BEN ASHAARI



BUKIT MERTAJAM 19 Sept. - Kematian pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar, yang ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, tiada kaitan dengan kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh secara kejam bersama tiga individu lain baru-baru ini.

Anak saudara mangsa, Naimah Said, 32, berkata, Sarina, 45, dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas dan wanita itu juga pernah cuba membunuh diri dengan menggelar pergelangan tangan.

"Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak ada masalah dalam perniagaan.

Jadi, kematiannya mungkin lebih berpunca daripada masalah keluarga kerana sebelum ini, Mak Anjang (panggilan mesra Naimah kepada Sarina) juga pernah beberapa kali menceritakan masalah keluarganya, dan kami percaya tiada unsur-unsur lain dalam hal ini (kematiannya),” katanya ketika ditemui di kediaman Sarina hari ini.

Beliau berkata, Sarina pernah menyuarakan hasratnya untuk mengunjungi rumah Sosilawati di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan seperniagaan lain sebaik mengetahui berita kematian jutawan kosmetik itu melalui media.

"Arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai kenduri tahlil dan membacakan Yasin untuk rakan baiknya itu (Sosilawati), dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakannya,” katanya. - Bernama

sumber : Utusan

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Ahad.. baru dapat rehat .. rehat dari tak keluar g mana mana .. Mak aku ada call ajak g open house sepupu aku .. hurm.. malas aku nak g .. sebab aku kat penjuru dunia dan rumah dia kat penjuru dunia satu lagi .. dah la tu , memikirkan nak meredah jammed ... huih , tak sanggup .. Yelah , umah aku kat Putrajaya .. dan dia kat Gombak sana tu .. Dah semalam aku ke Gombak .. ari ni nak g lagi ?? Tak sanggup .. Dengan esok nak kerja lagi .. huih.. tak sanggup ..

Lagu pon kerja kat rumah ni banyak . kalau korang perasan , berapa banyak sangat entri aku hari ni ? Sikit je kan ? haa.. Lepas post buah zuriat tu , kemas rumah laki bini .. lpas tu kitorang ke Bangi .. basuh kereta kat sana .. makan pagi,tengahari dan petang sekali gus kat situ .. Erm.. makan kfc jer .. Dan esok nak start puasa 6 .. insyaAllah.. hehe..

Balik dari sana .. hurm... jadi pekebun jap... tebas abis semua lalang yang dah naik tu .. nak harap bangla tu , tah bilanya ...jap ada jap takde .. camana diorg punya jadual pon aku tak pasti..

Memikirkan esok .. mood aku terus takde .. ikut hati , mau aja aku berenti kerja.. buat je bisnis .. tp wife tak bagi lak ..huhu.. penat la makan gaji .. bukan takat tu je , terasa diri macam tak .. hehe.. tak leh sambung.. bahaya ..

Tinggal beberapa jam je lagi .. nak tidur awal atau lambat ? huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

P9190818

Pernah dengar buah zuriat ? Buah yang dikatakan hanya boleh didapati di Mekah .. Tujuannya adalah antara cara untuk mendapatkan zuriat ( dengan izin Allah ) ..

Ada la kawan wife aku yang bagi .. dah lama simpan , tiba tiba ari ni wife suh aku pecahkan .. Mengikut dari apa yang digoogle , biji buah tu perlu direbus dan minum air rebusannya .. Hurmm .. Ada yang tau ke ??

Buat pengetahuan korang , nak dapatkan isi dari buah ni , bukanlah mudah .. ibarat nak dapatkan isi buah kelapa.. kalau yang tak tau tu , pasti akan mengetuk sampai hancur.. Kiamat ler ..

Caranya , kena buang kulit luar tu dulu.. hiris sampai nipis dan baru ketuk .. hehe... berpeluh ketiak jap la nak dapat .. Mengigil gak tangan tadi nak dapatkan biji buah tu.. Alhamdulillah.. dapat gak .. huhu..

Gambar diatas tu menunjukkan buah zuriat dan biji buah zuriat yang telah aku ketuk tu... skang tunggu je wife rebus.. Berjaya atau tidak , berdoa jer .. yang penting adalah usaha .. hehe.. InsyaAllah ...

Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

 

Best ??? Aku rela tengok Resident EVil 10 kali dari tengok cerita tu sekali lagi .. Huk aloh ... sori la yer .. aku baru lepas tengok cerita tu .. Sememangnya cerita cerita begini aku tunggu kat ASTRO je la keluar .. nak g panggung ??? Maaf la yer .. takkan aku bazir RM10 untuk tengok cerita sedemikan rupa ..

Aku bukan anti cerita melayu atau tak sokong .. Aku layan gak cerita melayu kat panggung tapi kalau tengok tajuk tajuk filem sebegini , aku rasa baik tgk kat tv je la ..

image 

Filem filem yang biasa aku tonton .... hehe .. yg aku rasa menarik untuk ditonton .. Filem melayu yang terakhir aku tonton ialah , PAPADOM... Apa pun.. terpulang la pada selera masing masing ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Aku perhatikan ada banyak blogger blogger baru yang singgah kat blog aku dan meninggalkan komen .. Jutaan terima kasih .. Ada gak aku g singgah semula ke blog mereka dan menjadi follower .. pada yang tak berkesempatan , insyaAllah .. satu hari nanti aku singgah ..

Memandangkan ramai jugak blogger baru singgah ke blog aku , maka aku nak masukkan mereka ke dalam blog list aku ni .. Ada 3 kategori .. blogger boleh pilih mana mana yang mereka berkenan..

  1. SUDU GARPU - blog masakan
  2. TULIS DIARI - blog peribadi
  3. BOTOL SUSU - blog kekeluargaan

Syaratnya .. mudah saja .. Sila buat satu entri .. letak

  1. image header ini ...
  2. TAJUK : BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER
  3. letakkan url di komen entri ini . Jgn lupa tulis sekali KATEGORI PILIHAN :

Tarikh tutup ?? Esok , 19/9/2010 .. jam 11:59 tengah malam ..

Kalau rasa rasa anda blogger baru , sila je join ... jangan malu jangan segan .. sama sama kita bantu membantu .. Yang penting , blog mesti aktif !!! Setiap hari mesti ada entri ... Wajib ada yer..

Blog list akan kekal sehingga hujung tahun ..

Share
Tweet
Pin
Share
47 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes