BEN ASHAARI



 

Terbaru .. akan datang di ASTRO ... skang baru nak buat pemilihan ... Berminat ? Dapat duit weh.. sehingga RM500 ribu !!!

"Anda Ada 60 Saat" merupakan rancangan permainan waktu puncak yang boleh menjadikan hidup anda bertukar menjadi duit! Dalam rancangan selama sejam 26 episod ini, peserta warga Malaysia akan berdepan dengan 10 cabaran yang semakin lama semakin sukar tatkala jumlah wang yang ditawarkan semakin tinggi.

Dengan menggunakan barang seharian, permainan ini menuntut kelajuan dan tangan yang tegap kerana jika cabaran gagal disempurnakan dalam masa 60 saat, peserta akan disingkirkan. Peserta akan diberikan 10 cabaran untuk diselesaikan dan jawapan kepada 10 cabaran itu.

Apa yang peserta perlu lakukan ialah menyelesaikan cabaran itu dalam masa 60 saat dan mereka adalah pemenangnya. Di waktu-waktu tertentu sepanjang permainan ini, peserta boleh membawa pulang sejumlah wang yang telah dimenangi tapi mereka mestilah berhati cekal untuk cuba meraih hadiah utama berjumlah RM 500,000.00.

Para peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akan dipertontonkan dengan 50 permainan sebelum hari rakaman dan mereka digalakkan untuk berlatih cabaran ini di rumah.

Tapi mampukah mereka berjaya di bawah keadaan yang tertekan dan menjadi perhatian semua? Peserta tiada rakan sepermainan, tidak boleh teragak-agak mahupun membatalkan niat mereka meneruskan permainan kerana mereka hanya ada masa seminit untuk menang!

Apa yang yang perlu dibuat oleh peserta ?

image

Kepala Rock

Pedometer direka untuk menghantar pergerakan badan serta mengira langkah ketika berjalan atau berlari. Namun dalam cabaran ini, ia akan digunakan untuk mengira anggukan kepala. Dengan pedometer terlekat pada dahi peserta, mereka harus mengumpulkan 125 klik. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. (Contoh)

image

Muka dan Biskut

Wajah manusia mengandungi banyak otot, dengan dua bahagian otot utama boleh menjadikan muka kita tersenyum atau berkerut. Dalam cabaran ini, peserta perlu menggerakkan dua keping biskut dari dahi ke mulut dengan hanya menggunakan otot muka sahaja. Jika biskut itu jatuh, peserta boleh meletakkan semula biskut lain pada dahi dan cuba sekali lagi. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. ( Contoh )

image

Menara Bola Golf

Bola golf biasanya mempunyai 350 lekuk. Dengan sentuhan yang sempurna, bola golf dapat disusun. Dalam cabaran ini, peserta harus menyusun 3 biji bola golf secara menegak dan mestilah berdiri kekal selama 3 saat. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. ( Contoh )

 

image

Gantung Paku

Dalam cabaran ini, peserta harus meletakkan 6 batang paku berkepala rata berukuran 3 setengah inci pada tali yang tergantung. Pergerakan yang teliti diperlukan. Satu kesilapan akan menjatuhkan ke semua paku dan memaksa peserta memulakannya sekali lagi. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. ( Contoh )

image

Imbangan Tin

Dalam cabaran ini, peserta diberi tiga tin air minuman kosong di satu tangan dan tiga tin penuh berisi air di satu lagi tangan. Dalam ujian keseimbangan dan ketangkasan, peserta harus menggantikan susunan tin di tangan kiri ke susunan tin di tangan kanan dan sebaliknya. Ini mesti diselesaikan tanpa menggunakan bantuan badan sebagai tuil atau meletakkan mana-mana tin di bawah dalam proses itu. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan.(Contoh )

image

Tangan Pantas

Sekotak tisu bersaiz biasa mengandungi 160 helai tisu. Keluarkan isinya sehelai demi sehelai. Dengan mengeluarkan sehelai tisu, ia akan menempatkan sehelai lagi di tempatnya, dan seterusnya. Dalam cabaran ini, dengan menggunakan sebelah tangan, peserta perlu mengosongkan sekotak tisu. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. ( contoh )

image

Lantunan Guli

Sarung jari logam direka untuk melindungi hujung jari manusia daripada objek yang tajam. Ia juga boleh digunakan untuk melantunkan guli. Dalam cabaran ini, peserta mesti memasukkan 6 biji guli ke dalam 6 sarung jari logam yang bersaiz 15 milimeter setiap satunya. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. ( Contoh )

image

Menara Epal

Bahagian paling luas pada sebiji epal merah serta yang paling lazat dimakan adalah di antara bahagian atas dan lima bonggol yang jelas di bahagian bawah, dan setiap satu epal mempunyai bentuk yang berbeza. Dalam cabaran ini, peserta perlu menyusun lima biji epal, satu demi satu di atas satu sama lain, dan membentuk menara epal yang berdiri sendiri. Jika menara itu jatuh, ia boleh disusun semula. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. ( Contoh )

image

Mumia Pening

Kurang daripada 1 paun kuasa diperlukan untuk mengoyak sehelai tisu tandas. Dalam cabaran ini, peserta harus membungkus seluruh badan menggunakan segulung tisu tandas dengan memusingkan 360 darjah tubuh badan. Jika pada bila-bila masa sahaja tisu itu terkoyak, permainan akan tamat. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. ( Contoh )

image

Susunan Impak

Dalam cabaran ini, peserta perlu menggunakan 36 buah cawan plastik untuk mendirikan struktur berbentuk piramid. Setelah dibina, peserta harus meruntuhkannya dengan menggelongsorkan cawan-cawan tersebut ke bawah secara serong dan menghasilkan satu timbunan tinggi. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. ( Contoh )

 

Amacam ? Berminat ??? Heheh.. pe lagi .. Meh hadiri ujibakat

Tarikh: 16hb & 17hb Oktober 2010
Lokasi: Dewan Sri Putra, Bukit Jalil
Masa: 9 pagi – 6 petang
Masa Pendaftaran: 9 pagi - 12 petang

Sila muat turun borang pendaftaran di sini.

Masa Uji Bakat: 9 pagi - 6 petang (sehingga peserta terakhir)


Terma dan syarat.

* Terbuka untuk semua rakyat Malaysia (Melayu, Cina, India dan lain-lain)

sumber : ASTRO

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Dok layan MANN .. hehe.. tak ingat dah jalan cerita ni .. Yang aku ingat BOBBY , JOHN JOHNNY JANATHAN (betul ke ) dan KABHI KUSHI KABHI GHAM ..

2 hero yang aku minat dari dulu sampai skang .. Amitabh Bhachan dan Shah Rukh Khan .. Amir Khan pon aku suka gak .. Hehe.. OK la.. tiga tiga tu aku suka .. hehe ...

Kenapa aku kata aku respek diorng ni ? Tengok la lakonan diorng .. Dalam dok bergaduh .. boleh menyanyi.. dalam dok menyanyi .. boleh menari .. dalam dok menari .. boleh main alat muzik .. dalam dok main alat muzik , boleh menangis ... dasatkan ?

Jangan kutuk ...hehe.. lakonan mantap diorg ni susah nak dapat .. Cuba la korang buat .. pasang lagu.. pastu berlakon .. sambil kuar air mata .. miming sekali .. tengok muka heroin yang cun .. aku rasa kalau aku ... tak sempat aku miming , aku pengsan dah .. malu.. hahaha...

Tadi ada tengok promosi PILIH KASIH .. Nak buat kat KL SENTRAL .. hahaha.. aku nak masuk boleh ??? Hahahaha... aku naik je pentas .. pasti ambulan terus diperlukan !!

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Datang seorang jurujual.. nak bual barang la kan .. takkan nak jual diri lak ? kan kan ? hehe.. adeh.. Masa datang tu kan .. manisss je mulut dia .. senyum tak lekang dibibir dia .. Hamboi.. mentang mentang la nak meniaga .. maniss jeee ...

Setelah diterangkan segalanya .. maka , tak berminat laaa pulak .. buat abis air liur jer cerita .. Marah ? Tak .. geram tu ada .. tapi apa kes lak dia nak geram kan ? takkan nak paksa lak ? Kata tadi suruh dengar dulu... Maka dengar je la.. bila dah tau produk tak best , takkan nak beli kan ? kan kan ? haaa... Mungkin produk tu bagus tapi penerangan tu tak lengkap .. salah sapa ???

Begitulah dengan UMNO .. setakat yang aku jumpa la.. susah giler nak senyum .. cam sombong pon ada gak .. Maaf la ye.. aku cerita yang aku nampak ni .. yang tak nampak , aku nak cerita camana kan ? 

Berminat dengan UMNO ? Serius .. aku belum jadi ahli mana mana parti lagi .. Nak join tu mmg la nak join .. Antara UMNO dan PAS .. Dua dua parti perjuangkan bangsa  melayu dan agama ISLAM .. Tapi bila tengok kedua duanya membuatkan aku pk jutaan kali ..

Kenapa ? Aku pasti ramai dengar rumors tentang kedua dua parti ni .. Percaya atau tidak ?? Kalau takde angin masakan pokok bergoyang kan ? Habis tu camana ??

Aku tak nak la negara ni jatuh ke tangan yang tak sepatutnya .. Tapi apa bezanya dengan yang sekarang ? Bezanya tetap ada ..yang sekarang ni tetap perjuangkan nasib rakyat .. Apa yang diorang buat salah tu , pandai pandai la jawab di akhirat .. walaupun satu sen disalahgunakan , tetap akan dapat balasan ... kan kan ?

Cadangan nak pikat pemuda dan pemudi ? Mudah jer ... Jentera UMNO ni , jangan hipokrit ... Depan baik punya berlakon .. macam mereka yang tengok tu tak tau ... Eloooo .. skang ni rakyat malaysia leh belajar berlakon secara percuma tau .. Tuuu .. dalam AKADEMI FANTASIA dan PILIH KASIH tu ada ajar tu.. Jadi boleh la nampak mereka mereka yang ni kaki berlakon ..

Toksahlah ...Kalau nak pikat , pikat dengan kejujuran .. Kalau nak pikat dengan $$ , sampai bila ??? Korang tabur , diorng kutip.. tapi bila masa suh pangkah ? Pangkah sapa ??

Jangan buang masa .. Hampiri rakyat dengan bijaksana.. Jangan tabur janji.. Buat je terus .. Paling penting , tangan kanan memberi , tangan kiri tak tau ... Biar mulut yang bagitau.. dari mulut ke mulut lebih berbisa dari pena , skang ini ... Tak caya ke ?? Cuba laa... hehehe...

Sekadar pendapat aku yang tak tau apa apa pasal politik tapi tak buta mata lagi ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Sydney : Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikekalkan tetapi diberi penambahbaikan, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan dan diganti dengan penilaian sekolah mulai 2016, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia hasil persetujuan rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.

"Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.

"Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan.
"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada hari terakhir lawatannya di bandar raya ini, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan membentangkan kepada Kabinet mengenai hasil rundingan meja bulat ketiga itu yang menerima cadangan penambahbaikan dan perubahan dalam UPSR dan PMR yang disyorkan kementeriannya.

sumber : Bharian

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Puas aku cari... adeh.. naya ni... camana ni ?? Erk... mesti ada yang tertanya ... sempat pulak aku berblog dikala anak aku ilang .. dan buat yang tau , pasti tertanya ..bila pulak wife aku bersalin padahal mengandung pon belum lagi ??

Aisey... anak kunci ilang ... aku nak bukak pintu pagar ni.. nak bergayut gunakan bahagian atas grill pagar tu..hahahah... dah takde tempat nak bergayut... cadang nak berworkout .. tapi macam malas lak bila aku mencari tak jumpa .. camana tu ? adeh...

image anak kunci yang itak jumpa tu rupe gini la

Last last .. tarik laptop ni.. update je la blog .. huhu... dari dok tensen cari tak jumpa baik layan blogwalking .. kan ? hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Februari 2026 (2)
      • Risau gastrik , gerd di bulan puasa ? Ni tips mudah..
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes