JITRA: Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) cedera di bahagian muka manakala bapanya meninggal dunia akibat ditimpa pokok di sebatang jalan di Kampung Naga di sini, petang semalam.
Ketika kejadian, Nurul Awatif Ahmad, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman itu dan bapanya Ahmad Zakaria, 61, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di kampung itu selepas Nurul Awatif selesai menduduki hari pertama peperiksaan itu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Sawaludin Hamenudin berkata kejadian berlaku pada 5.30 petang dalam keadaan hujan dan angin kencang.
"Dua beranak itu sedang menunggang motosikal dan ketika sampai di tempat kejadian, sebatang pokok getah tumbang di atas mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ahmad, yang cedera parah di bahagian kepala meningggal dunia di tempat kejadian manakala Nurul Awatif sedang dirawat di Hospital Jitra.
Ibu Nurul Awatif, Rokiah Abdullah, 40-an berkata suaminya keluar dari rumah dengan menunggang motosikal 4.15 petang dan pada ketika itu angin sudah mula kencang serta hujan renyai-renyai.
"Walaupun cuaca agak buruk arwah tetap mahu mengambil Nurul Awatif," katanya. Sekolah itu terletak lima kilometer dari rumah mereka.
Nurul Awatif, anak bongsu daripada empat beradik, dijangka terus menduduki peperiksaan PMR walaupun masih dirawat di hospital dan hari ini dia akan mengambil dua mata pelajaran.
Jenazah Ahmad dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Kampung Naga di sini pada 11 malam tadi. - BERNAMA
sumber : Bharian
Baju baru ni .. baru masuk ... Harga? Kena tanya tuan kedai di > sini
JERTIH: "Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini." Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.
Siti Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.
“Namun, saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu.
Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui semalam.
Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada ‘di alam ghaib’.
Namun, Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran.
Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya.
“Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,” katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan.
Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.
Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itu dikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur.
Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya.
Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya.
Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.
Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut agama.
Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan.
Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.
Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.
“Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam,” katanya. - BHARIAN
Salam .. selamat pagi ..
Sakit tekak .. itu yang aku alami sesedarnya aku dari tidur.. Rasa nak demam pon ada .. cam mengigil gak ni.. Walaupun tidur aku cukup 6 jam tapi aku tak rasa tidur aku berkualiti .. asyik terjaga jer.. Pada mulanya panas ... pastu sejuk pulak.. Tak sedar hujan pagi tadi ..
Kerja pulak ari ni aku rasakan pasti amat banyak .. Bila dah banyak , blog pon pastinya diketepikan dulu ..Wajib tu.. utamakan yang patut diutamakan ..
Alhamdulillah , skang ni aku tak perlu terkejar kejar lagi g opis .. Nak kena bangun seawal 5 pagi ... sbbnya skang aku dah masuk kul 830.. maka aku boleh bangun dalam 6 lebih.. ok la kan ? hehe
G opis pon takde dah nak ternguap nguap .. cool jer .. hehehe... Cuma LRT tu pasti sesak .. ramai orang ... apa nak buat .. kerajaan galakkan guna pengangkutan awam .. guna je la kan ?
Best ke guna pengangkutan awam ? Ok la gak.. perjalanan terurus... dah tau kul berapa ERL datang .. LRT .. segalanya teratur.. kita yang kena disiplin.. tepat pada waktunya .. Tak perlu risau tentang parking .. minyak kereta ..atau nak maki hamum kereta kat depan atau kat tepi.. heheh.. pagi pagi dah kumpul dosa ... Tapi , ye la .. ada jugak kelemahannya ... tu sudah pasti ..
Apa pun , kita mulakan pagi ini dengan senyuman dan berfikiran positif... Erm... nak makan apa ek pagi ni ...