Syarat dan peraturan ada di sini . Semua jawapan akan disiarkan serentak , bila tiba masanya ... Baru menarik .. kan kan ? Yang paling pantas akan menang ..
Cukup besar tak gambar ni ? hehehe...
Syarat dan peraturan ada di sini . Semua jawapan akan disiarkan serentak , bila tiba masanya ... Baru menarik .. kan kan ? Yang paling pantas akan menang ..
Cukup besar tak gambar ni ? hehehe...
KAMPAR: Enam sahabat maut, termasuk lima rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, awal pagi tadi.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian jam 2 pagi itu lima rentung dan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.
BA: Makin kerap kempen dibuat , makin ramai pula hilang nyawa..Salah siapakah ? Manusia atau makhluk halus ???
Aku nak amik kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Kenny Rogers Alamanda kerana layanan yang tidak berbelah bagi walaupun dah nak tutup .. Senyuman tetap diberikan tanpa rasa jemu .. Begitu juga ucapan terima kasih yang tidak lekang dari bibir mereka ..
Dan buat kakitangan Pejabat Pos PWTC , sememangnya dari dulu , mereka senantiasa memberi layanan yang terbaik pada pelanggan mereka.. Tidak pernah sekali aku dgr mereka meninggikan suara ketika beurusan dengan pelanggan.. Malah barang aku yang tertinggal di situ pun mereka menyimpan dan memulangkannya tanpa banyak soal apabila aku menanyakan kepada salah seorang kakitangan pejabat pos tersebut... Azira namanya .. Terima kasih ..
Teruskan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan anda !!!
gambar dari SUARAPEOPLE
Aku dah pesan kan ? Haa.. tgk la contoh ni.. Maaf yer.. ni bukan hasil kerja aku .. Tapi kerana FACEBOOK , badan binasa .. sah sah polis akan cari nanti jika ada orang buat laporan polis .. Adeh...Irwan Carjunk oh Irwan Carjunk ..
Apa yang aku pesan ??? Baca kat sini haa... > LINK
PUTRAJAYA: "Saya geram, saya tension, saya gigit anak saya," kata seorang bapa semasa merayu di Mahkamah Majistret Kajang hari ini supaya dikenakan hukuman ringan selepas mengaku mendera anak perempuannya yang berumur tiga bulan.
M Zaire Zulkapli, 24, dari Jempol, Negeri Sembilan, memberitahu mahkamah dia bertengkar dengan isterinya selepas wanita itu enggan memenuhi permintaannya supaya mengisi air dalam botol.
Ditanya Majistret A Akhiruddin mengapa dia sendiri tidak mengisi air ke dalam botol, tertuduh yang juga seorang peniaga, hanya berdiam diri.
Ketika merayu hukuman ringan, Zaire memohon maaf atas perbuatannya itu. Akhiruddin kemudian menjatuhkan hukuman penjara 40 bulan ke atas tertuduh yang berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 6 Oktober lalu.
Zaire didakwa menganiaya dan mendera Noor Hafizah Ezaty sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi di rumahnya di Taman Bukit Segar, Cheras, pada 7 malam, 29 September tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suhaili Sapun, Noor Hafizah dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad kritikal untuk pemeriksaan selepas bapa saudara bayi itu menyedari anak bongsu pasangan berkenaan menangis berterusan di pangkuan ibunya.
Pemeriksaan perubatan mendapati kanak-kanak itu mengalami pendarahan di bawah mata kanannya, kesan gigitan di bahagian kaki kiri dan kanan serta bengkak di pipi kanan. - BERNAMA
sumber : Bharian