Alhamdulillah.. skang kat Hentian Air Keroh .. Jam 10.30 pagi sampai sini.. Bertolak dari rumah , kul 9.30 .. terlewat setengah jam.. Aku tertido balik lepas subuh tadi .. hehe.. Tapi sempat update 3 entri la ..
HULU KLANG: Seorang saksi tegas mengatakan bahawa dia hanya mahu menegakkan kebenaran dan bukan mahu mengaibkan pelakon Norman Hakim dan Memey apabila membuat aduan mengenai pasangan itu berkhalwat kepada pejabat agama serta media.
Pereka bentuk, Mohd Yusri Abdul Khasan, 55, berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, dalam prosiding khalwat membabitkan Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21.
Menjawab soalan Pendakwa Syarie, Mohamad Nazri Basrawi, Mohd Yusri berkata, tujuan sebenar dia berinteraksi dan memberitahu media berhubung pasangan itu didakwa selalu kelihatan bersama di premis pejabat Norman ialah untuk mengelakkan mereka diaibkan sebelum Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat sebarang tindakan.
“Apabila saya berinteraksi dengan media selepas mereka ditangkap adalah untuk menegakkan kebenaran. Saya tidak tahu perbuatan saya memberitahu media selepas prosiding bermula di mahkamah adalah salah. Tanggungjawab saya besar dan berat dalam menegakkan kebenaran. “Mereka (Norman dan Memey) tidak serik dan masih ulang perbuatan sama dan jiran marah kepada saya. Saya hubungi media, saya tidak tahu ia salah dan saya minta maaf. Apabila mereka masih ulang perbuatan sama, saya buat apa yang saya rasa sepatutnya sebagai umat Islam,” katanya.
Menurutnya, selepas melihat pasangan itu masih mengulangi perbuatan sama, dia membuat aduan kepada pejabat agama bagaimanapun kecewa apabila tidak mendapat tindak balas sepatutnya.
“Saya ada membuat tujuh hingga lapan aduan pada hari berbeza di pejabat penguat kuasa, bagaimanapun sedih kerana mereka mengatakan sibuk dengan operasi lain dan pelbagai alasan lain. Saya tidak boleh berbuat apa kerana mereka mengabaikan aduan saya.
“Saya berani mengatakan pasangan itu dan abang Norman menipu ketika memberi keterangan di mahkamah kerana saya lihat dengan mata sendiri perbuatan mereka selama setahun lapan bulan sebelum mereka ditangkap. Saya bukan ada sikap ‘busybody’ (menjaga tepi kain orang) tetapi saya perlu menjalankan tanggungjawab saya,” katanya. Menjawab soalan Mohamad Nazri, Mohd Yusri yang pejabatnya bersebelahan dengan pejabat Norman mendakwa Memey bukan pekerja di syarikat itu.
Norman Hakim dan Memey dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008. Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama dan berhadapan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Hakim Salehan Yatim bersambung 8 Oktober ini.
sumber : BHARIAN
Rasanya menjadi tips aku tu .. hehe .. aku dapat dua lagi buffered ! Tq Nuff .. hehehe ..
Dan dua dah jadi METERED .. Cerita banyak tarak .. aku terus cashout dan menjadikan jumlah cheque terkumpul bulan ini sebanyak 4 keping ... berapa ? hehehe... 4 angka kot .. tak leh cakap .. bahaya ..
Apa pun mmg satu kepuasan yang berbaloi la berblog ni .. Dulu aku membuang masa beronline.. Tak tentu hala .. sekarang ni dah nampak dan boleh menjana duit sampingan .. Yang pasti aku pon ada satu projek besar untuk blog aku .. Rugi tak gunakan peluang yang terbuka luas di depan mata..
Walaubagaimana pun , jutaan terima kasih buat semua pembaca dan pengunjung blog BEN ASHAARI .. rajin rajin la singgah lagi yer ..
BUFFERED EARNINGS mmg ditunggu tunggu oleh mereka yang meletakkan iklan Nuffnang di blog .. kan ? Betui ? Tak tipu ? Tipu kan ?? Hehe..
Kalau dapat , ibarat diberi benih pokok durian .. Durian mahal weh.. original punya .. Takde kacuk kacuk .. Isi lemak berkrim punya .. Pergh..
Nak dapat B.E. mmg bukan mudah .. Nuffnang akan memilih .. Bukan semua akan dapat yang sama.. Ada pelbagai jenis pengiklan di Nuffnang , maka mereka akan memilih yang sesuai atas kriteria tertentu..
Apa yang penting bila dapat B.E ialah PAGEVIEWS .. Sila rujuk di web NUFFNANG - ANALYTICS untuk melihat berapakah PAGEVIEWS yang anda perolehi setiap hari .. Makin tinggi PAGEVIEWS di blog anda , makin kencang perolehan ( $$ ) anda ..
TIPS : Gunakan READ MORE , LINKWITHIN , TAGS untuk mendapatkan PV yang tinggi ..
(gambar hiasan.. maaf tak tinggi pon.. takde contoh lain nak bagi dah )
Sekiranya anda berstatus GLITTERATI , anda layak mendapat bonus.. hehe.. bonus apakah itu ?
Bonus yang dimaksudkan ialah CTR atau Click trough Ratio ..
Hehehhe .. Bonus ni akan anda dapat jika iklan di blog anda di klik oleh pengunjung blog anda .. Diulangi yer .. Oleh pengunjung blog anda sahaja .. Kalau anda klik sendiri , tak dikira ... haaa.. Jangan buat yer.. Membahayakan kesihatan anda ..
TIPS : Jangan letak " SILALAH KLIK IKLAN SAYA YER " .. anda merendahkan 'maruah' blog anda ..
Faham tak setakat ni ?? Tak ? adeh ... Faham ? Asas je ni ..
Maka dengan ini , silalah mengupdate blog anda .. Kalau nak yer .. diulangi.. kalau nak menambahkan lagi isi kantung NUFFNANG anda dihujung tahun , silalah lakukan dengan bijak..
Bagaimana anda nak lakukan , itu terpulang pada anda .. Aku nak cakap lebih lebih , nanti ada kuar macam macam komen .. jadi , terpulang la yer .. Yang penting , bukan mudah nak dapat BE dan bukan semua dapat .. Maka , jangan persiakan ..
TIPS : Sekiranya BE dah jadi METERED , sila cashout jika dah layak .. Jangan peram .. Kenapa ? Ada sebab aku cakap gini .. hehe..
Akhir kata , aku bukan nak galakkan blogger giler mendapatkan $$ , cuma nak berkongsi apa yang aku tahu.. Jika ada blogger ingin menambahkan kekurangan pada entri ini , anda digalakkan berkongsi.. Apa salahnya kan ? Tak luak pon ..
Pada yang belum dapat tu , bersabar la yer .. InsyaAllah .. Rezeki kita bukan kat sini jer .. kena rajin 'mengorek' .. hehe
BA : Dulu kita sendiri dibawah .. bila diatas , jgn kedekut ilmu .. Sekian .. Perutku lapar .. Takde open house lagi ke ari ni ???
Hurm... topik bosan tapi masih tak sedar sedar diri lagi .. haih ... Cuba la korang pk .. di mana nilai seorang manusia jika merokok ditempat terbuka dan asap rokoknya menghala ke arah sekumpulan orang berhampiran dengannya tetapi tidak langsung dipedulikannya ?
Asap berkepul kepul ! Tiga empat orang wanita menutup hidung .. Tapi si perokok buat bodoh je ! Takkan diorng tak perasan kot ? Yang merokok bukan seorang tapi berdua .. Sungguh sungguh buat bodoh jer ! Aku nak je tulis lebih lebih tapi .. haih.. nanti aku pulak sama level dengan diorng ..
Pada perokok .. nak merokok tu , pandang la kiri kanan.. Jangan la pentingkan diri sendiri ! Kitorang tak kisah kalau korang nak merokok pon .. Lantak la kan.. korang sakit , korang tanggung sendiri.. tapi kitorang sakit sebab korang , camana ??? Haih ...
Kalau kena kat anak korang sendiri camana ?? Hurm..