Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya,hadis no: 2128, Rasulullah SAW bersabda:
Terdapat dua golonganpenghuni neraka yang saya tidak akan jumpa: (Pertama) Orang yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu yang mereka menggunakannya untuk memukul orang dan(Kedua) wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung lagimencenderungkan. Kepala mereka seperti bonjol unta yang condong ke sebelah.Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak akan menghidu baunya sekalipun bausyurga itu dapat dihidu dari jarak yang sekian-sekian.”
Hadis ini mengandungi beberapa pengajaran menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian, agar kita sama-sama dapat mengambil iktibar. Hadis ini dimulai dengan penjelasan tentang dua golongan penghuni neraka yang Rasulullah SAW tidak akan jumpa. Ertinya dua golongan tersebut ialah dari kalangan mereka yang hidup selepas kewafatan Rasulullah. Ini merupakan salah satu bukti kebenaran hadis-hadis baginda, di mana apa yang baginda ramalkan seribu empat ratus tahun yang lalu benar-benar berlaku.
Golongan pertama ialah mereka yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu, yakni tali sebatan. Mereka menggunakannya untuk memukul orang-orang lain. Ini merujuk kepada orang-orang yang memiliki kuasa lalu menggunakan kuasanya untuk menghukum orang lain tanpa pengadilan yang sewajarnya. Tentu saja yang segera terlintas di fikiran kita ialah para pemerintah yang diktator. Ini benar namun tidak tepat kerana hadis di atas bersifat umum, bererti ia merujuk kepada sesiapa jua yang memiliki kuasa lalu menyalahgunakan kuasanya untuk menghukum orang secara tidak adil. Justeru selain pemerintah negara, ia juga boleh merujuk kepada pengarah syarikat, ketua jabatan, amir jamaah dan juga seorang ayah.
Berdasarkan kaedah qiyas (analogi), cara menghukum tidak terhad kepada tali sebatan yang diperbuat dari ekor lembu sahaja. Apa sahaja alat atau cara yang dapat menghukum dan mendera seseorang termasuk dalam kategori ini.
Oleh itu sesiapa jua yang memegang kuasa dalam apa jua urusan, hendaklah menjadikan hadis ini sebagai peringatan. Jangan menghukum orang bawahan sesuka hati, sebaliknya adililah mereka dengan seadil-adilnya. Hendaklah mendengar hujah atau pembela mereka seandainya mereka bersalah dan berilah hukuman yang bersifat mendidik dan membina.
Golongan kedua merujuk kepada para wanita yang memiliki beberapa ciri berikut. Pertama, mereka berpakaian tetapi telanjang. Maksud telanjang dalam konteks ini ialah wanita yang mengenakan pakaian yang nipis sehingga menampakkan aurat mereka di sebaliknya. Juga wanita yang mengenakan pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka di sebaliknya. Tidak ketinggalan ialah wanita yang memakai pakaian yang terbelah di sana-sini sehingga sekalipun ia menutup aurat, pada hakikatnya aurat-aurat tersebut akan terdedah ketika berjalan atau ditiup angin.
Kedua, ia merujuk kepada wanita yang bergaya, berjalan dan berfesyen dengan sesuatu yang memiliki kecenderungan atau tujuan untuk menarik perhatian lelaki. Seterusnya secara sedar atau tidak, wanita ini menjadi ikutan wanita lain untuk turut bergaya, berjalan dan berfesyen dengan sesuatu yang memiliki kecenderungan atau tujuan untuk menarik perhatian lelaki. Fenomena sebeginilah yang disebut sebagai “trend” masa kini dan inilah yang dimaksudkan dengan sabda baginda sebagai “…yang cenderung lagi mencenderungkan.”
Antara fesyen yang dimaksudkan ialah mengikat sanggul di belakang kepala dengan menyudutkannya ke atas. “Trend” yang digelar sebagai “Sanggul Arab” dianggap terkini oleh sebahagian wanita masa sekarang, sama ada yang bertudung atau tidak. Namun fesyen ini telahpun diramalkan oleh Rasulullah SAW seribu empat ratus tahun yang lalu. Ia baginda umpamakan sebagai bonggol unta. Hanya bonggol unta menyudut lurus ke atas manakala sanggul arab menyudut ke atas sambil condong ke belakang.
Ada yang begitu taksub dengan fesyen sanggul arab ini sehingga sanggup memakai rambut palsu yang diikat sebagai sanggul atau membeli terus sanggul palsu. Ada juga pekedai yang menjual tudung arab lengkap dengan sanggul arab tiruan di dalamnya. Semua ini menambah kesalahan, menambah dosa. Ini kerana mereka melakukan dua kesalahan, pertama ialah berfesyen sanggul arab sementara yang kedua ialah memakai sanggul palsu. Sanggul palsu termasuk dalam kategori rambut palsu yang diperingatkan oleh Rasulullah:“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut lain dan wanita yang meminta rambutnya disambungkan.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengenakan rambut palsu, tanpa dibezakan sama ada ia dari rambut manusia, haiwan atau buatan manusia.
Penting untuk dibezakan bahawa hadis di atas bukan bermaksud mengharamkan sanggul. Wanita yang berambut panjang boleh bersanggul, dengan syarat sanggul itu diikat di belakang dengan menyudut ke bawah. Apa yang diharamkan ialah sanggul yang diikat dengan menyudut ke atas seperti bonggol unta. Oleh itu, sama ada bertudung atau tidak, hendaklah dijauhi fesyen sanggul arab.
Setelahmenerangkan ciri-ciri kedua-dua golongan tersebut, Rasulullah SAW menambah bahawa mereka bukan sahaja akan menjadi penghuni neraka tetapi akan dijauhkandari syurga sejauh-jauhnya. Mereka bukan sahaja tidak melintas di tepi syurga,tidak melihat syurga, bahkan tidak dapat menghidu keharuman syurga padahalkeharuman itu dapat dihidu dari jarak yang jauh. Ini menunjukkan kedua-duagolongan di atas berada benar-benar jauh dari syurga Allah. Semoga ini menjadiperingatan yang melekat dalam diri kita, dalam tanggungjawab harian kita dandalam fesyen harian kita.
sumber : HAFIZ FIRDAUS.COM

Semalam.. lewat aku makan ubat demam dan selsema ... dalam kul 2 pagi baru leh tidur ... dah set jam kul 5 pagi untuk bangur sahur bagi mengerjakan puasa ... huhu.. terbayang bubur lambuk yang mak aku bersama sambal udang petai .. pergh.. berair kan ?
Maka tidur lah aku dengan nyenyaknya .. Bermimpi aku dan ramai kawan aku menerima seutas rantai emas yang mana si bos tu memberi mengikut kualiti pekerjaan masing masing .. sorang sorang dapat .. lama gak aku tunggu .. tak jugak jugak dia bagi aku. .geram mula muncul dalam hati..
Terus aku bangun ... aku cakap kat bos .. aku kata aku nak berhenti kerja !! aku tak nak dah kerja kat sini.. Terpinga pinga si bos tu.. Erk.. bos dan kawan kawan dalam mimpi ni , sorang pon aku tak kenal.. hehehe..
Aku berlalu keluar dari pejabat tu.. Timbul jugak kekesalan sebab tak nak tunggu bahagian aku tu.. arghh... aku dah berenti keja , apa yang nak aku buat skang ni ?? Ops..takkan nak jadi full time blogger ? Huhu... menyesal lak aku tak sabar ... Tebal tebal lak rantai tu... haih..
Punya la berjela mimpi aku... akhirnya aku tersedar... sedar akibat menyesal menolak tuah.. rupanya jam dah pukul 7 pagi !! Astaghfirullah al'azim .. terlepas subuh dan sahur .. adeh.. rupanya tulah ' bonus ' yang aku terlepas tu... haih...
Takkan nak salahkan ubat lak kan ?? Tapi ubat tu mmg kasi mengantuk ponya .. hurmmm

Aku diberitahu oleh sahabat blogger, Hawa tentang pemergian seorang blogger yang mana aku sendiri tidak pernah mengenali arwah namun atas dasar persahabatan dunia blogging ini , aku ingin memberitahu pada semua rakan rakan lain agar dapat sedekah al-fatihah buat beliau .
Golongan playboy Arab yang memiliki harta melimpah-ruah kini menjadikan London sebagai pusat mempamerkan kereta mewah masing-masing.

KERETA SUPER... Bugatti Veyron bernilai RM4.25 juta dan Pagani Zonda Cinque bernilai RM3.28 juta (gambar kecil) ..

Bilionair dari Timur Tengah itu membawa kenderaan masing-masing - sesetengahnya dengan kemasan bersalut krom - menaiki pesawat dari Emiriah Arab Bersatu.
Sepanjang musim panas lalu, sejumlah kereta paling mewah di dunia bernilai lebih RM250 juta tiba di ibu negara Britain itu. Antaranya, kereta terpantas di dunia, Bugatti Veyron yang mempunyai kelajuan 407 kilometer sejam, dipandu di kawasan Knightsbridge dan Mayfair.
Kereta itu bersama Pagani Zonda Cinque - satu daripada lima yang dipasang di dunia - sering diletakkan di kawasan Dorchester.
Bulan lalu, pemilik baru gedung beli-belah Harrods menayangkan kereta Koenigsegg CCXR bernilai RM6 juta dan Murcielago (bernilai RM1.7 juta) di depan premis berkenaan. Disebabkan ia diletakkan di tepi jalan, pihak berkuasa terpaksa mengunci tayar kenderaan itu sehingga pemiliknya membayar saman. Wartawan majalah Top Gear, Matt Master, berkata peminat kereta mewah kini boleh melupakan Monaco atau Monte Carlo.
“Kini London menjadi pusat kereta mewah,” katanya.
Kata Master, kebanyakan pemilik kereta mewah itu baru berusia 20-an atau awal 30-an yang lahir dalam keluarga kaya-raya.
“Jumlah kereta model Ferrari, Lamborghini dan Bugatti menggunakan nombor pendaftaran UAE memang luar biasa.
“Kebanyakannya mempunyai kelajuan lebih 300 kilometer sejam, tetapi di London, biasanya mereka terpaksa memandu hanya dengan gear satu,” katanya.

Kebanyakan kenderaan itu diterbangkan ke London untuk digunakan bilionair terbabit ketika mereka melarikan diri daripada cuaca panas di negara asal masing-masing. - Agensi
sumber : Bharian