Anda ada 60 saat !!

by - Sabtu, Oktober 09, 2010

 

Terbaru .. akan datang di ASTRO ... skang baru nak buat pemilihan ... Berminat ? Dapat duit weh.. sehingga RM500 ribu !!!

"Anda Ada 60 Saat" merupakan rancangan permainan waktu puncak yang boleh menjadikan hidup anda bertukar menjadi duit! Dalam rancangan selama sejam 26 episod ini, peserta warga Malaysia akan berdepan dengan 10 cabaran yang semakin lama semakin sukar tatkala jumlah wang yang ditawarkan semakin tinggi.

Dengan menggunakan barang seharian, permainan ini menuntut kelajuan dan tangan yang tegap kerana jika cabaran gagal disempurnakan dalam masa 60 saat, peserta akan disingkirkan. Peserta akan diberikan 10 cabaran untuk diselesaikan dan jawapan kepada 10 cabaran itu.

Apa yang peserta perlu lakukan ialah menyelesaikan cabaran itu dalam masa 60 saat dan mereka adalah pemenangnya. Di waktu-waktu tertentu sepanjang permainan ini, peserta boleh membawa pulang sejumlah wang yang telah dimenangi tapi mereka mestilah berhati cekal untuk cuba meraih hadiah utama berjumlah RM 500,000.00.

Para peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang akan dipertontonkan dengan 50 permainan sebelum hari rakaman dan mereka digalakkan untuk berlatih cabaran ini di rumah.

Tapi mampukah mereka berjaya di bawah keadaan yang tertekan dan menjadi perhatian semua? Peserta tiada rakan sepermainan, tidak boleh teragak-agak mahupun membatalkan niat mereka meneruskan permainan kerana mereka hanya ada masa seminit untuk menang!

Apa yang yang perlu dibuat oleh peserta ?

image

Kepala Rock

Pedometer direka untuk menghantar pergerakan badan serta mengira langkah ketika berjalan atau berlari. Namun dalam cabaran ini, ia akan digunakan untuk mengira anggukan kepala. Dengan pedometer terlekat pada dahi peserta, mereka harus mengumpulkan 125 klik. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. (Contoh)

image

Muka dan Biskut

Wajah manusia mengandungi banyak otot, dengan dua bahagian otot utama boleh menjadikan muka kita tersenyum atau berkerut. Dalam cabaran ini, peserta perlu menggerakkan dua keping biskut dari dahi ke mulut dengan hanya menggunakan otot muka sahaja. Jika biskut itu jatuh, peserta boleh meletakkan semula biskut lain pada dahi dan cuba sekali lagi. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. ( Contoh )

image

Menara Bola Golf

Bola golf biasanya mempunyai 350 lekuk. Dengan sentuhan yang sempurna, bola golf dapat disusun. Dalam cabaran ini, peserta harus menyusun 3 biji bola golf secara menegak dan mestilah berdiri kekal selama 3 saat. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. ( Contoh )

 

image

Gantung Paku

Dalam cabaran ini, peserta harus meletakkan 6 batang paku berkepala rata berukuran 3 setengah inci pada tali yang tergantung. Pergerakan yang teliti diperlukan. Satu kesilapan akan menjatuhkan ke semua paku dan memaksa peserta memulakannya sekali lagi. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. ( Contoh )

image

Imbangan Tin

Dalam cabaran ini, peserta diberi tiga tin air minuman kosong di satu tangan dan tiga tin penuh berisi air di satu lagi tangan. Dalam ujian keseimbangan dan ketangkasan, peserta harus menggantikan susunan tin di tangan kiri ke susunan tin di tangan kanan dan sebaliknya. Ini mesti diselesaikan tanpa menggunakan bantuan badan sebagai tuil atau meletakkan mana-mana tin di bawah dalam proses itu. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan.(Contoh )

image

Tangan Pantas

Sekotak tisu bersaiz biasa mengandungi 160 helai tisu. Keluarkan isinya sehelai demi sehelai. Dengan mengeluarkan sehelai tisu, ia akan menempatkan sehelai lagi di tempatnya, dan seterusnya. Dalam cabaran ini, dengan menggunakan sebelah tangan, peserta perlu mengosongkan sekotak tisu. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. ( contoh )

image

Lantunan Guli

Sarung jari logam direka untuk melindungi hujung jari manusia daripada objek yang tajam. Ia juga boleh digunakan untuk melantunkan guli. Dalam cabaran ini, peserta mesti memasukkan 6 biji guli ke dalam 6 sarung jari logam yang bersaiz 15 milimeter setiap satunya. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. ( Contoh )

image

Menara Epal

Bahagian paling luas pada sebiji epal merah serta yang paling lazat dimakan adalah di antara bahagian atas dan lima bonggol yang jelas di bahagian bawah, dan setiap satu epal mempunyai bentuk yang berbeza. Dalam cabaran ini, peserta perlu menyusun lima biji epal, satu demi satu di atas satu sama lain, dan membentuk menara epal yang berdiri sendiri. Jika menara itu jatuh, ia boleh disusun semula. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. ( Contoh )

image

Mumia Pening

Kurang daripada 1 paun kuasa diperlukan untuk mengoyak sehelai tisu tandas. Dalam cabaran ini, peserta harus membungkus seluruh badan menggunakan segulung tisu tandas dengan memusingkan 360 darjah tubuh badan. Jika pada bila-bila masa sahaja tisu itu terkoyak, permainan akan tamat. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. ( Contoh )

image

Susunan Impak

Dalam cabaran ini, peserta perlu menggunakan 36 buah cawan plastik untuk mendirikan struktur berbentuk piramid. Setelah dibina, peserta harus meruntuhkannya dengan menggelongsorkan cawan-cawan tersebut ke bawah secara serong dan menghasilkan satu timbunan tinggi. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta boleh disingkirkan. ( Contoh )

 

Amacam ? Berminat ??? Heheh.. pe lagi .. Meh hadiri ujibakat

Tarikh: 16hb & 17hb Oktober 2010
Lokasi: Dewan Sri Putra, Bukit Jalil
Masa: 9 pagi – 6 petang
Masa Pendaftaran: 9 pagi - 12 petang

Sila muat turun borang pendaftaran di sini.

Masa Uji Bakat: 9 pagi - 6 petang (sehingga peserta terakhir)


Terma dan syarat.

* Terbuka untuk semua rakyat Malaysia (Melayu, Cina, India dan lain-lain)

sumber : ASTRO

You May Also Like

5 comments

  1. wahh...tp teha ase teha mula2 da tersingkir..nak buat laju2 susah..nak bersiap p kelas pon lambat ..he3

    BalasPadam
  2. pergh susah2 semua task diberi tu, sempat ke 60 saat?

    BalasPadam
  3. gila kentang..mcm susah je BEN.. ko nak masuk ke?

    BalasPadam
  4. wah, memang bestlah abg ben gameshow ni. memang perlukan daya pemikiran dan skill yg tinggi. abg ben x join ke?

    BalasPadam