Mereka dan ...

by - Khamis, Julai 14, 2011

Ketika mereka melaungkan keprihatinan ,
Mereka terlupa kami-kami yang di belakang ,
Terkapai kapai mengharapkan ehsan ..

Ketika mereka melaungkan perjuangan ,
Seketika saja mereka insaf ,
Selebihnya mereka ketawa kegembiraan ,
Harta melimpah tak kunjung habis ..

Ketika mereka melaungkan kejayaan ,
Mereka terlupa kejayaan suatu kegagalan ,
Yang mana mereka pernah kecapi ,
Satu tika dulu ...

Sesungguhnya aku kecewa pada mereka ,
Memperkotak katikkan kami kami yang dibelakang ini ,
Dengan senyuman manis seribu makna ,
Seolah tiada apa yang berlaku
di dunia kini ...

Aku tidak pasti kini masa depan ku
Perlukah bergantung pada mereka ?
Atau mulakan hidup baru
Dan berdoa agar Allah berikan hidayah pada mereka
Sesungguhnya tanah ini tanah kami cintai
Tidak ingin sama sekali aku meninggalkannya ...

Mereka ...Mereka.. Mereka ..
Sedarlah...hidup ini hanya sementara ..
Amanah yang kamu pikul
Amanah rakyat yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak..

Mereka ..mereka..mereka
Insaflah...
Kami tahu dunia ini mereka yang punya..
Kami tahu akhirat nanti Dia yang punya..

You May Also Like

19 comments

  1. wah, penuh dengan pengisian. termenung sekejap pas baca entri ni.

    BalasPadam
  2. udah pandai berpuisi sekarang yaaaa

    BalasPadam
  3. err... jap2.. blog en ben ke ni?


    hehe... bermadah la pulak... jangan makan diri sudah ye..

    BalasPadam
  4. penuh dengan emosi utk keadaan yg kaco bilo sekrg..huuu

    BalasPadam
  5. datang menghayati maksud setiap kata kata ^^

    BalasPadam
  6. sungguh tersirat :D wah wah. nak baca balik. jap.

    BalasPadam
  7. erk..

    copy paste kan...kan kan...hahaha

    BalasPadam
  8. nice entry abg ben!!..

    berfikir sejenak..
    banyak maksud yang tersirat.

    jom singgah blog saya jap abg ben.

    BalasPadam
  9. @Ujang9897ehem .. maaf yer.. original dari BENASHAARI.COM ..hehhe

    BalasPadam
  10. tidakkah mereka malu.. Melemparkan kata2 nista pada kami yang tidak berdosa.. Tidakkah mereka takut kepada balasan Allah..

    wahwah..abg ben sudah boleh ganti A. Samad Said.. Hehe

    BalasPadam
  11. sungguh mendalam puisi abg ini..huhu..

    BalasPadam
  12. wow abg ben..mendalam tuh..ni semua tanda akhir zaman

    BalasPadam
  13. hah, kepada sapa2 yang rajin join segmen/peraduan/GA etc yg sewaktu dengannya, cer teka, 'tempat' apakah ini?

    BalasPadam
  14. Selalu ada perasaan bahawa diriku adalah yang paling kurang beruntung dalam dunia....

    BalasPadam
  15. saya sendiri cuba utk memahami maksudnya berkali2.. luahan hati yg ikhlas dr seorang penulis maya

    BalasPadam
  16. silent reader..
    boleh ke komen mcm ni?? hehe

    BalasPadam