Mereka dan ...
Ketika mereka melaungkan keprihatinan ,
Mereka terlupa kami-kami yang di belakang ,
Terkapai kapai mengharapkan ehsan ..
Ketika mereka melaungkan perjuangan ,
Seketika saja mereka insaf ,
Selebihnya mereka ketawa kegembiraan ,
Harta melimpah tak kunjung habis ..
Ketika mereka melaungkan kejayaan ,
Mereka terlupa kejayaan suatu kegagalan ,
Yang mana mereka pernah kecapi ,
Satu tika dulu ...
Sesungguhnya aku kecewa pada mereka ,
Memperkotak katikkan kami kami yang dibelakang ini ,
Dengan senyuman manis seribu makna ,
Seolah tiada apa yang berlaku
di dunia kini ...
Aku tidak pasti kini masa depan ku
Perlukah bergantung pada mereka ?
Atau mulakan hidup baru
Dan berdoa agar Allah berikan hidayah pada mereka
Sesungguhnya tanah ini tanah kami cintai
Tidak ingin sama sekali aku meninggalkannya ...
Mereka ...Mereka.. Mereka ..
Sedarlah...hidup ini hanya sementara ..
Amanah yang kamu pikul
Amanah rakyat yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak..
Mereka ..mereka..mereka
Insaflah...
Kami tahu dunia ini mereka yang punya..
Kami tahu akhirat nanti Dia yang punya..
19 comments
wow !
BalasPadamwah, penuh dengan pengisian. termenung sekejap pas baca entri ni.
BalasPadamudah pandai berpuisi sekarang yaaaa
BalasPadammendalam maksudnya..dasat2..
BalasPadamMOHD NASER.com
err... jap2.. blog en ben ke ni?
BalasPadamhehe... bermadah la pulak... jangan makan diri sudah ye..
penuh dengan emosi utk keadaan yg kaco bilo sekrg..huuu
BalasPadammendalam vs puitis ;p
BalasPadamdatang menghayati maksud setiap kata kata ^^
BalasPadamsungguh tersirat :D wah wah. nak baca balik. jap.
BalasPadamerk..
BalasPadamcopy paste kan...kan kan...hahaha
nice entry abg ben!!..
BalasPadamberfikir sejenak..
banyak maksud yang tersirat.
jom singgah blog saya jap abg ben.
@Ujang9897ehem .. maaf yer.. original dari BENASHAARI.COM ..hehhe
BalasPadamtidakkah mereka malu.. Melemparkan kata2 nista pada kami yang tidak berdosa.. Tidakkah mereka takut kepada balasan Allah..
BalasPadamwahwah..abg ben sudah boleh ganti A. Samad Said.. Hehe
sungguh mendalam puisi abg ini..huhu..
BalasPadamwow abg ben..mendalam tuh..ni semua tanda akhir zaman
BalasPadamhah, kepada sapa2 yang rajin join segmen/peraduan/GA etc yg sewaktu dengannya, cer teka, 'tempat' apakah ini?
BalasPadamSelalu ada perasaan bahawa diriku adalah yang paling kurang beruntung dalam dunia....
BalasPadamsaya sendiri cuba utk memahami maksudnya berkali2.. luahan hati yg ikhlas dr seorang penulis maya
BalasPadamsilent reader..
BalasPadamboleh ke komen mcm ni?? hehe