BEN ASHAARI



Aku shutdown laptop kol 9 malam tadi.. terus kuar g alamanda .. nak layan IRON MAN 2 .. sebelum tu g tukar cermin mata aku yang ari tu ada problem... dah dapat baru daah.. hahaha...

Masa ada lagi setengah jam .. aku ajak wife AL IKHSAN untuk usha seluar track ... n kasut jog kot kot ada yang murah murah ..

Sampai kat Al IKHSAN ... mmg banyak kasut murah .. aku cari yang bawah RM100 .. aku mmg berkira skit bab kasut ni sbb aku tak reti nak jaga kasut .. suka je main campak campak gitu .. Tujuan beli pun sbb nak g gym area Putrajaya ni .. Kalau kat gym tempat lama aku , pakai selipar pun ok ...

Ermm.. jumpa yang berkenan .. Brand Diadora ... belasah aja ... mintak size 9 .. adik ( juru jual perempuan ) tu pun g la carik ... Abis lak katanya ... Cari lagi yang lain ... Bila jumpa yang berkenan ... semua takde size ... aku pakai size 9 .. tak la besar sangat .. kira kalau ukur kat muka tu , muat muat je bagi yang suka kurang ajar kat aku tu .. hahaha.. gurau jer ..

Asik takde size je maka aku pun cari seluar je la .. Jumpa ... Diadora .. heheh.. RM39 .. murah ape ?? Lagi pun sedap kain dia .. Sambar je la .. Tiba tiba aku terpandang rak rak kasut .. Emmm .. aku pun ke sana ... kot kot ada kasut best ...

Waaa... murah murah tuuu ... banyak kasut bawah RM100 ... LINE 7 , UMBRO .. rambang mata jap.. tengok jam dah kul 940 malam.. show kul 10 malam.. sempat sangat .. Aku amik LINE 7 , harga tertera RM69 .. Adik tu pun g la carik... Ada size untuk aku .. aku test pakai .. Hurmmm ..Ok je la .. Apa nak harap sangatkan .. kasut murah jer..

Aku terpandang satu kasut ni .. Aku tanya wife aku .. Cantik tak kasut tu .. Dia kata cantik gak .. ADIDAS .. Ada warna oren hitam .. hehe.. aku mmg giler warna striking .. Wife dah g beratur untuk bayar ... Aku tengok jam .. 945 malam .. Aku tanya adik tu ... Sempat tak cari kasut ADIDAS ni dalam masa 5 minit ? Dia kata sempat .. Aku nak kasut tu.. hahahaha ..

Bergegas adik tu lari g cari ... tak sampai 5 minit dia datang bawak kasut tu .. Aku test pakai .. Fuhhh ..sedap dari tadi .. jauh selesa ... Untuk pengetahuan , aku last pakai sport shoes masa tingkatan 5 .. pastu untuk g main futsal..kasut aku pakai semua kasut murah giler .. janji boleh sepak ..

Sambung cita .. adik tu datang bawak kasut... Lepas aku test .. aku cakap kat dia , aku nak kasut ni ... Dia tanya nak amik dua dua ke .. Erk ...Satu cukup ler .... Yang ADIDAS tu ... hehe.. time nak bayar ... Aku tanya nak bayar debit atau kredit ? Wife suh kredit jer ..simpan cash... Ok jer.. Dia pun cari kad dia .. Aku tak dibenarkan pakai kad kredit sbb aku boros .. hahaha ...

Cari punya cari ... Kad kredit takde !! Tak bawak kah ?? Last pegang kad tu masa isi minyak .. Hurmm .. Takkan tinggal dalam kereta ?? Nak ke kereta bukan kejap .. haihh .. Aku suh wife guna debit je.. pada masa yang sama aku bagi cash gak ... kot kot mana tau tak leh pakai .. Aku mintak kunci kereta .. Aku berlari ke parking ..

Sampai kat parking kereta .. aku tercari cari mana kereta. .. Aku perasan , level yang aku g tu terang benderang .. sedangkan masa kitorang parking tadi , gelap skit ... Aku tengok tanda aras .. P5 .. Ceh.. aku parking kat P4 .. Berlari turun ke bawah ..

Peluh dah membasahi dahi .. Sampai kat kereta.. aku selongkar ...Takde dalam kereta !! Haih .. mana pulak .. Aku tak suka kes kes gini .. Kalau tengok wayang mesti tak layan punya sebab dok ingat kes ni nanti..

Aku kembali ke wife aku ... Dia dah tunggu kat luar .. dah bayar pun ... Dia tanya aku samada jumpa atau tidak .. aku jawab je la takde ... Mesti tertinggal dalam beg aku semalam .. Tak pe la.. balik nanti cari ... Aku tgk wife pegang plastik beg .. hehe ..dapat kasut baruuuuu ... leh g jogging n gym kat putrajaya nanti.. lalalalala

Padahal wife nak g beli seluar kerja kat ESPRIT tadi .. tapi memandangkan masa habis kat AL IKHSAN , maka tunda jela rancangan dia tu dulu ..

Sampai kat panggung ... dekat je ngan AL IKSAN tu .. dalam 3-4 minit je ... Kitorang masuk ler... Tempat duduk.. atas sekali ... Maka layan la cerita tuuu...

Ermm ... Kesimpulan .. Cerita IRON MAN 2 , bagi aku .. biasa jer ... Best tu best tapi belum cukup mengagumkan aku... Nak layan IP MAN lak nanti ..

Abis cerita tu .. cabut balik .. Sampai sampai rumah ... terus cari seluar n baju kerja aku semalam.. Wife g selongkar beg kerja aku ..

Jumpa ! Ada dalam poket baju aku .. hehehe .. biasa dah kes tu.. aku selalu tertinggal kad kerja dalam poket baju tu haaa ..Selamat satu kes ...kalau tak jenuh nak kena repot kat bank .. nak tunggu kad lagi.. tu pun kalau tak jatuh kat tangan orang lain .. kalau tak ?? perghhh ..

Pastu aku naik atas .. bukak laptop .. check blog ...


Terkedu aku tengok komen sebanyak tu ... adehhh ... maka skang aku nak jawab komen tu haa...

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments
Haih ..toksah dengki haih ...

Semalam ada sorang sahabat yang amat baik orgnya telah menYM aku... Dia bagitau aku ..... ada blogger menyampah tengok aku .. Aku pun pelik gak .. Aku tak penah masuk blog dia.. tak penah chat ngan dia atau pun meninggalkan 'tahi' di blognya .. Tapi kenapa begitu ? Jangan la gitu ...

Dia bilang dia menyampah tengok gambar aku ada kat mana mana blog skang ni .. lebih lebih lagi blog masakan ... Asal dia masuk je sana , mesti jumpa muka aku ... Aku nak wat camana kan ? Dah diorng letak ... Tengok je la ... Kalau tak suka tengok , skip je la entri tu ... takde paksaan pun ... kan kan ..

Banyak sebab aku suh letak header blog aku dalam setiap entri yang aku suh buat ... dari situ ramai blogger leh tau bahawa blog tu adalah blog pernah terlibat dengan BEN ASHAARI BLOG .. kenapa ??? Sebab dia penah buat entri berkaitan dengan BEN ASHAARI BLOG ...betui tak ? Kira dah jadi geng la ni ...

Hurm ... entah ler ...


Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Paling mudah untuk anda promote blog di FACEBOOK .. di sini .. Win win situation.. Jika nak tingkatkan traffik korang , ni adalah antara caranya ..

Semua blogger mesti invite kawan kawan dalam FB dia untuk ke KELAB ini .. Bayangkan satu blogger invite 100 orang ... 10 blogger dah berapa ?

Kalau korang update blog dan kemudiannya update di KELAB BLOGGER , sapa yang untung ? Ini adalah alternatif selain di GENGBLOGGER ...kena ingat , yang masuk GB majoriti adalah blogger sendiri ..

Jika di KELAB BLOGGER , mereka akan jadi silent reader untuk para blogger ... Jadi skarang , terpulang pada korang nak bersatu atau tidak ... bukan susah pun ... invite je diorng ..

KELAB PEMINAT NOVEL dah mencecah 20 ribu , takkan KELAB BLOGGER khas buat blogger hanya ribu jer ?

Nganga lagi ???? Jangan kata aku tak kongsi idea .. dah kongsi dan sekarang terpulang pada korang sendiri .. INVITE KELAB BLOGGER ...
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan alasan kerajaan yang menghalalkan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak, tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.

Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.

“Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan, pinjam meminjam dan pelbagai lagi. Jika kerajaan bertindak memberi lesen apa ertinya?” katanya.

Dr Asri mengingatkan kerajaan, tindakan melesenkan judi belum tentu menyelesaikan masalah kerana masalah tetap berlaku, bahkan berlarutan dengan lebih buruk.

“Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat bukan Islam.

Beliau menyifatkan kerajaan hanya mencari alasan termasuk menggunakan elemen pembangunan judi bagi menghalalkan perjudian.

“Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Saya tidak fikir orang agama lain disuruh pergi berjudi.

“Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain juga mungkin kita boleh mengenakan cukai yang tinggi. Jadi, saya fikir alasan ini sangat tidak munasabah,” katanya.

Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan Islam bagi mengawal baik buruk sesuatu perkara.

“Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi lesen ini kepada judi bererti perkara yang dibimbangi masyarakat dilakukan secara terbuka dan mendapat persetujuan. Apa beza antara yang halal dengan yang tidak, kedua-duanya mengundang masalah kepada rakyat,” katanya.

sumber : DRMAZA.COM

BEN ASHAARI : bila dah bagi untuk PIALA DUNIA , pasni semua sukan nak berjudi .. termasuk pilihanraya .. sapa menang sapa kalah .. bagi lesen sementara ... Hurmm .. kerajaan dah takde duit kah ? Kalau takde , potong je elaun dan gaji menteri menteri tu .. asik rakyat je kena potong...kan kan

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Mengikut pengalaman aku yang tak seberapa ini .. ada 3 jenis tanda yang pasti digunakan oleh blogger .. Kena ingat , majoriti penulis blog bukanlah penulis profesional ...

3 tanda tersebut ialah

  • ?
  • !
  • ...
Ramai pembaca blog atau blogger sendiri membaca entri entri di blog lain dgn tidak berhati hati .. Sebagai contoh tadi aku mengeluarkan satu artikal agama berkaitan dengan Hari Ibu - Sambutan Hari ibu Haram ?

Nampak tak ada tanda soal (? ) .. Ini merupakan satu pertanyaan dan bukannya ayat penyata .. Jadi pembaca kena baca dengan berhati hati dan penuh teliti .. Baca dengan akal fikiran dan bukannya dengan mata kasar ..

Bila tak habis baca , maka keluarlah komen yang agak emo .. Dengan menyatakan berkenaan kereta , kapal terbang , minyak ...gereja ... adakah semua itu haram ? Haih ... Sebab tu kena baca betul betul ...

NIAT .. niat penggunaan tu.. niat sambutan tu .. Kalau kata HARI IBU disambut sebab semua orang sambut , tang mana niat tu ? Adakah kerana ibu atau kerana orang lain pun buat ? Kita solat sebab kita disuruh atau sebab orang lain solat ?? Mana satu niat tu ?

Kereta , kapal terbang , senjata api.. semua tu orang kafir buat ... orang kafir ni sapa ? Adakah mereka ni kaum yang dilaknat Allah ? Mereka ucap selamat pada kita pun kita wajib jawab , tahu tak ... Hari ni mereka kafir ,esok lusa? Kalau mereka dibukakan hati oleh Allah , camana ?

Zaman Nabi S.A.W ,unta dan kuda digunakan sebagai kenderaan ... Nabi gunakan jugak kan ? Orang yahudi ? Guna tak ? Kalau zaman tu ada kereta .. rasanya Nabi guna tak ? Itu namanya TEKNOLOGI mengikut zaman...

Komputer .. perisian komputer .. FACEBOOK .. BLOG.. sapa buat ? orang islamkah ? Kita gunakan semua tu ke arah jalan Allah ... Yang benar .. Kalau buat FACEBOOK lalu digunakan untk mencari awek , buat maksiat .. apakah hukumnya ? Blog digunakan untuk caci maki .. Apakah hukumnya ?

Kereta .. kalau korang beli kereta kerana nak berlagak korang mampu , apakah hukumnya ? Kalau beli kereta kerana nak g kerja , bukankah itu ibadah ? Sbb tu bila baca sesuatu artikal agama , kena betul betul baca ... Kena buka minda dan berfikir ..

Hari IBU dibuat orang orang kafir dulu kerana apa ? Ada tertulis di entri sebelum ni .. Begitu juga HARI KEKASIH ... HARI KESYUKURAN ... dan banyak lagi ... kita jgn buta tuli main ikut je... Nak sayang ibu , sayanglah bila bila pun..nak bagi hadiah , tunggu hari ibukah atau pada harijadnya ? Ada duit , bagi je la ..

Ini cuma pendapat aku yang amatur ... nak terima atau tidak , terpulang tapi inilah pemikiran aku ... ISLAM itu LUAS DAN INDAH ... Jgn sempitkan ...

HARI KEMERDEKAAN disambut setiap 31 Ogos .. disambut kerana apa ? Ada yang tak tau .. diorng jerit merdeka , kita jerit pun jerita je la ...

HARI RAYA AIDILFITRI ... disambut kenapa ? Pesta kah ? Puasa tidak tapi nak beraya ?

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU ...
Share
Tweet
Pin
Share
17 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes