Dr Asri: Lesen Atau Tidak, Judi Tetap Haram

by - Sabtu, Mei 08, 2010

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan alasan kerajaan yang menghalalkan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak, tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.

Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.

“Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan, pinjam meminjam dan pelbagai lagi. Jika kerajaan bertindak memberi lesen apa ertinya?” katanya.

Dr Asri mengingatkan kerajaan, tindakan melesenkan judi belum tentu menyelesaikan masalah kerana masalah tetap berlaku, bahkan berlarutan dengan lebih buruk.

“Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat bukan Islam.

Beliau menyifatkan kerajaan hanya mencari alasan termasuk menggunakan elemen pembangunan judi bagi menghalalkan perjudian.

“Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Saya tidak fikir orang agama lain disuruh pergi berjudi.

“Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain juga mungkin kita boleh mengenakan cukai yang tinggi. Jadi, saya fikir alasan ini sangat tidak munasabah,” katanya.

Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan Islam bagi mengawal baik buruk sesuatu perkara.

“Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi lesen ini kepada judi bererti perkara yang dibimbangi masyarakat dilakukan secara terbuka dan mendapat persetujuan. Apa beza antara yang halal dengan yang tidak, kedua-duanya mengundang masalah kepada rakyat,” katanya.

sumber : DRMAZA.COM

BEN ASHAARI : bila dah bagi untuk PIALA DUNIA , pasni semua sukan nak berjudi .. termasuk pilihanraya .. sapa menang sapa kalah .. bagi lesen sementara ... Hurmm .. kerajaan dah takde duit kah ? Kalau takde , potong je elaun dan gaji menteri menteri tu .. asik rakyat je kena potong...kan kan

You May Also Like

9 comments

  1. SOKONG PART POTONG GAJI MENTERI TUE

    BalasPadam
  2. salam bro ben ashaari ... i'm enjoy reading your blog...x sangka di samping as a blogger your are also a bodybuilder ... i love it... i likes post entry about gym...hehe... i bercita2 nak jd bodybuilder jgak..tp skang tgh kurus huhu.. do visit my blog n add me fb Cuha X Hafiz....

    BalasPadam
  3. dia ni bekas mufti negeri sy.
    memang lain dari mufti sebelum ni.

    BalasPadam
  4. YA..AGAMA LAIN TAK GALAKKAN JUDI APE LAGI AGAMA KITA ISLAM YANG JELAS-JELAS MENGHARAMKAN JUDI...TOLONG JANGAN PERSENDAKAN AGAMA KITA KERANA YANG MEMBERIKAN KENYATAAN INI BUKAN ORANG LAIN TAPI ORANG ISLAM SENDIRI...MALU KITA PADA AGAMA LAIN..BERFIKIR DENGAN WARAS

    BalasPadam
  5. salam~

    ada gak eik mcm nie??
    tah ar kekdang nie mereka2 yang terlibat ngan politik nie dah mcm xtau mengenai hukum hakam.. bukan nak mengata apa, tapi melihat daripada pembacaan serta tindakan mereka...

    BalasPadam
  6. Ben,memang perlu satu usul agar pihak media dan pihak berwajib tak gunakan terms 'judi haram' dan sebagainya dalam menyampaikan info
    judi itself dah terang2 haram jadi tak perlu sebut judi haram dah...
    bila guna terms judi haram, seolah2 ada judi yang halal pulak

    cikwa : menurut pihak berwajib selain 4 judi ni(toto, magnum,satu lagi apa ntah) yg lain semua haram, judi yang 'halal' sebab tu kita lihat hari ni melambak2 org melayu pi serbu judi 'halal' tu..

    walhal dah terang2 ALLAH sbut dalam al-Quran yang judi tu haram.

    BalasPadam
  7. tawuu tape. sodok sana sodok sini. tah apa2. yg haram dihalalkan. 'bagus'nya la haii

    NISECA suka merapu

    BalasPadam
  8. salam tn ben, jelajah blog bln mei msh berjalan ye? mintak jemput ke blog sy ek... br sebulan jagung beroperasi...

    http://puterihannan.blogspot.com/2010/05/welkamwelkam.html

    thank u much!

    BalasPadam
  9. salam bro ben...

    pada pendapat belalang, judi d lesenkan ke tidak org islam tetap haram utk turut serta dalam hal judi.

    walaupun judi diberi lesen, sbg umat yang mengaku islam x yah la main judi (jgn igt kerajaan kasi lesen,so kita leh main benda tuh).

    cuma yang d sesalkan duit dari lesen judi yg kerajaan bagi tuh, diorang nak guna utk pembangunan negara.

    BalasPadam