Hehehe .. Selamat harijadi yer ... Akak Rebit .. Abe rimau usha dah tu ... lalalala ... Semoga Allah memberkati kak ummi sekeluarga ...
Hehehe .. Selamat harijadi yer ... Akak Rebit .. Abe rimau usha dah tu ... lalalala ... Semoga Allah memberkati kak ummi sekeluarga ...
Duit tak menjanjikan kebahagiaan .. Duit boleh di cari .. di mana mana boleh .. Rezeki Allah di muka bumi ni terlalu luas.. Cari je .. pasti ada ..
Yeker ?? Betul ke ? Duit mmg tak menjanjikan kebahagian .. Kenapa ? Biasanya yang bertuhankan duit itulah menghancurkan kebahagian .. sedangkan sebenarnya dengan duit yang melimpah ruah ( insyaAllah ) boleh menjanjikan kebahagiaan sekiranya digunakan ke jalan yang betul ..
Duit yang banyak .. gunakan untuk mencari ilmu .. bersedekah jariah .. bahagia je kan ? Yang menyebabkan merana ni jika bersifat kedekut .. tamak ! Bila ada 10 sen , cari idea lagi untuk gandakan agar jadi 10 ringgit .. Bila dah dapat RM10 pk lagi nak gandakan .. Sampai bila ???? Maka bertuhankan duit la dia .. siang malam dokk pk duit ..
Sedang hangat bercinta .. ada yang kata duit tak penting .. Ramai anak muda kata gitu.. tak pe .. kawin je ..nanti ada rezeki , ada laa.. Kalau duk lagu tu jer , rezeki nak camana ? Cakap boleh la.. usaha ??? Bila usaha , rezeki tu datang ... Ini bermakna , bukan mudah nak cari duit ! Kena usaha .. Tak kira samada gunakan otak ataupun fizikal .. Tetap usaha .. usaha mmg memenatkan .. Tapi jika berjaya ?? Camana ?? Berbaloikah ? InsyaAllah ..
Tapi yang buat silap ialah , jalan pintas untuk mendapatkan duit .. nilah dia... mmg terlalu silap ...Apa guna banyak duit tapi tak halal ? Sumber yang haram ??? Buat apa ? Tak bahagia.. hidup senantiasa penuh dengan was was .. takut .. .takut di dunia .. di akhirat kelak ?
Pasangan yang dah bernikah .. sedar setiap celikkan mata tu , adalah untuk mencari rezeki buat keluarganya .. dalam kepala tu asyik nak cari duit lebih .. Untuk keluarga .. Alhamdulillah .. Tapi janganlah pulak bila Allah dah beri rezeki tu , digunakan untuk menambah cawangan pulak .. ni dah salah ... kesian kat isteri yang sama sama bersusah payah ...
Kesimpulan aku .. duit dan manusia , ibarat isi dan kulit .. cuma jangan jadi hamba pada duit .. biar duit itu hamba kita ... hehehe.. fikir fikirkan ...
Ingat lagi ? Bila mak kata jangan ... tapi kita buat gak .. apa kesan dia ek ?? Haa.. cuba fikir fikir ...
Bila mak kata jangan keluar malam .. nanti antu amik ... tamo dengar .. skang tak yah tunggu antu amik .. sendiri dah jadi antu ..
Bila mak kata jangan hisap rokok .. tak nak dengar .. curi curi isap.. skang ni ? Pon sama gak ..dok curi curi isap belakang bini ...
Bila mak kata jangan mengatal .. belajar bagi abis dulu.. degil ! skang nak salahkan diorng lak sbb kawan kawan masuk Universiti...
Bila mak baru nak kata .. kita dah cakap Aahh ..
Bila mak dah takde .. sapa lagi nak kata ???
Bila cukup ketiga tiga ni , masaklah apa pun.. takde sapa nak marah .. Asalkan asap tak ke rumah jiran .. asalkan tak terbakar rumah .. kalau nak bakar gak , pastikan rumah anda je yang terlibat .. jgn libatkan rumah orang lain .. hehe .. ok ?
Kuali , pastikan bersih jika nak dipinjam pada orang .. begitu juga bila nak pulangkan .. bersihkan dahulu baru pulangkan ..
Dapur pula , lepas guna .. bersihkan .. basuh semua pinggang mangkuk.. jangan biarkan semalaman atau 2-3 minggu .. kalau nak buat gak , cuba tunggu sampai orang gaji dari myanmar sampai , baru mintak dia basuhkan .. ok ?
KUALA TERENGGANU: Polis mengesahkan sindiket antarabangsa yang dikenali sebagai 'geng tepuk bahu' untuk menukarkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) memiliki kemahiran membaca nada bunyi pada papan kekunci nombor mesin ATM bagi membolehkan mereka mengetahui nombor pin ditekan mangsa.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata kumpulan itu didapati bergerak antara dua hingga tiga orang dan berlegar di bank dengan masing-masing mempunyai tugasan sendiri iaitu mendengar nada nombor pin ketika mangsa membuat pengeluaran, memerhatikan gaya dan pergerakan mangsa selain menabur wang di lantai bagi mengalih perhatian mangsa ketika menukarkan kad ATM di mesin.
Beliau berkata, kelalaian segelintir pengguna mesin ATM yang kurang peka untuk mengamalkan ciri keselamatan seperti mengelakkan jarak ketara dengan mesin ATM ketika melakukan pengeluaran wang memudahkan lagi penjenayah menjalankan kegiatan.
"Segelintir pengguna kurang peka untuk mengutamakan aspek keselamatan ketika mengeluarkan wang di mesin ATM. Mereka mungkin menyangka selamat apabila merasakan orang tidak tahu nombor pin keselamatan mereka, tetapi sebenarnya kadang kala tindakan menjarakkan diri dari mesin ATM membolehkan nada pada papan kekunci dibaca dengan lebih jelas.
"Kesempatan inilah yang digunakan penjenayah dan ia dibuktikan selepas kita menyoal siasat tiga rakyat asing yang ditahan di Chukai, Kemaman pada 19 Ogos lalu," katanya.
Akhbar pada Ogos lalu melaporkan, polis menahan tiga warga Peru berusia 30-an hingga 60 tahun mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana dipercayai terbabit dalam sindiket menipu dengan taktik menepuk bahu mangsa, sebelum bertindak menukar kad ATM dalam kes membabitkan kerugian hingga RM30,000 dalam tempoh dua bulan lalu.
Difahamkan, kumpulan berkenaan kebiasaannya memilih mangsa yang mempunyai banyak wang di dalam akaun melalui pengamatan terhadap cara pemakaian dan kenderaan mangsa.
Mohd Shukri berkata, hasil siasatan, kebolehan membaca dan mendengar bunyi nada nombor pin itu hanya dimiliki seorang daripada tiga suspek.
sumber : Bharian