KUALA LUMPUR: Manfaat laman web rangkaian sosial popular sama ada Facebook, Friendster dan Myspace bukan hanya sekadar mengeratkan silaturahim serta bertanya khabar sedangkan keburukan ‘ditawarkan’ lebih banyak.
Pengerusi Rumah Iman Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek berkata, antara keburukan menanti ‘penagih’ laman web itu merangkumi membentuk sikap lalai, boleh meruntuhkan rumah tangga termasuk mempengaruhi remaja berzina.
“Rumah Iman kendalian Sidim menempatkan beberapa remaja perempuan yang terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina.
“Facebook itu juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial itu, sekarang ada pula kejadian seorang pelajar dipukul kerana Facebook,” katanya yang dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas muka depan Harian Metro Isnin lalu mengenai pelajar tingkatan lima sebuah sekolah asrama di Lenggong, Perak yang cedera di mata dan dahi akibat dipukul rakan sekelas selepas dituduh menceroboh laman sosial facebook milik kawannya.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, Aiman Asyraf, 17, dibelasah teruk kerana dikatakan menceroboh akaun Facebook milik rakannya kerana mengetahui kata laluan.
Hanafi berkata, walaupun kejadian itu boleh dianggap terpencil namun ia jelas menunjukkan akibat buruk daripada penggunaan laman web sosial.
“Kalau di jabatan kerajaan atau swasta pula, ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan sebenarnya tidak berkat.
“Facebook baru diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu saja tetapi kesannya menyebabkan kita lalai dan ia boleh menjurus ke arah keghairahan maksiat. Kalau sekadar mahu bertanya khabar atau mengeratkan silaturahim, banyak lagi medium lebih baik boleh digunakan,” katanya.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya.
“Kewujudan laman web sosial dapat mengeratkan tali silaturahim, mempertemukan sahabat lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan pengguna laman web rangkaian sosial ini.
“Tetapi tidak dinafikan terdapat penyalahgunaannya oleh segelintir masyarakat. Segelintir pihak menggunakannya sebagai medium meluahkan rasa tidak puas hati dan ia bukan cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web sosial tidak dapat menyelesaikan masalah dihadapi,” katanya.
Menurutnya, apa yang penting semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak membawa padah kepada diri dan orang lain.
BA : Pendapat korang berdasarkan pengalaman lak ?
Terima kasih yer kerana sudi menjadikan angka follower ini ke 3300 .. huhu..tak sangka ..
Korang rasa aku tengah tunggu apa ???
Haa... ada jiran sebelah aku ni pesan kat aku .. Sat nak tanya balik kat dia .. Terlupa dia pesan apa tadi ...
Ok... dah ... Dia kata ... bila berkawan dengan sesiapa saja yang baru je kenal lebih lagi tak pernah kenal langsung laa... cam kat tepi jalan ke.. kat kedai kopi ke .. mahupun dalam dunia sebelah sana ..
- Jangan cepat percaya
- Jangan cerita segalanya
- Jangan tayang harta
- Jangan cerita pasal keluarga
- Jangan bagi pinjam duit
- Jangan cerita pasal kerja
- Jangan bagitau tinggal mana
- Jangan bagi no tel .. bagi email je.. apa kelas skang main sms ! Email la kalau berani ..
Boleh cerita ..
- Pasal blog Che Det
- Pasal kucing
- Pasal awek dalam Facebook
- Pasal kereta jiran sebelah
- Pasal politik negara jiran
Ok ? Faham ? Ni jiran aku bagitau ni .. kalau aku yang bagitau .. senang jer .. Dengar boleh , percaya jangan ... faham ?
Salah sapa ??? Internet atau pengguna ? Tak reti nak gunakan ke ?? Adeh.. ni kes salah guna la eh ...
MANGSA...Mohd Nazren cedera dibelasah kumpulan samseng.
Kes pertama : Jerat kenalan Facebook
Kes kedua : Tikam perut rakan akibat dikutuk dalam Internet
Dua dua pasal facebook !! Huk aloh .. bikin ngeri tul laa .. Makin tak selamat dunia kita ni.. makin tiada sempadan makin tiada pegangan ..