BEN ASHAARI



 

image

Camana nak mula eh ... erm... ok... Mulakan dengan Bismillah ..disudahi dengan Alhamdulillah .. maka aku nak makan kfc dulu neh.. 3 ketul ..ok ? Set dinner plate nih.. Stok untuk tenaga petang karang kat gym.. hehe..

Okeh.. abis dah .. hehehe .. Kenyang ... blurppp.. hehe.. acah jee.. tak la tahap sendawa ala ala badak sumbu sendawa ... huhu..

Aku perhatikan rata rata yang tinggalkan komen di blog picisan ini ( blog aku laa ) , amatlah merendahkan dirinya... Baguslah gitu .. kita serupa . .sama sama rendah .. Tapi jgnlah terlalu memandang tinggi sangat pada sesuatu blog tu .. Boleh pandang tinggi jika mmg layak dipandang tinggi .. Cuma bagi akulah kan , semua blogger layak di pandang tinggi .. Kenapa aku kata gitu ??? Sila beli E- BOOK aku di laman www.benashaari.com .. Ok ? Hahahha.. tengok.. muka ketat dah tuu.. hahaha.. guna ayat Mat Gebu Al-Buaya Padang Pasirun.. hehe.

Bagi aku la kan , semua blogger sama bagusnya .. Apa yang membezakan ialah pengalamannya .. Pengalaman dalam bidang penulisan , kehidupan serta kekreatifan akan membezakan antara blogger baru dan lama ..

Penulisan ... semua blogger boleh menulis ..maksud aku menaip laa... adeh.. takkan tak tau gak kot ??  Sejak sekolah rendah lagi kita dah diajar membuat karangan .. kan ? Maka masing masing dah diajar menulis berdasarkan imaginasi samada realiti atau fantasi , terpulang pada mereka .. Pokoknya pokok betik.. hehe.. Pokoknya , blogger dah tau mengarang .. bukan susah kan ?

Kehidupan .. Jauh perjalanan , luas pengalaman .. Fahamkan ? Tua belum bererti berpengalaman .. Tak semestinya berjalan baru leh dapat pengalamanan tu .. Maksudnya kena la 'bergerak' .. Kalau setakat duduk dalam bilik tu , camana nak ada pengalaman ? Camana nak berkenalan dengan insan insan lain ? Banyak cara lagi untuk kutip pengalaman kehidupan ini ..

Kreatif ? Pastinya blogger ini sangat kreatif... macam macam hiasan akan diletakkan dalam blognya .. kalau boleh diorng nak cipta sendiri punya widget .. kan ? hehehe.. kreatif tapi tak kena tempat .. blognya rumah banglo .. blog ibarat perpustakaan sekolah .. penuh buku tapi tak la cantik cam IKEA tu... macam macam deco ada .. Yang penting ialah 'isinya' ...

OK.. aku malas nak panjang padahal dah panjang ni .. Oleh itu , wahai saudara saudari blogger sekalian , jgn terlalu merendahkan diri .. Anda dan mereka sama je .. Banyakkan membuat kajian.. Bila blogwalking tu , belajar bagaimana mereka menulis .. bukan g tengok apa yang mereka letak dalam blog tu ... haaa... faham ? Tak ? Adeh...

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Waaalaahh... jgn besarkan bijik mata tu !! Sila kecilkan semula .. hehe.. tu cuma persoalan yang banyak bermain di benak lelaki.. erk , bukan semua.. adeh ..

Ok .. begini .. Zaman sekarang ni lebih lebih sejak akhir akhir ini , kita dapat lihat makin banyak fesyen fesyen khasnya buat wanita kan ? Makin lama , makin mengancam perempuan perempuan skang ni .. Lelaki lak , fesyennya makin pelik maka kebanyakkan lelaki tamo ikut fesyen pelik yang mana lebih kepada menyerupai perempuan .. kan ?

Cuma bagi perempuan yang gemar mengikut arus dalam bidang fesyen ni , adakah mereka melakukannya kerana minat atau nak mengayat lelaki terutamanya lelaki  beruang  berwang. Jika minat sekali pon pastinya ada niat tersembunyi.. betul ke ?? Masakan hanya kerana suka sukaaaa .. Hurm..

Itu jika mereka yang single .. bagaimana pula dengan mereka yang dah berkawin ? Mungkin mereka bergaya kerana untuk menambahkan lagi keyakinan diri sewaktu berurusan dengan orang tetapi tidakkah itu akan membuatkan 'si tanduk dua' tu membisikkan 'kata-kata hikmat' di telinga terutamanya lelaki agar tertarik dengan penampilan wanita tersebut ..

Ok , contoh eh .. bayangkan seorang wanita berkerjaya seperti setiausaha .. dia punya style mmg kalah artis la.. walaupun tak seksi tetapi bosnya yang lelaki itu sedikit sebanyak pastinya tergoda.. Betul ? Tak ?? Kenapa ? Hehe ..

Adakah jawapan anda ?? Sila beri pandangan anda dengan bernas tanpa ada rasa emo.. okeh ?

Pendapat aku ? Perempuan melawa pasal apa eh ? Hurm... 90% adalah untuk menarik perhatian orang ...  dan baki adalah untuk kepuasan diri  ... ;)

Share
Tweet
Pin
Share
45 comments

 

Huhu.. sian sotong tu.. tak sempat dikeringkan untuk dijadikan sotong kering .. hehe...

Pada peminat si PAUL tu , pastinya terkejut bila laporan mengatakan dia  mati baru baru ni tetapi mengikut dakwaan seorang pengeluar filem China , sotong tu mati dua hari sebelum final PIALA DUNIA !!!

Wah.. biar betul .. hahahah.. sotong pon leh cetus fenomena eh... hahaha.. ni sah sah kaki judi je minat sotong ni.. Aku pon minat gak tapi minat sambal sotong je la.. hahaha...

Rasanya kan.. dia mati sbb banyak dok menilik sapa yang bakal menang... yelah , manusia pon tak boleh buat keje menilik tu maka diserahkan 'dosa' menilik tu pada dia.. tak ke dia frust ?? hahaha..

Baca la sendiri eh ... aku copy paste je ni .. maklumlah , blogger picisan cam aku ni mana reti buat ayat tahap tertinggi seperti 'mereka-mereka' itu .. kan ? 

image

Pengeluar filem China buat dakwaan dipercayai untuk publisiti

LONDON: Sotong terkenal dengan kuasa ramalannya, Paul, terus mencipta sensasi meskipun sudah mati Isnin lalu, selepas ada pihak membuat dakwaan bahawa ia sebenarnya sudah tiada tiga bulan lalu.

Teori itu dikemukakan seorang pengeluar filem China yang mendakwa Paul yang membuat ramalan tepat mengenai keputusan perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di antara Sepanyol dan Belanda, mati dua hari sebelum final itu.

Jiang Xiao menuduh pemilik akuarium Sea Life di Oberhausen, Jerman, menggantikan sotong lain dalam tangki air Paul, lapor akhbar Britain, Daily Mail, semalam.

Beliau yakin ‘60 hingga 70 peratus’ bahawa Paul mati Julai lalu sebelum perlawanan itu dan digantikan, selain mempertikai kuasa ramalan sotong itu.

“Sotong semuanya kelihatan sama. Mustahil untuk menunjukkan perbezaan antara satu dengan lain,” katanya ketika ditanya bagaimana Paul boleh diganti sotong lain.

Tetapi, ada yang meragui teori Jiang itu dan mengesyaki dia mahu mendapat publisiti selepas mengeluarkan filem aksi bertajuk Who Killed Paul The Octopus?’

Selain enggan mendedahkan terlalu banyak butir filem itu dan menjelaskan lagi dakwaannya, Jiang juga menuduh pemilik sotong itu enggan kebenaran didedahkan mengenai Paul dan kuasa ramalannya.

“Kami sering menghubungi akuarium itu sejak pembikinan filem bermula tetapi mereka seperti takut dengan kami. Filem ini mendedahkan cerita di sebalik kuasa ajaib sotong itu, mungkin itulah sebabnya mereka risau.

“Kami lakukan banyak penyelidikan untuk filem ini dan saya yakin 60 hingga 70 peratus Paul mati pada 9 Julai dan pemiliknya di Jerman menyembunyikan kematiannya serta menipu kami,” katanya.
Beliau menganggap pelik kematian Paul diumumkan selepas pemilik akuarium itu menghubungi krew filemnya dan menawarkan kerjasama kepada mereka. – Agensi

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Ada dua kes yang dilaporkan dalam media semalam dan hari ni .. Satu yang di Penang tu... ala , kes simbah asid tu .. dah ditahan polis pon ... 

Ni ada satu lagi kes lak .. Pelajar UITM kena belasah dek kekasihnya .. Kekasihnya tu laki la... takkan perempuan nak belasah lelaki kan ? Mmg boleh tapi perempuan malas jer nak belasah lelaki.. kang ilang la title lemah lembutnya tu kan ? hehe..

Hurm... tak dinafikan lelaki ni di zaman muda ( di antara 19 - 30 tahun ) mmg panas berapi punya baran .. Ada yang sampai melebihi tahap kepanasan gunung berapi Merapi tu haaa.. Kalau meletus , tu diaaaa.... debu boleh melebihi langit ke tujuh !! Takde apa dah boleh menghalangnya lagi ... Tu pasal langsung tak rasa bersalah bila buat keje bodoh seperti menyimbah asid tu ... Haih ... cuba la kena kat dia , camana rasanya .. tak pon adik beradik dia .. hurm ..

Buat rakan rakan lelaki di luar sana tu , bawak bawak istighfar bila marah tu .. tak  guna pukul perempuan.. ilang macho awak tu... Kalau dah perempuan tu tak nak , blah je la.. ramai lagi perempuan nak kat awak tu.. tak caya ? Cuba ketip jari !! Tapi aku tak pasti la perempuan camana yang akan datang nanti kan ? hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

image

LONDON - Sebuah kereta Aston Martin DB5 berwarna perak yang pernah dipandu oleh pelakon Sean Connery dalam filem Goldfinger dan Thunderball dilelong di sini kelmarin pada harga £2.6 juta (RM12.8 juta).

Kereta unik yang mempunyai mesingan, nombor pendaftaran yang boleh berputar dan gear khas itu dibeli oleh pengumpul kenderaan klasik dari Ohio, Amerika Syarikat (AS), Harry Yeaggy.

Yeaggy, seorang ahli perniagaan yang mempunyai sebuah muzium peribadi di Ohio, berkata, dia tidak sabar untuk memandu kereta itu yang boleh bergerak selaju 233 kilometer sejam.

Menurutnya, kereta itu tidak pernah dilelong sebelum ini menyebabkan ia menjadi daya tarikan tinggi kepada pengumpul kereta klasik.

Pemilik asal kereta itu ialah pemilik stesen radio WBEB dari Philadelphia, AS, Jerry Lee.

Lee membeli kereta itu pada 1969 dengan harga AS$12,000 (RM37,296).

Lee berkata, hasil lelongan itu akan disumbangkan kepada sebuah yayasan miliknya untuk melakukan projek pendidikan dan antijenayah di peringkat antarabangsa.

Menurut, Ketua Pengarang majalah Classic & Sports Car Magazine, Mick Walsh, ia merupakan satu-satunya kereta filem James Bond yang tulen.

Kereta itu turut dilengkapi dengan alat pengesan, bumbung yang boleh dibuka, penyembur minyak, alat pelindung kalis peluru dan skrin asap.

Semua peralatan itu dikawal oleh togol dan suis tersembunyi.

Kereta Aston Martin itu dibuat dengan gabungan reka bentuk Itali dan kejuruteraan Britain.

Filem James Bond telah mempopularkan kereta Aston Martin walaupun kenderaan buatan tangan itu dianggap dijual pada harga yang amat mahal. - Agensi

 

-KOSMO.COM.MY-

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes