BEN ASHAARI



 

Haih.. tak kesian kat mak bapak ke sebelum buat kerja bodoh gini ??  Kalau cinta sekali pon , bawa bawa ke jalan Allah .. bukan jalan keretapi ! Bengong namanya .. cari penyakit .. Takat bf baru setahun jagung .. dia sendiri tak lepas makan pakai dia , ada hajat nak bela anak dara orang ??? Haih ... Aku sendiri tak sanggup .. Jangan ingat cinta mampu mengenyangkan perut .. Aku pon cinta gak .. ni yang terdampar atas katil .. ingatkan kenyang makan cinta.. tak pasal pasal makan ubat .. huh !

Ni ha .. kes dua budak kembar yang ilang kat Kampar ari tu .. dah jumpa kat Penang ..  Adoi .. buat susah mak bapak jer .. Zaman skang ni , kalau ilang je .. tau tau mati .. Ni nasib baik idup !

Wahai anak dara n mak dara .. Erk... skang mak dara pon bahaya .. boleh lari dari rumah wooo ..  Sebelum buat kerja tu , ingat ingat la hukum Allah .. Kita hidup sementara je .. nak lazat sangat , doa je agar kita dapat ke syurgaNya .. lagi berkat !!! kan ?

Gadis kembar dan rakan ditemui di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak yang dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lalu, ditemui di Pulau Pinang dalam keadaan selamat.


Ketua Balai Polis Air Itam, Cif Insp Mohd Fadzli Napiah, berkata ketiga-tiga remaja perempuan itu ditemui bersama dua rakan lelaki mereka iaitu Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20, di flet Green Garden, di Paya Terubong kira-kira 8.20 pagi. Katanya, bertindak atas maklumat orang awam, polis menyerbu flet berkenaan dan menahan ketiga-tiga remaja perempuan itu ketika mereka sedang tidur di ruang tamu manakala dua lelaki terbabit ditahan di sebuah bilik tidur. "Semua mereka memberi kerjasama dan mengakui mereka secara rela hati mengikut teman lelaki ke negeri ini pada 14 September iaitu tiga hari selepas mereka dilaporkan hilang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mohd Fadzli berkata, pada hari mereka dilaporkan hilang, remaja terbabit sebenarnya berada di sebuah ladang kelapa sawit di Perak dan tidur di sebuah rumah kosong di ladang itu.


Katanya, sebaik tiba di Pulau Pinang mereka telah mendaftar masuk di sebuah hotel murah di Jalan Pintal Tali bersama-sama teman lelaki mereka selama tiga malam di sini.


Teman lelaki mereka dikatakan mendapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan dan kemudiannya membawa mereka tinggal bersama di sebuah rumah sewa mulai 18 September sebelum diberkas hari ini.


Hasil siasatan awal mendapati salah seorang daripada lelaki itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan masih di bawah pengawasan polis di Kampar, Perak.


Mohd Fadzli berkata, ketiga-tiga remaja perempuan itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan.
Katanya, jika terdapat kes membabitkan hubungan seksual, polis akan mengambil tindakan terhadap pasangan masing-masing mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol gadis bawah umur.


"Kedua-dua lelaki terbabit kini ditahan polis bagi membantu siasatan polis, termasuk ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada mereka mengambil dadah atau sebaliknya," katanya.
Polis telah menghubungi ibu bapa remaja perempuan berkenaan dan kes aduan hilang anak itu dianggap selesai. - BERNAMA

sumber : BHARIAN

 

BA: Jaga jaga anak teruna kita ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Adus .. dari tengahari semalam , kepala aku berdenyut denyut .. tak sangka malam tadi makin teruk .. Badan mula panas.. hurm.. mesti tekanan darah aku naik semula .. Apa yang aku salah makan ?? Setahu aku , aku makan keropok sira ( made in kelantan ) tu dengan biskut oats je.. hurmm .. malam mkn yong tau foo ..

Maka dengan ini , terpaksalah aku mc hari ini .. ni dok tersadai atas tilam lagi ni .. jap lagi nak g lawat doktor kat Precint Diplomatik tu .. Adakah dengan tidak bersarapan pagi atau mkn tengahari membuatkan kepala aku sakit ? Orang kata angin dah masuk .. hurmm..

Nasib baik la masa 'menderita'  tu wife ada .. dia tolong urut tangan dan kaki termasuk kepala .. Lega la sikit .. Ni karang pon dia tolong hantar g klinik .. nak aku drive tak leh.. dok sakit kepala lagi .. huhu..

Adakah aku akan cuti rehat dari blogging? huhu...

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

Aku tak pernah tengok drama bersiri Siti Kelembai ni .. Tiba tiba ari ni aku tertengok .. hehe.. Ada sesuatu yang aku tak berkenan.. iaitu HUKUM KARMA .. Berulang kali diorng dok sebut pasal HUKUM KARMA .. Hurm... Aku google dan jumpa jawapannya ..

Hukum Karma adalah sebahagian daripada kepercayaan agama Hindu. Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan'. Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini. Cerita Si Tanggang adalah contoh klasik pengaruh Hindu dalam sastera rakyat Melayu pra-Islam.

Ramai orang menyangka Hukum Karma serasi dengan Islam. Malah ramai orang yakin Hukum Karma adalah hukum yang memang wujud dan ia adalah hukum semula jadi ciptaan Allah.

Tema Hukum Karma popular dalam cerita-cerita, baik cerita-cerita yang diterbitkan dalam bentuk buku, bangsawan, drama TV, filem dan lain-lain. Malah, jikalau watak jahat tidak menerima hukuman jahat, ia dianggap tidak cocok dengan ajaran Islam.

Dalam surah Yusuf terdapat banyak watak jahat, namun tidak seorang pun daripada watak-watak jahat itu menerima hukuman atas kejahatan yang mereka lakukan. Malah Nabi Yusuf sendiri sebagai watak yang baik ditimpa banyak penderitaan.

Kisah Nabi Yusuf membayangkan bahawa dalam novel Islami, kejahatan tidak dianjurkan supaya dibayar dengan kejahatan juga. Malah dianjurkan supaya watak utama yang ideal itu harus mengalami pelbagai penderitaan yang berat.

Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu, Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini. Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini diyakini adalah balasan kepada kejahatan yang telah dilakukannya.

Mengikut fahaman Hindu, musibah adalah hukuman daripada Sang Karma (tuhan) disebabkan seseorang itu melakukan dosa.

Hukum Karma tidak serasi dengan konsep 'dugaan' dalam Islam. Dalam Islam salah satu fungsi musibah adalah sebagai dugaan, makanya orang-orang yang baik, malah nabi-nabi sekalipun ditimpa musibah. Tidak mungkin penderitaan yang dialami oleh nabi-nabi adalah hukuman dari Sang Karma.

sumber : Halaqah

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Cuba makan biskut femes emes.. hehe.. jgn marah ar.. gurau ..

Hurm.. nak femeskan atau nak popularkan blog ? Untuk apa sebenarnya ? Untuk orang kenal kita atau untuk tingkatkan trafik ? Nak tingkatkan trafik tak semestinya popularkan blog jer .. Banyak cara sebenarnya ..

Mesti ada yang nak tau , camana aku popularkan blog aku kan ? Ada yang kata , aku menumpang tuah MAT GEBU .. Kalau tak kerana MAT GEBU , blog aku orang tak kenal .. Yeker ? Hehehe ..

SITI NURHALIZA jadi popular camana ? Nyanyi tepi jalankah ? Dengan menjuarai pertandingan nyanyiankah ? Dengan kawin Datuk K kah ?? Cuba fikir ..

Sbb tu aku kata , cara untuk naikkan blog ni banyak cara .. Kerja keras atau bijak berstrategi .. Segalanya bergantung antara satu sama lain .. Sampan akan hanyut jika tiada dayung kan ?

Aku sendiri gunakan pelbagai cara dan teknik dan sehingga sekarang pon masih belum berjaya... kira boleh bergerak sedikit je la .. Nak kata femes atau popular tu , maaf la yer ..tak langsung .. Dan aku tak nk kejar semua tu.. Serius.. Takut pulak aku skang ni ... Bukan apa , nanti cerita tentang kehidupan aku ada ditangan orang .. Bahaya bukan ? Jadi aku kena hati hati bercerita mulai skang .. Tidak boleh terlalu open ..

Kalau diperhatikan , ramai buat blog tentang TIPS .. blog gitu mmg akan menjana trafik dalam jangka panjang .. contoh blog yang aku maksudkan ialah blog masakan .. Aku tak boleh nak bagi contoh blog lain sebab aku tak tau .. Tak adil la kan buat sesuatu review yang aku tak tau langsung mengenainya ..

Blog masakan , kalau diperhatikan dah mula menarik trafik tinggi sejak Ramadhan lalu sehinggalah sekarang .. Kalau nak dikira femes emes ni , blog masakan lagi fofular .. tapi tak ramai tau .. kan ? hehe.. Sbb apa ? Tu tanya kena tanya mat gebu ..

Berbalik pada keperluan memfemeskan blog ni , aku bagi satu je nasihat.. naik perlahan lahan.. sambil naik kutip segala ilmu yang ada di kiri dan kanan .. bila turun nanti , tinggalkan semua ilmu tu kat atas agar orang dibelakang akan dapat gunakannya nanti .. baru berbaloi berblog ..

Pada blogger baru , korang jangan risau dan cepat putus asa .. bagi masa pada blog korang tu ... kemudian , check niat tu balik.. kalau nak $$ , bolehkah blogging jadi kaya ? BOLEH .. tapi bukan dengan cerita peribadi .. buka mata .. kaji.. Kalau suka suka , maka trafik bukanlah satu perkara yang penting.. Ada atau tidak pembaca , tu semua belakang kira .. Yang penting , dah post ! hehe .. kan ?

Yang penting bila berblog ni ialah HEPI .. Jangan buat entri ketika tensen atau masa jiwa kacau .. cari penyakit .. Ops.. ada satu lagi .. hehe.. perlu ke cerita tentang kekasih hati ?? Apakah akan terjadi sekiranya putus cinta ? Satu dunia dah tahu tentang tu percintaan anda tu.. tiba tiba , haaa... fikirkan yer .. nasihat je ni.. nak ikut , ikut la.. tak nak , terpulang la yer...

Kalau aku masih belajar lagi , aku akan cerita tentang pelajaran .. mana tau ada rakan rakan akan sudi berkongsi ilmu .. kan ? hehe.. Aku nak cerita pasal kerja , tak boleh.. ISA aku nanti.. hahaha.. bos usha dah tu.. hahahha..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Maaf la yer .. ptg ni aku banyak cerita pasal entri lak .. bukan apa , tadi aku masuk blog sahabat ( blogger baru ) dan dia agak frust dengan trafik dia .. Trafik ni pembaca yer .. bukan Trafik ni $$ ... Bila sebut trafik , maka akan timbul di benak ialah $$ .. tu satu kesilapan kita ..

Korang layan movie tak ? Kenal U-Wei Shaari ? Yasmin Ahmad ? ok..bagus .. Jogho ? Pernah tengok cerita tu ? Isteri ,perempuan dan ... ? Sepet ? Mukhsin ? Gubra ? Pendapat korang , cerita ni berkualiti tak ?

Bagaimana pula dengan filem Senario ? Anak mami ? Rempit ? Jangan Tegur ? Adakah filem ini berkualiti ?

Mickey Mouse ? Donalds Duck ? Popeye ? Ultraman ? Cerita cerita begini berkualiti tak ? Tapi kualiti banyak kan ?

Segalanya terpulang pada selera kita .. Ada orang nampak berkualiti.. ada yang tidak .. Ada yang suka entri selamba .. ada yang suka serius .. Macam macam citarasa .. kita sebagai blogger mmg sukar nak duga citarasa mereka .. Jadi tulislah apa yang terbuku di hati dan minda .. Bagaimana mereka nak memprosesnya , terpulang pada kebijaksanaan mereka .. 

Yang pastinya , jgn cerita yg tak patut  dicerita .. Contoh .. Aku g mandi tadi .. pastu makan .. pastu tidur.. esok g kerja.. balik g gym.. Dari mula sampai habis gitu jeeee ... dari Isnin sampai Ahad .. Kualiti pon tarak .. kuantiti pon tak layak ..

Tapi sebaiknya selitkan satu dua info dalam setiap entri .. Bukan sekadar bercerita kosong .. Barulah best .. Pasti mereka akan kembali lagi ..InsyaAllah ..

Adakah ini menjawab persoalan anda ??

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes