pembaca setia singgah sini setiap masa tanpa aku promosi lagi ..

Yang pasti... usaha membuahkan hasil .. Jangan dok kacau orang .. kacau blog sendiri .. baru berbaloi !

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

Ni bukan entri untuk riak atau takbur .. tapi sekadar untuk mengingatkan diri kita akan kematian yang tak kenal masa .. Yelah , semakin lama semakin kita terkejar dunia walaupun ingat akhirat tapi dunia senantiasa di depan kita .. kan ? Aku tak perlu nafikan itu kerna itulah yang berlaku pada aku dan juga ramai rakan rakan aku .. Dunia menjadi keutamaan .. Astagfirullah al'azim..

Dulu masa sekolah , seringkali pelajaran agama bab sejarah nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat menjadi minat aku.. Akhlak baginda serta sahabat-sahabatnya cuba aku ikut tapi tak dapek semua.. Setan banyak sangat dalam diri .. huhuh..

Amanah .. hurm... paling aku takut .. Masih aku ingat lagi , sewaktu aku dilantik jadi Penolong Ketua Kelas walaupun aku tak nak.. Dah kawan kawan pilih , aku nak kata apa dah kan ..

Tapi diorg silap besar la.. hahaha.. diorg ingat bila lantik aku , aku jadi lembut la bila kawan kawan wat salah.. hahaha.. takde maknanya.. Sapa suruh bagi aku 'kuasa' .. Kawan tak kawan , salah tetap salah .. Yelah , sapa nak tanggung dosa aku kalau tak amanah kan ? Dah cikgu suruh aku jaga kelas.. aku jaga la kelas.. kalau tak kang , aku lak kena smackdown ngan cikgu..

Bila naik ke tingkatan 5 , aku tak jadi lagi Penolong Ketua Kelas sbb diorg pakat tak nak undi aku tapi aku dapat jawatan Bendahari Kelas.. Wahahahahha.. lagi dasat !! Hari hari aku kutip duit !!

Yelah , dah cikgu suruh kan ? Seminggu 50 sen jer.. hahahah... Banyak woo aku kutip.. Diorg pakat nak buat majlis perpisahan pada hujung tahun .. Duit kelas tu , aku simpan bawah katil aku ..

Peliknya , setiap hari bila aku kira , mesti kurang .. ARghhh.. Bila dah kurang , aku tambah balik ngan duit aku.. Aku tak pasti la samada aku salah kira atau tercicir.. Tak baik tuduh orang curi.. kan ? Heheh.. Tapi yang pastinya , aku guna duit aku balik.. biar lebih dari kurang .. Dan ada rakan yang tak mampu bayar , aku guna gak duit aku... Yelah , kang ada orang komplen lak kan ? Nape dia tak bayar ? Haa.. aku gak pening ..

Entah , bila tengok 'mereka' dok sakan guna duit rakyat , aku tertanya-tanya .. diorg tak tau ke yang diorng akan mati ? Ke dok fikir sempat taubat sblm mati ? Hurm.. amanah tuu.. apatah lagi yang makan harta anak yatim tu.. pergh... takottttt...

Korang lak camana? ada cerita ? Kasi cerita skit dan tinggalkan url blog korang.. Kita berkongsi cerita malam ni..

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Video jaringan gol MALAYSIA vs ARSENAL .... Iskh3....

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Dia cakap dia betul ....

Dia pun cakap dia betul ..

Dia kata orang tu salah ...

Orang tu kata lak dia tulah yang salah ...

Sapa pening ? Mereka yang pening itu adalah mereka  yang tiada kuasa walaupun sebenarnya mereka itulah yang berkuasa ...

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. - Riwayat Ahmad

Sapa betul sapa salah ? Hanya dia sendiri yang tau ..

* Terima kasih Nur Zulaikha kerana membetulkan ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

image

Being nominated/shortlisted in four categories and not winning any of them making me a bit frustrated (to be honest), but on the positive side, this event serve as a platform for my blog to be more recognized by other viewers/readers. I shall try again next year and put more efforts.

P/S : Good to finally see you last night. Great motivational words you have there. Keep up with the good job, bro!
* My blog was nominated for Blogger of The Year, Picture of The Year, Top Makan-Makan Expert and Top Kay Poh.

Regards.
Mr. Stevie @ Arif
http://kauluanexpress.com/2011/07/02/feeling-good-time-with-mr-ben-ashaaris-blog-check-this-out/

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Tu dia.. sempena hari bersejarah , Malaysia vs Arsenal malam ni , aku buat satu segmen baekk punyaaa.. hehehe... Segmen apakah ? Tu korang kena masuk dan baca sendiri...

  1. http://laman-ayahsu.blogspot.com/2011/07/blog-diperlukan-segera.html
  2. http://edyramanov.blogspot.com/2011/07/giler-bola-malaysia-vs-arsenal.html
  3. http://mrbaiz.blogspot.com/2011/07/giler-bola-malaysia-vs-arsenal.html
  4. http://coretanharapan.blogspot.com/2011/07/giler-bola-malaysia-vs-arsenal.html
  5. http://exyanne-collection.blogspot.com/2011/07/giler-bola-malaysia-vs-arsenal.html
  6. http://viniyamey.blogspot.com/2011/07/giler-bola-malaysia-vs-arsenal.html
  7. http://suarahatisipujaanhati.blogspot.com/2011/07/giler-bola-malaysia-vs-arsenal.html
  8. http://cik-emma.blogspot.com/2011/07/giler-bola-malaysia-vs-arsenal.html
  9. http://norhisham-nordin.blogspot.com/2011/07/giler-bola-malaysia-vs-arsenal.html
  10. http://www.lailyqaisyirah.com/2011/07/giler-bola-malaysia-vs-arsenal.html
  11. http://stereokomono.blogspot.com/2011/07/segmen-giler-bola-malaysia-vs-arsenal.html
  12. http://ubibadok.blogspot.com/2011/07/giler-bola-malaysia-vs-arsenal.html
  13. http://bexraz.blogspot.com/2011/07/giler-bola-malaysia-vs-arsenal-cepat.html
  14. http://www.areliff.com/2011/07/giler-bola-malaysia-vs-arsenal.html
  15. http://kierasakura.blogspot.com/2011/07/giler-bola-malaysia-vs-arsenal.html
  16. http://fadzli-rt.blogspot.com/2011/07/peace-be-upon-you-alamak-baru-teringat.html
  17. http://informations-the.blogspot.com/2011/07/betol-betol-hangat-giler-bola-malaysia.html
  18. http://norhisham-nordin.blogspot.com/2011/07/giler-bola-malaysia-vs-arsenal.html

Yearghhh.. tu diaaaa ... 19 pengulas sukan untuk perlawanan malam ni.. mana yang paling menarik ???

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Jumlah komen sehingga 6:40 petang  ,13 Julai 2011 ..

image

Dan pengomen pertama bertarikh  17 September 2009 ...

" ye la ben... idup neh kene bersyukur atas ape yg kite ader...ade lagi org kat luar sane yg kehidupannya..lebih menyedihkn..kekdg zana pun mengeluh gak bile dh sempit..hehehe...tp bile pikir2 balik...salah sendrik jugak..yg boros kekadang..hehe..ape2 pun..manusia tak lari dr kesilapan..tol tak ben? "

dari entri KEINSAFAN ...

Dan ini komen pertama yang ditinggalkan oleh Anynomous ..

"bertuah u ben....dapat family mertua yg sporting dan ngam...barulah terasa susana hari raya...bila dah dewasa ni, baru kita ingat nostalgia lama2....sib baik mercun tu cuma bakar poket baju je....kalau tak..susah...bestkan ingat balik semua2 kenangan tu..haishh..
well done ben...teruskan menulis.....ok...nanti i baca lagi...:)
"

Dan juga ini .. baru dikatakan komen !!

" huhuhuu...entry ko mmg menarik........
tp ada jgk byk benda yg leh diperbaiki lagi.....
"

Dan ANYNOMOUS pertama yang sememangnya tak reti berlawak !

" kelakar giler dowh...... muka ko mcm brad pit??????/
aku rs dieorng sj je nak jaga hati ko....sbb muka ko sbnrnye sm ngn org pecah rumah...hahahhaha
"

Semua tu dalam entri RAYA ..

Pergh.. mengimbau kenangan komen .. hahahaha ...

Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

Camana dia boleh ada dalam drama neh ?? Waahh..sangat best !! Kena lak untuk Episod 3 tu ada Steve Austin ..Stonecold laa.. hahahaha.. suka suka suka...

Si Kristen ni jadi awek dia eh ?? PErgh.. ni tak sabar tunggu UNIFI masuk ni.. nak download semua episod dia.. hahaha.. layan pagi pagi dalam htc aku .. hehehe...

Psst... bini menjeling dah tu.. waaaaaargkhhh.. larikkk...

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

Alhamdulilah .. dalam dunia blog ni masih ramai yang prihatin sesama rakan blogger .. Ada yang menegur secara ikhlas.. ada yang menegur sambil pakai topeng .. Ada yang menegur sambil baling batu .. Dan bagusnya bila ada yang menegur sambil tikam kat belakang paru-paru dia .. :P

Dari dulu hingga sekarang ni , ada je orang dok pm aku kat FB atau email aku pelbagai .. mintak tolong sebarkan itu ini .. Mintak aku tolong bagitau itu ini ..

Boleh jer.. aku pernah buat.. Tau apa jadi ???

"Ben , ni cerita lama la.. dah settle pon kes tu ! "

Malu beb !! Niat nak tolong tapi akhirnya memalukan diri sendiri ! Kenapa ?? Salah sapa ?? Salah sendiri .. sbb tak buat research .. membuta je terus buat tanpa periksa terlebih dahulu ..

Bayangkan ada orang pm aku .. dia bagitu UJANG9897 tu perogol bersiri ! Kenal tak Ujang ? Tuu , kat bawah tuuu... Korang percaya tak ? Ni datangnya dari entri aku sendiri ni ..

UJANG DISYAKI PEROGOL BERSIRI !!

image

Bila orang tanya aku .. " Ben , mana ko tau Ujang tu perogol bersiri ? " .. Maka aku akan jawab , " Entah , bekas awek dia kata kat aku semalam melalui FB .. "

Huk alohhhh.. boleh caya ke gitu ?? Tapi kalau orang tu beria ria menangis sampai keluar mutiara putih asli dari Filipina tu , sapa tak caya dah kan ? Maka kita ni pon buat la entri dengan perasaan blog mesti hangat punyalah !!

Kesannya ?? Perghh.. Ujang akan bawak mesin gergaji kayu balak tu untuk kerat badan aku jadi 18 bahagian !! Yelah , fitnah tu kan ?? Aku sepatutnya rujuk dulu pada pihak berkuasa atau tanya dia sendiri.. Takkan main sedap je nak rembat orang kan ?

Dalam erti kata lain , niat kita tu bagus dah cuma yang tak kena ialah , tiada risikan selanjutnya sebelum menyebarkannya .. Ini amat merbahaya kerana kita juga boleh disaman malu ..

Ingat senang ke jadi blogger ???? Susah siot !! Ujang bukan perogol bersiri !! Dia cuma pencinta wanita jer... hahahaha .. Marah Yana kat aku nanti !!

Share
Tweet
Pin
Share
31 comments

 

Buat satu entri khas .. Letak header BEN ASHAARI blog dan letak tajuk : GILER BOLA ! MALAYSIA vs ARSENAL !!

Berdasarkan senarai blogger di SINI  , korang kena cipta pasukan blogger korang sendiri !! Jeng jeng jeng .... hehheheh .. Amacam ? korang leh pilih blogger korang sendiri dan letak di posisi serta pasukan yang akan bermain nanti !! waahaha... okeh ??

Senang je kan ?? Kita mulakan , okeh ?

NAMA PASUKAN : ARSENAL

Bagi gak pemain pilihan korang .. hehehe

Pengurus : ( nama blogger dan url )

Jurulatih : ( nama blogger dan url )

Senarai pemain :

  1. ( nama blogger dan url )
  2. ( nama blogger dan url )
  3. ( nama blogger dan url )
  4. ( nama blogger dan url )
  5. ( nama blogger dan url )
  6. ( nama blogger dan url )
  7. ( nama blogger dan url )
  8. ( nama blogger dan url )
  9. ( nama blogger dan url )
  10. ( nama blogger dan url )
  11. ( nama blogger dan url )
  12. ( nama blogger dan url )
  13. ( nama blogger dan url )
  14. ( nama blogger dan url )
  15. ( nama blogger dan url )
  16. ( nama blogger dan url )
  17. ( nama blogger dan url )
  18. ( nama blogger dan url )
  19. ( nama blogger dan url )
  20. ( nama blogger dan url )
  21. ( nama blogger dan url )

Dan lawan mereka adalah .....

NAMA PASUKAN : MALAYSIA ( HARIMAU MALAYA )

Pengurus : ( nama blogger dan url )

Jurulatih : ( nama blogger dan url )

Senarai pemain :

  1. ( nama blogger dan url )
  2. ( nama blogger dan url )
  3. ( nama blogger dan url )
  4. ( nama blogger dan url )
  5. ( nama blogger dan url )
  6. ( nama blogger dan url )
  7. ( nama blogger dan url )
  8. ( nama blogger dan url )
  9. ( nama blogger dan url )
  10. ( nama blogger dan url )
  11. ( nama blogger dan url )
  12. ( nama blogger dan url )
  13. ( nama blogger dan url )
  14. ( nama blogger dan url )
  15. ( nama blogger dan url )
  16. ( nama blogger dan url )
  17. ( nama blogger dan url )
  18. ( nama blogger dan url )
  19. ( nama blogger dan url )
  20. ( nama blogger dan url )
  21. ( nama blogger dan url )

Buat ulasan perlawanan mengikut sedap tekak korang sekali yer .. Sapa kena kad merah.. sapa jaring gol.. goalkeeper tangkap bola sambil makan burger ke .. Jadikan ianya serius atau lawak .. Ok ? Cun ? Jangan lupa.. sapa menang ??? Hehehe..

Tutup kul 5 petang ni gak !! heheheh ... Siap ? Tinggalkan url diruang komen ni ..

Buat aweks aweks... berminat nak join contest ? Klik SINI ..

Share
Tweet
Pin
Share
48 comments

 

Waahh.. ada member ajak tengok memandangkan aku minat Arsenal .. hehehe .. Ala , aku minat Arsenal sebab ramai dah sangat member aku minat Manchester United dan Chelsea. Begitu gak ngan Liverpool .. Arsenal ni kurang skit .. Jadi untuk imbangkan , aku pon amik je la Arsenal..

Kalau tanya aku , sapa pemain Arsenal , aku cuma ingat Thierry Henry dan Dennis Berkamp  ( betul ke aku eja tu ? malas nak google .. bukan masuk exam pon ) .. Yang baru baru ni ? Sumpah , tak tengok dah langsung permainan mereka ..

Kenapa ? Sejak aku tau bolasepak ni satu industri perniagaan , selera aku terhadap sukan ni terus menjunam jatuh .. Mana ada dah diorg main betul betul.. Segalanya macam dah diuruskan ..

Macam Arsenal , Liverpool dan sebagainya yang dah pernah datang main kat Malaysia ni .. diorng ibarat cam buat latihan jer.. Bagi aku la yer , baik tengok kat tv jer .. Yelah , datang diorng dah ditaja .. pastu tengok kita kena bayar lagi.. Rasa cam membazir je duit tu .. nak dapat duit bukan senang .. Baik aku sedekahkan je kat GAZA dari sedekah kat diorng ..

Maaf la yer ... aku tau minat .. bukan senang nak tengok diorng main depan mata , kan ? Tapi , entah .. bagi aku sama jer .. Jangan kata aku tak main bola atau tak tau feel dia.. Aku tau perasaan tu ok  ..

Yer , aku faham..masing masing punya citarasa dan pandangan .. Aku dulu fanatik gila dengan BRAZIL .. Sewaktu diorng turun Malaysia sebelum bermulanya PIALA DUNIA ( tak ingat tahun berapa ) , aku dah rasa best giler..tapi tak teringin pon nak ke stadium.. hahahha.. Tengok je la kat tv.. Tapi bila tengok , pon macam latihan je diorng buat..

Kalau Malaysia layak ke Piala Dunia , mungkin itu akan membuatkan aku berubah pendirian aku sekarang ni.. Sapa tahu kan ? Apa pun , semoga terhibur buat mereka yang akan menonton perlawanan tu nanti !

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

Sokongan tak berbelah bagi dari mula aku kenal dunia blog ni sememangnya membuatkan aku terharu sangat... Ada yang terus menyokong aku dari mula hingga sekarang .. Ada yang menyokong mula mula dan sekarang membenci .. Macam macam gaya la ada .. Apa apa pon toksah taksub sangat yer ..

Kalah tak bererti sila bungkus .. Menang tak bererti terbaik .. Seperti niat aku memula masuk pertandingan tu adalah untuk memberi pendedahan pada dunia maya tentang kewujudan blog aku pada mereka yang lain dan syukur Alhamdulillah , ramai dah kenal blog aku ..

Amik yang positif.. Kita tengok contoh bintang bintang hiburang realiti tv , Akademi Fantasia .. Aizat dan ramai lagi artis AF .. mereka bukan juara kan ? Tapi mereka lebih 'letops' dari yang juara ! Kenapa ?

Pendedahan membuatkan mereka matang .. mencari sesuatu yang lebih bernilai dalam hidup.. memandang ke depan dengan penuh keyakinan .. Itulah sepatutnya kita pegang ..

Jangan risau kawan kawan .. sungguhpon ramai tersenyum sinis aku tak menang , tapi aku berada di situ .. Berada di satu tempat yang mmg aku nak buktikan sejak mula aku kenal dunia blog.. Tempat yang mana sukar sama sekali nak berada ..

Tempat apakah itu ? :) Tempat tu , dipanggil ... HATI .. Korang pon begitu jugak la yer.. Jangan anggap kegagalan dalam pelajaran menandakan tamat sudah riwayat korang... Ilmu tak semestinya berada di dalam sekolah atau universiti..

Selagi bernafas , selagi itu wajib mencari ilmu.. tak kira ilmu dunia mahupun akhirat .. Doakan aku terus kekal dalam dunia blog ini .. :)

Share
Tweet
Pin
Share
38 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes