Kalau korang tanya aku la kan .. " Ben , movie apa yang best akan datang ? "
Maka aku akan kata ... RED ... buat masa ni yang aku nampak RED antara cerita COOL yang patut ditonton.. Kenapa ?? hahaha...
Cerita dia ganas woo sampai makcik makcik pon terlibat .. Kalau tak silap aku la kan .. cerita dia mengisahkan sekumpulan bekas perisik yang dah bersara yang menjadi sasaran agensi perisik kerana mereka dianggap merbahaya lalu mereka menjadi sasaran untuk dihapuskan .. hehehe..
Menarik wooo... Sbb apa ? Tgk senarai pelakon... hehehe .. Amacam ? Tertarik ?? hehehe ..
Tak percaya ??? Cuba layan trailer dia .. hehe
Amacam ??? Jangan lupa ajak aku sekali yer .. hehehe ..
Ada sahabat tanya tadi kat entri sebelum ni .. Best ke cerita ni ? Best ke Ady ??? Hahahaha ... Tak best langsung !!! Serius .. Mmg tak best kalau tak tengok wooooo ... Mmg puas hati punya tengok dia punya pergaduhan .. Takde bunga bunga .. terus ke buah .. berderai punya woo ..
Tapi cam biasa ... mesti ada sambung .. namun begitu , kepuasan terserlah di wajah penonton.. Yang pastinya Donnie bakal bersinar di Hollywood kelak .. Kena pulak dia boleh bertutur dalam English .. lagi mudah la kan ... Bakal mengganti Jet Li ...
Tengok cerita ni , mmg tak reti diam .. Geram ada .. Rasa macam nak masuk n join sekali belasah orang Jepon .. hehehe... Kalau free tu , aku cadang layan cerita ni .. hehehe .. 3.5 dari 5 bintang diberi oleh aku ...
NEW DELHI: Sukan Komanwel sepatutnya tidak diberikan hak penganjuran kepada India, kata ketua Olimpik Australia semalam tatkala lebih banyak atlit menarik daripada kejohanan itu yang dibelenggu keadaan penginapan yang kotor, pembinaan kurang berkualiti dan kebimbangan keselamatan.
Ketika atlit mula tiba di Delhi, pihak penganjur bergelut untuk mempersiapkan gelanggang Temasya, memaksa beberapa pasukan untuk menginap sementara di hotel-hotel.
Saya tidak fikir ia ada kaitan dengan budaya. Apabila anda bersetuju untuk menganjur (Temasya) anda dituntut menyediakan perkara asas seperti kebersihan dan kesihatan kepada atlit,” kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Australia, John Coates.
“Temasya itu tidak sepatutnya dianugerahkan kepada Delhi.”
Wabak demam denggi melanda Delhi dan dua pelancong asing ditembak mati dan dicederakan oleh pengganas di bandar raya itu, Ahad lalu.
Juara Olimpik lumba basikal Geraint Thomas and dan tiga pelumba Wales memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam temasya yang dijadualkan bermula 3 Oktober ini. – Reuters
sumber : BHARIAN