BEN ASHAARI



 

image image

Gambar 1 : NAJIB Abdullah Ghani berusaha mengubat Siti Balqis.

Gambar 2 : SITI Balqis menujukkan siling tempatnya pernah disembunyikan.

image

Gambar 3 : ANTARA SMS yang sempat dihantar kepada ibunya ketika dia dibawa makhluk halus.

NASIB gadis, Siti Balqis Mohd Nor, 22, dari Terengganu, yang melalui peristiwa seram memasuki alam ghaib, sememangnya mencuri tumpuan ramai. Namun, seperti misterinya kejadian itu, begitu jugalah sukarnya kaedah bagi merungkai nasib dirinya yang tidak lagi dapat melalui kehidupan tenang apabila terus berdepan kejadian pelik berkenaan.

Apa yang pasti, seperti diakui Siti Balqis yang selesa dipanggil Siti, setiap kali hilang dari rumah, dia yang sudah melalui beberapa pengembaraan ke alam ghaib sejak dua bulan lalu, dibawa suatu lembaga besar dan tinggi berwajah anjing dan berbulu tebal seperti beruang. Ada kalanya, makhluk itu menyerupai babi yang sentiasa ada di sekelilingnya.

Makhluk itu yang menggendong di bahu 'berjalan' merentas apa saja hinggakan mereka sampai ke destinasi dengan begitu cepat sebaik diambil makhluk itu dari rumahnya dan sampai ke destinasi yang pernah sejauh 10 kilometer dari rumahnya.

“Saya berada di alam yang sukar digambarkan insan lain. Kadang-kadang rasa seperti bermimpi, tetapi anehnya, saya dapat mengamati kejadian yang berlaku seperti orang menangis, meraung meminta tolong dan mengaji al-Quran di kubur,” katanya yang menetap bersama keluarga di Kampung Gong Nangka, Apal di Jertih.
Dalam nada keletihan, Siti Balqis berkata, anehnya, dia pasrah dengan nasib dirinya yang pelik itu dan yakin pasti ada penyelesaian terhadap masalahnya itu.

“Pada mulanya, memanglah takut. Tetapi apabila sudah hampir setiap hari dapat melihat makhluk ini, saya seakan sudah biasa. Kebanyakannya ia muncul dalam bentuk makhluk besar berwajah anjing dan berbulu tebal seperti beruang.

“Pada masa lain pula, ia berupa babi. Ia juga ada di mana-mana baik di dalam mahu pun di luar rumah. Saya tidak dapat mengelaknya kerana ia sentiasa berada di sekeliling. Mungkin disebabkan itu saya tidak berasa takut biarpun bimbang apa yang akan dilakukan kepada diri ini,” katanya.

Malah, wartawan Berita Minggu turut sama menyelami sendiri kehidupan keluarga berkenaan yang terpaksa berjaga malam mengawal pergerakan Siti pada malam Selasa lalu tetapi dia tidak ghaib pada malam itu. Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, anaknya tidak ghaib jika berada dalam kesakitan.

Namun, penulis dan jurugambar, Aswadi Alias, sempat merasai pengalaman seram apabila mendengar dentuman seperti suatu objek berat terhempas di lantai.

Namun, selepas diperiksa, tiada apa terjadi. Tidak lama kemudian, objek yang berbalut kain putih melayang dalam rumah.
Logam sepanjang kira-kira 12 sentimeter itu kemudian terhempas di penjuru ruang tamu, cukup untuk menegakkan bulu roma sesiapa saja, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali bersama isterinya yang turut hadir.

Bercerita lanjut, Siti Balqis berkata, berbanding pengalaman orang lain yang hilang dibawa makhluk halus, dia sebaliknya tidak berasa seperti berada di taman indah atau dihidangkan untuk menikmati makanan yang sedap. Malah dia berasa seperti berada di suatu tempat dan dapat melihat orang ramai mundar mandir mencarinya. Pernah sekali, ketika ghaib ke dalam sebuah rumah tinggal di kampung itu, dia menyentuh tangan bapa saudaranya beberapa kali tetapi mereka tidak berasakan kehadirannya.

Dalam tempoh dua bulan lalu, termasuk Ramadan, Siti Balqis sudah berada di lima lokasi luar rumahnya selain ghaib hampir setiap malam antara enam hingga tujuh jam sebelum ditemui semula selepas keluarga membuat solat hajat, membaca al-Quran dan melaungkan azan di tempat dia dipercayai berada.

Setakat ini, Siti sudah dibawa makhluk itu ke sebuah rumah tinggal, atas pokok, atas siling rumahnya, dalam mesin pembancuh simen dan paling jauh 'perjalanan' ke dua tanah perkuburan pada malam tujuh likur Ramadan. Perjalanan lebih 10 kilometer ke tanah perkuburan berkenaan memang mengambil masa. Justeru, Siti yang dibawa semula bersama penulis ke kawasan perkuburan itu, berasa hairan kerana dia ke sana dengan pantas merentas laluan yang sangat berbeza.

“Ini bukan laluan saya pergi ke kubur tetapi ada jalan pintas meredah hutan dan belukar untuk sampai ke sana ketika saya dibawa lembaga menyerupai anjing yang lebat bulunya,” kata Siti, yang kelihatan agak letih selepas keadaan yang menimpanya, mengenai perjalannnya ke Perkuburan Islam Kampung Gong, Gucil, Jertih, Terengganu.

Katanya, pada malam itu, dia berasa seperti berada dalam sebuah keranda selepas dibawa makhluk berkenaan. Selepas di alam ghaib itu, dia tersedar dan berada di atas tanah kubur. Ketika itulah dia yang masih menggenggam telefon bimbitnya, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ibu meminta tolong kerana takut. Tetapi tidak lama kemudian, dia kembali ke alam ghaib apabila diambil lembaga itu dan dibawa ke tanah perkuburan lain di Kampung Gong Rengas, yang lebih jauh dari kampungnya.

Norizan mengakui menerima SMS itu kira-kira jam 3 pagi bergegas bersama tiga anak lain dengan sebuah kereta yang dipandu jiran, tetapi gagal menemui Siti. Mereka kemudian ke balai polis bagi membuat laporan kehilangannya. Akan tetapi sebaik masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, mereka terhidu sesuatu yang sukar digambarkan dan tiba-tiba Siti muncul di depan rumah. Seluruh tubuhnya dibasahi air dan bajunya kotor berlumuran tanah liat merah.

Ibarat berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, kehidupan Siti sekeluarga, khususnya Norizan, dipenuhi pelbagai usaha bagi memulihkan anak kesayangannya termasuk solat hajat, membaca al-Quran, membaca surah Yasin dan kaedah lain menurut ajaran Islam tetapi belum berhasil.

Keluarga itu turut menggunakan lebih 100 bomoh dari Kelantan, Terengganu dan Pahang selain empat guni beras, satu guni garam, lima kilogram pulut hitam dan dua kilogram lada hitam yang menjadi sebahagian ikhtiar, tetapi keadaan tidak berubah.

“Sudah banyak wang dibelanjakan untuk upah bomoh dan sekarang kami sudah tidak mampu lagi kerana tiada sumber kewangan yang cukup,” katanya yang mengharapkan rezeki sebagai tukang jahit.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, berkata apa yang dialami Siti mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.

Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mencari perubatan alternatif secara perubatan Islam bagi membolehkan mangsa tidak lagi diganggu makhluk halus.

"Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis itu ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah kita (orang Islam)," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, berkata kerajaan negeri simpati dengan masalah Siti Balqis dan tidak menolak kejadian menimpanya ada kaitan dengan gangguan makhluk halus dan hendaklah dirawat menggunakan kaedah Islam.


INFO
Kehilangan misteri global pernah dilaporkan

  • Di Indonesia, pada 2009, seorang gadis, Aslina yang menetap di Bengkalis, koma selama 48 jam. Sebaik sedar, dia mendakwa melihat pelbagai kejadian aneh berkaitan amal dan perbuatan manusia di dunia. Malah ketika sidang media di sebuah stesen televisyen di daerah itu, kejadian aneh seperti bekalan elektrik terputus dan kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang, mengejutkan wakil media.
  • Kehilangan misteri penulis terkenal England, Agatha Christie selama 11 hari pada 3 Disember 1926, yang mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk masalah tekanan dan masalah lupa ingatan atau amnesia serta unsur mistik.
  • Diplomat Britain, Benjamin Bathurst, baru kembali dari Hamburg dengan seorang rakannya selepas hadir di mahkamah Austria pada 1809. Dalam perjalanan, mereka berhenti makan malam di bandar Perelberg. Sebaik habis makan, mereka kembali ke kereta kuda yang menunggu. Rakan Bathurst melihat diplomat itu menaiki koc depan kereta kuda itu untuk memeriksa kuda dan dia terus hilang tanpa dapat dikesan.
  • Tiga anggota tentera New Zealand yang mendakwa melihat sendiri kehilangan misteri satu batalion pada 1915. Tiga anggota tentera New Zealand berkata mereka nampak dengan jelas batalionRejimen Diraja Norfolk berkawad menaiki bukit di Teluk Suvla, Turki. Bukit itu dikelilingi awan dan tentera Inggeris itu berkawad memasuki awan dengan mudah. Mereka dapat dikesan lagi selepas kejadian itu.
  •  

    sumber: BHARIAN

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    5 comments

     

    Alhamdulillah .. dah selesai semua .. Setelah di ubati oleh dua orang pemuda dan mendakwa telah menangkap 9 ekor makhluk halus yang menganggu gadis tersebut ..

    image ORANG ramai mengambil gambar jin dan makhluk halus didakwa dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum dihanyutkan ke laut oleh bomoh, malam tadi.

     

     

    JERTIH: Rumah gadis yang mengalami gangguan misteri yang menyebabkannya sering ghaib di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, diserbu ratusan penduduk selepas dua lelaki datang menawarkan diri merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan makhluk halus malam kelmarin.

    Dalam kaedah rawatan tradisional jam 7.30 malam itu, dua lelaki menggunakan kaedah masing-masing bagi merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang ghaib ‘dilarikan’ makhluk ketika senja dan dinihari, sejak dua bulan lalu.

    Dua lelaki itu yang menawarkan khidmat percuma selepas membaca kisah itu di akhbar sejak Selasa lalu, berpecah dua ketika sesi rawatan dengan seorang daripadanya berada di dalam rumah mengerjakan solat dan seorang lagi di luar rumah menggunakan jampi.

    Kira-kira 15 minit selepas rawatan, seorang lelaki yang berada di luar rumah mendakwa melihat satu lembaga yang didakwanya dapat ditangkap.

    Dia mendakwa dapat menangkap sembilan jin atau makhluk halus yang menyebabkan beratus-ratus penduduk menyerbu rumah gadis itu.

    Selepas menangkap sembilan makhluk itu, bomoh itu memasukkannya ke dalam bekas khas bertutup bagi mengelak makhluk berkenaan terlepas.

    Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.

    Usaha Berita Minggu mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap, dihanyutkan ke laut.

    Siti Balqis pula mengakui kini berasa lebih tenteram kerana dalam tempoh 48 jam lalu, beliau sudah tidak lagi ghaib.

    “Saya harap usaha murni semua pihak yang menghulurkan bantuan akan membuahkan hasil dan membolehkan saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

    Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali.
    Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan, 17 bomoh menawarkan diri merawat Siti Balqis secara percuma tetapi kejadian malam tadi adalah kemuncaknya apabila bomoh berkenaan dapat menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

    Katanya, sejak kisah anaknya disiarkan media, keluarganya juga berasa lega kerana tidak perlu lagi menanggung perbelanjaan besar untuk mengupah bomoh sama ada berasaskan rawatan Islam atau kaedah tradisional kerana semuanya kini menawarkan khidmat merawat anaknya secara percuma.

    sumber : Bharian

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    6 comments

    Serius.. aku tak perasaan .. aku cuma perasaan pada angka kat tuuuu.. hehehe

    image

    3333 pada 10.10.10 .. waaalaahh... menarik menarik .. hahaha.. Bukan sbb ramai follower yer .. kalau 222 pon menarik bagi aku .. janji nombor tu cantik.. hahahaha...

    Maaf yer.. entri yang lebih kurang cam tadi cuma aku tak perasan je tadi .. hehehe... i loikee... ahaks.. jutaan terima kasih yer ..

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    12 comments

     

    image gambar hiasan

    Lelaki romantik hanya sblm kawin .. Lepas kawin ? Apa jadi ??  Majoriti akan kata , yer ..betul .. ramai lelaki tak romantik dah lepas kawin .. Kenapa yer ??

    Apa kata pagi di 10.10.10 ni , kita sama sama fikir yer ... LELAKI , pada masa bercinta , dia romantik giler .. kan ? Kenapa yer .. Marik kita pecahkan kepada bentuk soalan.. Cewah.. cam nak buat tesi lak .. hehe ..

    1. Seminggu , berapa kali jumpa ? Dua kali ? Tiga kali ? Hari hari ? 
    2. Bila jumpa , berapa jam masa dihabiskan bersama ? Berapa jam akan digunakan untuk berbual ..
    3. Berapa kali seharikah anda dan pasangan anda berhubungan melalui telefon , online chatting dsbnya ?
    4. Berapa kerapkah anda dapat hadiah darinya ?
    5. Berapa kalikah anda bergaduh dengannya ?
    6. Kalau boleh diukur tahap suaranya ketika berbual dengan anda , berapa tinggikah suaranya ? Sila ukur dengan ketinggian KLCC ..
    7. Berapa kerap anda dipandang olehnya ketika berdating ..

    Ok .. banyak lagi tapi cukuplah buat masa skang .. nanti jawapannya akan merangkumi semua persoalan tu ..

    LELAKI ,tanggungjawab sewaktu bujang hanyalah pada dirinya dan juga keluarganya sendiri .. kan ? Dalam kepalanya hanyalah itu saja .. Maka , dia boleh romantik sbb takde apa sangat nak pk ... bila keluar dating tu , bolehlah dia bagi all out .. Romantik , manja , caring dan macam macam lagi .. hehehe .. kan ?

    Jadi apa dah jadi bila dah kawin ? Hurm..tanggungjawab lelaki makin bertambah .. segalanya dalam kepala dia .. Yer.. tauu ... perempuan pun ada tanggungjawab .. tapi ingat , lelaki adalah kepala keluarga .. dia kena fikir segalanya ..

    Bukan tak nak romantik tapi sebenarnya si lelaki (suami) tu dah beri yang lebih dari romantik .. cuma si isteri tu je tak perasan .. Orang perempuan ni , tak nampak perkara yang besar yang lelaki buat .. yang remeh temeh ni gak laaa diorng nak lelaki amik berat ..

    Aku bagi contoh yer .. Perempuan bila mengandung , karenah perempuan berubah .. ada yang jadi hangin je memanjang .. moody jer .. haa.. rasanya sapa yang mengadap semua tu yer ?? Hari hari tu .. Yer , mmg .. bukan senang mengandung .. tapi kena ingat , lelaki pon kena bersabar sangat sangat dan adakalanya sampai tahap batasannya tapi bila mengenangkan yang bagi masalah itu adalah isterinya yang tercinta maka ditolak tepi semua itu .. demi cinta , isteri dan anaknya .. Bukankah itu satu pengorbanan dan juga romantik secara tidak langsung ???  hehehe..

    Sebenarnya kan .. aku rasa la .. kita ni terpengaruh sangat dengan filem filem cinta barat tu .. Hadiah , bunga , pegang tangan .. segala tu dari sana .. Diorg tak kisah la.. Seumur hidup bercinta pon ok je ..tak payah kawin .. kita ??

    Maka , janganlah peningkan kepala suami suami dengan perkara yang remeh temeh .. Sama sama la hadapi susah senang .. Tak romantik tak semestinya tiada lagi kasih sayang ..

    Cuba baca kisah ni .. harap harap dapat membantu lagi pemahaman dunia kasih sayang yang dihalalkan oleh Allah ... > sini

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    3 comments

     

    Aku bukan nak tegur apatah lagi nak mengajar .. sapa la aku kan ?? Isu aku yang ni yg terang terang aku nampak sendiri di Alamanda tadi .. Hurm.. Apakah ?

    Ni isu basi  yang mana ramai orang muak dah nak baca .. tapi tak kisahlah .. nak baca atau tidak , hak masing masing ..cuma aku nak mereka yang sudi membaca ni , jika terkena kat batang hidung sendiri maka aku nak mereka berfikir .. untuk kebaikan bersama ..

    Pakaian anak dara sekarang ini .. Ramai tau fesyen skang ni fesyen ketat ketat .. Salah ke ?? Tak boleh ke ?? Aku rasa , yang pakai tu sendiri dh sedia maklum .. aku bukan nak persoalkan tu dah .. masing masing dah besar panjang ..dah tau hukum hakam.. dah tau wujud syurga neraka ... dah tau balasan di akhirat nanti .. Cuma aku nak tanya 'bala' yang mereka undang di dunia ini ..

    image gambar hiasan - mediahangat

    Tengok gambar pon dah tau kan ?? Bayangkan korang (perempuan) pakai gini ke hulu ke hilir .. Adoiii... free je ni dok tayang kat lelaki tanpa kira bangsa dan umur ..

    Soalan aku ialah ... pakwe korang tak kisah ke ?? Kalau diorng tak kisah , meh aku bagitau .. korang jadi 'bahan' cuci mata diorng jer .. Nak wat bini ?? Diorng pasti akan pk balik .. Kalau diorng amik jadi isteri , korang patut bersyukur sangat .. Kalau tak ??? Camana ? Tak kisah ? Kalau tak kisah , ok la kan .. aku nak kata apa.. dah diri sendiri tak kisah .. takkan aku lak nak amik kisah kan ? hehe.. sapa la aku .. Aku ingatkan jer...

    Kedua , ibu bapa korang tak kisah ke ? Atau dah puas diorng cakap tapi korang tak nak dengar ? Erm... tak kesian ke ? Korang anak dara dia .. Ke hulu ke hilir yang korang bawak tu ialah maruah diorng .. Jangan lupa , nama korang tu masih berBINTIkan diorng .. Tak kisah gak ? Heheh.. ok la .. aku nak kata apa.. semua korang tak kisah ..kan kan ? Jangan sampai korang .. hurmm.. kena 'guna' dek jantan yang menjanjikan syurga dunia , dah la yer ..

    Aku segan je skang ni .. nak pandang kiri kanan pon susah dah .. sana sini ketat .. haih ... Nak tengok perempuan ayu , cuma sehari .. erk.. dua hari setahun jer ... iaitu , pada HARI RAYA AIDILFITRI dan AIDILADHA jer .. tu jer ... lain ??? Sendiri tengok cermin je la yer ..

    Akhir kata .. pada 10.10.10 ni , apa kata kita sama sama tengok cermin ... sedarkan diri kita sendiri .. harap harap , ada perubahan .. kita ni makin hari makin tua .. makin hampir dengan kematian .. kalau sempat tua la.. kalau tak ??

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    21 comments
    Newer Posts
    Older Posts

    Blog Stats

    Blog Archive

    • ▼  2026 (10)
      • ▼  April 2026 (2)
        • Hilangkan gerd dan anxiety !
        • Konsisten itu mahal harganya !
      • ►  Mac 2026 (2)
      • ►  Februari 2026 (3)
      • ►  Januari 2026 (3)
    • ►  2025 (63)
      • ►  Disember 2025 (4)
      • ►  November 2025 (2)
      • ►  Oktober 2025 (2)
      • ►  September 2025 (5)
      • ►  Ogos 2025 (3)
      • ►  Julai 2025 (6)
      • ►  Jun 2025 (4)
      • ►  Mei 2025 (5)
      • ►  April 2025 (5)
      • ►  Mac 2025 (8)
      • ►  Februari 2025 (10)
      • ►  Januari 2025 (9)
    • ►  2024 (170)
      • ►  Disember 2024 (9)
      • ►  November 2024 (11)
      • ►  Oktober 2024 (13)
      • ►  September 2024 (10)
      • ►  Ogos 2024 (15)
      • ►  Julai 2024 (20)
      • ►  Jun 2024 (16)
      • ►  Mei 2024 (22)
      • ►  April 2024 (16)
      • ►  Mac 2024 (14)
      • ►  Februari 2024 (10)
      • ►  Januari 2024 (14)
    • ►  2023 (171)
      • ►  Disember 2023 (12)
      • ►  November 2023 (14)
      • ►  Oktober 2023 (16)
      • ►  September 2023 (13)
      • ►  Ogos 2023 (16)
      • ►  Julai 2023 (14)
      • ►  Jun 2023 (17)
      • ►  Mei 2023 (14)
      • ►  April 2023 (10)
      • ►  Mac 2023 (18)
      • ►  Februari 2023 (13)
      • ►  Januari 2023 (14)
    • ►  2022 (182)
      • ►  Disember 2022 (22)
      • ►  November 2022 (9)
      • ►  Oktober 2022 (12)
      • ►  September 2022 (9)
      • ►  Ogos 2022 (11)
      • ►  Julai 2022 (10)
      • ►  Jun 2022 (10)
      • ►  Mei 2022 (13)
      • ►  April 2022 (14)
      • ►  Mac 2022 (21)
      • ►  Februari 2022 (21)
      • ►  Januari 2022 (30)
    • ►  2021 (389)
      • ►  Disember 2021 (26)
      • ►  November 2021 (23)
      • ►  Oktober 2021 (23)
      • ►  September 2021 (26)
      • ►  Ogos 2021 (26)
      • ►  Julai 2021 (29)
      • ►  Jun 2021 (27)
      • ►  Mei 2021 (30)
      • ►  April 2021 (36)
      • ►  Mac 2021 (56)
      • ►  Februari 2021 (42)
      • ►  Januari 2021 (45)
    • ►  2020 (329)
      • ►  Disember 2020 (39)
      • ►  November 2020 (36)
      • ►  Oktober 2020 (28)
      • ►  September 2020 (29)
      • ►  Ogos 2020 (36)
      • ►  Julai 2020 (24)
      • ►  Jun 2020 (30)
      • ►  Mei 2020 (28)
      • ►  April 2020 (23)
      • ►  Mac 2020 (23)
      • ►  Februari 2020 (18)
      • ►  Januari 2020 (15)
    • ►  2019 (407)
      • ►  Disember 2019 (22)
      • ►  November 2019 (30)
      • ►  Oktober 2019 (44)
      • ►  September 2019 (34)
      • ►  Ogos 2019 (48)
      • ►  Julai 2019 (27)
      • ►  Jun 2019 (30)
      • ►  Mei 2019 (42)
      • ►  April 2019 (37)
      • ►  Mac 2019 (43)
      • ►  Februari 2019 (25)
      • ►  Januari 2019 (25)
    • ►  2018 (420)
      • ►  Disember 2018 (24)
      • ►  November 2018 (32)
      • ►  Oktober 2018 (32)
      • ►  September 2018 (36)
      • ►  Ogos 2018 (29)
      • ►  Julai 2018 (30)
      • ►  Jun 2018 (38)
      • ►  Mei 2018 (38)
      • ►  April 2018 (46)
      • ►  Mac 2018 (36)
      • ►  Februari 2018 (33)
      • ►  Januari 2018 (46)
    • ►  2017 (648)
      • ►  Disember 2017 (47)
      • ►  November 2017 (44)
      • ►  Oktober 2017 (49)
      • ►  September 2017 (51)
      • ►  Ogos 2017 (56)
      • ►  Julai 2017 (46)
      • ►  Jun 2017 (47)
      • ►  Mei 2017 (58)
      • ►  April 2017 (75)
      • ►  Mac 2017 (80)
      • ►  Februari 2017 (49)
      • ►  Januari 2017 (46)
    • ►  2016 (788)
      • ►  Disember 2016 (57)
      • ►  November 2016 (65)
      • ►  Oktober 2016 (77)
      • ►  September 2016 (64)
      • ►  Ogos 2016 (75)
      • ►  Julai 2016 (80)
      • ►  Jun 2016 (69)
      • ►  Mei 2016 (58)
      • ►  April 2016 (58)
      • ►  Mac 2016 (68)
      • ►  Februari 2016 (50)
      • ►  Januari 2016 (67)
    • ►  2015 (1019)
      • ►  Disember 2015 (68)
      • ►  November 2015 (78)
      • ►  Oktober 2015 (66)
      • ►  September 2015 (57)
      • ►  Ogos 2015 (63)
      • ►  Julai 2015 (86)
      • ►  Jun 2015 (89)
      • ►  Mei 2015 (105)
      • ►  April 2015 (91)
      • ►  Mac 2015 (104)
      • ►  Februari 2015 (104)
      • ►  Januari 2015 (108)
    • ►  2014 (1504)
      • ►  Disember 2014 (130)
      • ►  November 2014 (119)
      • ►  Oktober 2014 (137)
      • ►  September 2014 (121)
      • ►  Ogos 2014 (119)
      • ►  Julai 2014 (103)
      • ►  Jun 2014 (104)
      • ►  Mei 2014 (106)
      • ►  April 2014 (121)
      • ►  Mac 2014 (132)
      • ►  Februari 2014 (139)
      • ►  Januari 2014 (173)
    • ►  2013 (2151)
      • ►  Disember 2013 (169)
      • ►  November 2013 (180)
      • ►  Oktober 2013 (160)
      • ►  September 2013 (138)
      • ►  Ogos 2013 (182)
      • ►  Julai 2013 (220)
      • ►  Jun 2013 (199)
      • ►  Mei 2013 (186)
      • ►  April 2013 (149)
      • ►  Mac 2013 (184)
      • ►  Februari 2013 (188)
      • ►  Januari 2013 (196)
    • ►  2012 (2986)
      • ►  Disember 2012 (194)
      • ►  November 2012 (211)
      • ►  Oktober 2012 (285)
      • ►  September 2012 (260)
      • ►  Ogos 2012 (210)
      • ►  Julai 2012 (239)
      • ►  Jun 2012 (220)
      • ►  Mei 2012 (281)
      • ►  April 2012 (240)
      • ►  Mac 2012 (299)
      • ►  Februari 2012 (283)
      • ►  Januari 2012 (264)
    • ►  2011 (4966)
      • ►  Disember 2011 (303)
      • ►  November 2011 (299)
      • ►  Oktober 2011 (418)
      • ►  September 2011 (390)
      • ►  Ogos 2011 (350)
      • ►  Julai 2011 (396)
      • ►  Jun 2011 (424)
      • ►  Mei 2011 (424)
      • ►  April 2011 (481)
      • ►  Mac 2011 (483)
      • ►  Februari 2011 (488)
      • ►  Januari 2011 (510)
    • ►  2010 (4406)
      • ►  Disember 2010 (559)
      • ►  November 2010 (502)
      • ►  Oktober 2010 (453)
      • ►  September 2010 (387)
      • ►  Ogos 2010 (389)
      • ►  Julai 2010 (429)
      • ►  Jun 2010 (439)
      • ►  Mei 2010 (416)
      • ►  April 2010 (473)
      • ►  Mac 2010 (202)
      • ►  Februari 2010 (89)
      • ►  Januari 2010 (68)
    • ►  2009 (167)
      • ►  Disember 2009 (52)
      • ►  November 2009 (27)
      • ►  Oktober 2009 (67)
      • ►  September 2009 (21)

    Kelab Blogger BenAshaari

    Kelab Blogger BenAshaari

    Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes