BEN ASHAARI



 

image

JADI BUKTI...Violetta dirakam mematikan mesin sokongan hayat Merrett sebelum ia dipulihkan 21 minit kemudian

 

LONDON: Kecuaian seorang jururawat mematikan alat sokongan hayat pesakitnya berjaya dirakamkan melalui kamera tersembunyi dan membolehkan siasatan ke atasnya dijalankan.

Melalui rakaman berkenaan, jururawat itu, Violetta Aylward, dilihat mematikan suis alat yang disambung kepada Jamie Merrett dan lelaki terbabit terpaksa bertarung nyawa sebelum pasukan paramedik tiba membantu.
Mengalami lumpuh dari leher ke bawah, Merrett, 37, memasang kamera itu kerana bimbang terhadap layanan diberikan ke atasnya.

Insiden itu berlaku hanya beberapa hari selepas kamera itu dipasang tanpa pengetahuan Violetta.

Rakaman itu menunjukkan Violetta mengusik-usik alat sokongan hayat itu beberapa ketika sebelum terdengar bunyi amaran kuat menandakan ia dimatikan kedengaran.

Merrett kemudian kelihatan tercungap-cungap sebelum keadaan itu disedari Violetta.

Melihat keadaan itu, jururawat dari Reading itu segera cuba memulihkannya sebelum pasukan paramedik tiba untuk membantunya dan menghidupkan semula mesin berkenaan.

Bagaimanapun, bantuan itu hanya tiba 21 minit selepas mesin sokongan hayat itu dimatikan, menyebabkan Merrett mengalami kerosakan otak.

Kakak Merrett, Karren Reynolds, berkata sejak insiden itu hidup lelaki terbabit berubah sama sekali.

Sebelum kejadian pada Januari 2009 itu, katanya, Merrett boleh bergerak menggunakan kerusi roda serta berkomunikasi menggunakan komputer yang dikawal melalui suara.

“Kini Merrett tidak mempunyai kehidupan sepatutnya dan dia seperti seorang kanak-kanak,” katanya.

Untuk berkomunikasi dengan Merrett kini, kata Karren, ahli keluarga terpaksa menggunakan bahasa mudah bagi membantu pemahamannya.

Sementara itu, peguam Merrett, Seamus Edney, berkata setakat ini kes kecuaian itu adalah paling serius membabitkan jururawat.
“Tetapi tiada siapa tampil mengaku salah walaupun selepas dua tahun kejadian berlaku,” katanya, semalam.

Sementara siasatan dijalankan oleh Majlis Jururawat dan Bidan Britain, Violetta kini digantung tugas. - Agensi

 

-HMETRO ONLINE-

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Yearghhhhhhhhhh .. ini baru entri 'fake' dan nak curi trafik !!! Yeh yehhhh ... Tapi wat pe ??? Bukan ada buffered pon kat blog aku .. lama dah buff pergi membawa diri dari blog aku ni .. Blog aku bukanlah blog yang bagus untuk Nuff bagi buff tiap tiap bulan .. Kan Nuff kan ?

Ramai ingat aku terasa dengan tafsiran sahabat tu terhadap blog aku .. Ahaks.. Terasa ??? Masih aku terasa .. Hahaha.. Heeeloooooooooo  Ben !! .. Come on !! Jangan jadi budak budak laaa..kata dah lama dalam dunia blog ni ?? Hehe.. aku tak terasa laa.. saja nak berlakon terasa .. Kata nak curik trafik kan ? Maka aku buktikanlah .. Perghh..

Boleh cam tu ? Hahaha... Buat semua rakan blogger yang baru bertatih dalam arena blogging antarabangsa ni , beginilah adat resam dunia maya ini.. Adakalnya kita dicuit.. adakalanya kita dipuji.. adakalanya kita dikritik.. antara mampu hadapi atau tidak je menjadi pertaruhannya..

Jadi, perbanyakkan ilmu di dada serta info info terkini dan terdahulu bagi memperkuatkan lagi setiap entri kita di masa akan datang .. Buat mereka yg gemar mengorek lubang dan mencari lubang tu , tahniah .. mmg patut jadi pengkritik tegar ... Yeargh.. Tanpa anda sapalah kami .. kan ? hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Kenal tak tak kak Yon ? Haaa... tak kenal ??? iskh..camana laaa leh tak kenal dia neh ... Kalau tak kenal , g la berkenalan dengan dia .. kat mana ? Kat blog dia la... http://yonshomedecor.blogspot.com/

Masuk dah ? Baca dah ? Haa.. maka aku nak jawab pertanyaan dia kat sini la.. senang .. kat dalam ruangan komen tu terhad  .. hehe.. Mula mula , aku nak jawab.. SAMA SAMA dan Salam perkenalan buat Kak Yon .. dan jutaan terima kasih kerana sudi curi curi masuk blog tak best ni ..

Ok..pertanyaan dia .. hehhe.. kenapa aku tak de shoutbox ?? Maka aku jawab... Blog aku dah ada ruangan komen .. Maka komenlah disitu .. hehehe... Aku tak nak blog aku jadi tempat pembuangan 'risalah tak bermaklumat ' atau tempat mereka jerit " WEHH ... AKU DAH KLIK NUFF KAU .. MEH LA KLIK NUFF AKU... " atau " WOIII.. JOM MAIN KLIK KLIK " dan banyak lagi la.. Maka sbb itulah aku tak nak letak ... Sebarang pertanyaan berkenaan blog aku bolehlah tanya di pusat pertanyaan Planetarium Negara di FACEBOOK atau YM aku...tak pun , email je.. senang kan ?

Ok ke jawapan Kak Yon ? Hehe... Dulu penah letak jap... tak sampai seminit , dah ada komen sakit jiwa kat situ .. maka , buang je la... tak nak nyusahkan diri .. hehe.. Apa pun buat kak Yon , selamat maju jaya.. jgn malu malu singgah di blog usang ni.. tunggu nak roboh je ni.. Tapi bila roboh nak bina banglo terus !!!

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Laa..korang tak tau ke ada hantu internet ?? Meh aku bagitau .. hantu internet ni , jenis yang wujudnya hanya dalam dunia maya .. Tapi bila ajak jumpa , berjuta alasan dia bagi !

Apa yang korang ada cumalah gambar dan no telefonnya .. Nak dating , cuma dalam internet ..  Jangan mimpilah nak jumpa ... mengarut !

Oleh itu wahai rakan rakanku yang dok bercinta cyber ni , pastilah kewujudan mereka ini sebelum menyerahkan hati ( body jangan !!! ) pada mereka .. Camana nak buktikannya ? Datingkah ? Senang jer... mintak mykad atau lesen memandu dia masa jumpa nanti .. Tu bukan dating .. jumpa jap jap jer.. bawak la kawan kawan ..4-5 orang .. suruh diorng cam si pasangan tu .. kot kot muka passport kegemilangan ke ..

Waspada .. hati hati .. jgn mudah percaya pada 'cinta' internet ni .. Suara mahupun gambar tak leh percaya .. Banyak dah kena tipu .. yang peliknya , apa yang diorg dapat eh selain duit dan habiskan masa ??  Kadang kadang , ada yang tak nak duit .. adakah diorg ni sepi tanpa cinta ? Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Pakai skirt, dedah tubuh di Itali boleh didenda RM2,000

NAPLES: Sebuah bandar di pesisir pantai selatan Itali bercadang melarang pemakaian skirt pendek atau pakaian menjolok mata dalam usaha pentadbirannya menjaga akhlak penduduk setempat.

Datuk Bandar Castellammare di Stabia, Luigi Bobbio, berkata jika peraturan itu dilanggar, pesalah boleh dikenakan denda di antara RM97 dan RM2,000.

“Peraturan ini dikhususkan kepada individu yang gemar berperangai buruk atau sukar mengawal diri sendiri,” katanya, semalam.

Castellammare di Stabia adalah bandar terbaru di Itali yang cuba mengawal perlakuan penduduknya daripada kegiatan tidak bermoral, seperti meminum arak di jalanan, bermain bola sepak di tempat awam atau menghina tuhan.

Turut bakal dilarang adalah berjemur di pantai.

Di beberapa bandar lain, amalan bercium dalam kenderaan, memberi makan kucing terbiar dan memotong rumput pada hujung minggu turut dilarang. - Agensi

-HMETRO ONLINE-

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (16)
    • ▼  Julai 2026 (2)
      • Khasiat dan manfaat Kakao untuk kanak kanak dan ka...
      • Tidur awal bangun awal !
    • ►  Jun 2026 (2)
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes