Pak Arab tayang kereta di London

by - Sabtu, Ogos 14, 2010

Golongan playboy Arab yang memiliki harta melimpah-ruah kini menjadikan London sebagai pusat mempamerkan kereta mewah masing-masing.


KERETA SUPER... Bugatti Veyron bernilai RM4.25 juta dan Pagani Zonda Cinque bernilai RM3.28 juta (gambar kecil) ..


Bilionair dari Timur Tengah itu membawa kenderaan masing-masing - sesetengahnya dengan kemasan bersalut krom - menaiki pesawat dari Emiriah Arab Bersatu.

Sepanjang musim panas lalu, sejumlah kereta paling mewah di dunia bernilai lebih RM250 juta tiba di ibu negara Britain itu. Antaranya, kereta terpantas di dunia, Bugatti Veyron yang mempunyai kelajuan 407 kilometer sejam, dipandu di kawasan Knightsbridge dan Mayfair.

Kereta itu bersama Pagani Zonda Cinque - satu daripada lima yang dipasang di dunia - sering diletakkan di kawasan Dorchester.

Bulan lalu, pemilik baru gedung beli-belah Harrods menayangkan kereta Koenigsegg CCXR bernilai RM6 juta dan Murcielago (bernilai RM1.7 juta) di depan premis berkenaan. Disebabkan ia diletakkan di tepi jalan, pihak berkuasa terpaksa mengunci tayar kenderaan itu sehingga pemiliknya membayar saman. Wartawan majalah Top Gear, Matt Master, berkata peminat kereta mewah kini boleh melupakan Monaco atau Monte Carlo.

“Kini London menjadi pusat kereta mewah,” katanya.

Kata Master, kebanyakan pemilik kereta mewah itu baru berusia 20-an atau awal 30-an yang lahir dalam keluarga kaya-raya.

“Jumlah kereta model Ferrari, Lamborghini dan Bugatti menggunakan nombor pendaftaran UAE memang luar biasa.

“Kebanyakannya mempunyai kelajuan lebih 300 kilometer sejam, tetapi di London, biasanya mereka terpaksa memandu hanya dengan gear satu,” katanya.


Kebanyakan kenderaan itu diterbangkan ke London untuk digunakan bilionair terbabit ketika mereka melarikan diri daripada cuaca panas di negara asal masing-masing. - Agensi

sumber : Bharian


You May Also Like

3 comments

  1. salam en ben tau, ada sorg blogger meninggal sebab excident..ni link metro http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ajalgadistulangreput/Article

    no blog arwah http://zazatheblogger.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Innalillah buat arwah. Moga di tempatkan d golongan yang dirahmati Allah

    Ben, kat Riyadh (saudi Arabia) pun sama gak,if tgk umah diorg, tak tau nak panggil umah or istana. Tp bila drive mmg mcm pelesit, no sivik diorg ni..

    BalasPadam