Cayalah Datuk Nicol !! Hehehe .. Sayang dia bukan sebab apa .. sbb dia harumkan nama negara di puncak dunia .. Dia habiskan usia muda dia dengan bidang yang dia sukai ..
Entah akan ada lagi NICOL selepas ini atau tidak , kita tak pasti .. Yang kita pasti , susah nak jumpa atlit yang benar benar komited dan konsisten macam dia ni ..
Tengok la fizikal dia .. mantap.. lelaki pon kalah woo...
Tahniah Datuk Nicol kerana berjaya menjadikan mimpi satu kenyataan .. EMAS pertama sukan Komanwel dan ini seolah olah melengkapkan GRAND SLAM dalam dunia Skuasy..
Maka dengan ini ... taraaaa ... dia akan dapat RM80 ribu dari kerajaan menerusi skim insentif atlet kebangsaan .. Layak !!! hahahhah... ( BHARIAN )
Ni baru patut terpahat dalam muzium JASAMU DIKENANG .. Tak sia sia ada title DATUK di usia muda ..
Teruskan usahamu ... Latihlah anak bangsa yang berminat dalam bidang ini agar legasi Malaysia di puncak dunia diteruskan !