Aku terus terang je la yer .. blog ni tempat aku 'melepak' dan menyampaikan apa yang aku tahu .. kalau rasa rasa nak provok .. nak 'cari pasal' , ni bukan tempat dia .. Kalau tak suka dengan apa yang dibaca , sila pandang ke arah kanan skrin monior anda.. terdapat satu butang yang berpangkah.
Nampak ?? Sila klik ... Haaa.. senang je kan ? Tak perlu nak nak berdiskusi tentang tulisan aku tu sbb aku tak berminat nak berbuat demikian.. Apatah lagi jika isunya tiada kaitan dengan entri tersebut.Jika nak beri pendapat dan pandangan , amat amat digalakkan ..
Maaf yer .. Dan jutaan terima kasih kerana sudi singgah di blog picisan ini .. Picisan je ni.. kalau rasa nak berdiskus , g je blog blog politik tu ha.. best tuu.. Nak berdebat ke apa ke.. lantak ler.. Cuma blog ini blog santai .. Jika tak setuju , kemukakan pendapat tanpa memprovok sapa sapa .. bagi hujah dan dalil ... Jika terdapat fakta serta kebenarannya , pasti akan aku menerimanya dengan ucapan terima kasih ..
Komen komen yang ditinggalkan disini bukan semata untuk pujian apatah lagi cacian .. Aku tak berminat nak membacanya dan melepaskan komen tersebut. Aku akan terus delete ..
Kalau ikutkan aku , aku nak tutup terus ruangan komen langsung .. tapi disebabkan ruangan komen boleh dijadikan backlink rakan rakan blogger yang lain , maka aku biarkan ..
Aku dan mereka , sama sama manusia.. Terdapat kekurangan di sana sini .. Maka sama sama perbaiki.. Terima kasih yer...
Akhir kata ... maaf zahir dan batin .. Jangan sakiti hati orang lain jika berniat sedemikian ..