MEKAH: Kira-kira 90 peratus daripada 26,000 jemaah haji Malaysia yang memilih mengerjakan ibadah haji Tamattuk pada musim haji ini dikehendaki membayar dam mengikut syarat-syaratnya.
Pengurus Besar (Bimbingan) Lembaga Tabung Haji (TH), Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, dam yang wajib dibayar itu ialah dengan menyembelih seekor kambing atau satu pertujuh bahagian seekor lembu.
"Jemaah haji boleh memilih dengan membayar sebanyak 350 Saudi Riyal (SR) untuk seekor kambing iaitu mengikut harga pasaran, bagi seorang.
TH cuma memberikan perkhidmatan yang boleh diwakilkan kepadanya mengikut Ju'alah (wakil yang dilantik)," kata Tengku Aziz kepada pasukan media TH yang membuat liputan Musim Haji 1431 Hijrah.
Beliau berkata, TH menawarkan perkhidmatan bayaran dam di kaunter kewangannya di Mekah dengan memotong dari akaun simpanan atau membayar tunai bagi memudahkan jemaah haji tidak perlu bersusah payah menguruskannya sendiri.
Sebenarnya ada lima kategori jemaah yang mengerjakan haji Tamattuk tetapi tidak dikenakan dam. Antaranya ialah mereka yang mengerjakan umrah dalam musim haji dan dia keluar dua marhalah (91 km) dari Tanah Haram atau lebih untuk berniat haji dan kemudian masuk semula ke Mekah untuk menunaikan haji," katanya.
Menurut Tengku Aziz, jemaah haji tidak dipaksa mewakilkannya kepada TH dan boleh menguruskannya sendiri kerana perkhidmatan tambahan ini disediakan bagi membantu mereka yang sukar mencari kambing dan menyembelihnya.
Haji Tamattuk ialah jemaah haji yang menunaikan umrah dahulu dalam bulan haji dan kemudian mengerjakan haji pada tahun hijrah yang sama. Haji Qiran, jemaah haji mengerjakan umrah dan haji secara serentak dan mereka dikenakan dam.
Kira-kira 10 peratus lagi jemaah Malaysia yang mengerjakan Haji Ifrad iaitu menunaikan ibadah haji dahulu dan mengerjakan umrah kemudian tidak perlu membayar dam, kata Tengku Aziz.
Menurut beliau, lazimnya pelaksanaan dam dijalankan selepas tamat musim haji oleh pejabat Konsul Haji Malaysia di Jeddah dan daging akan diagihkan kepada fakir miskin di Mekah.
"Saya harap jemaah akan mewakilkan pembayaran dam kepada TH supaya mereka dapat mengerjakan ibadah dengan tenang. InsyaAllah kami akan melaksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya," kata Tengku Aziz.-Bernama
Atas permintaan seorang sahabat pembaca , maka aku letak blog archive buat sementara.. kot sapa sapa nk godek , silakanlah yer ..
Haaa.. aku letak bawah gambar ni haa... Amaran !! Jangan terkejut yer .. sbb apa ? tu korang kena tengok sendiri ..
Cuma nasihat aku la kan .. jgn la g klik sbb hang nanti pc korang tu .. berjela jela ke bawah .. hehe..
Jumlah entri aku termasuk yang aku amik dari hak milik berita atau artikal agama ada la dalam 4021 entri.. Kalau nak di tolak copy paste tu , adalah dalam 3000 lebih la hak aku .. Haaa.. ok la tu kan ?
Cuba tengok November 2010 .. baru 2 hari tapi dah 22 entri !!! Apa kes ??? hahahahha
Amacam ? Berbaloi tak usaha keras aku selama ni ? Mungkin ada yang geleng kepala bila tengok entri sebanyak tu dan ada yang kata 'giler ke apa ' .. Gila la kot .. Gila tapi berbaloi.. hehhehe..
Ok.. selamat meneroka.. aku bg 24 jam je godek godek.. Bukan pe, semak aku tengok kat situ .. hehe..
Aku pening.. tercari cari kat mana laaaa aku nak komen.. Maaf la yer ..saya ni buta IT dan segalanyalah buta bila berkaitan dengan dunia blog ni.. Almaklumlah , newbie yang dok merangkak ..
Aku saja la blograngkak dari satu follower ke follower aku .. singgah laaa kat blog ni .. Aku baca entri dia .. Dari atas sampai ke bawah , terpinga pinga aku .. kat mana tajuk dia ? Camana aku nak komen ? camana aku nak follow dia balik dan paling best , takde nuff eh ?
Hahaha.. cute giler blog ni .. bagi aku la.. bagi korang tak tau la.. tak suruh pon kata cute .. tapi kalau cute gak bagi korang , bermakna aku tak gile lagi la .. hehe..
Tak pe tak pe.. korang g nilai sendiri ek.. jom.. sini sini ...
Badan cam anak dinasour ni boleh dia panggil aku 'cute' ??? Hahahaha... Apara ....
Ari tu aku buat entri bagaimana mak dara orang dalam FB ni menjadi sasaran lelaki gatai miang ... Huh.. Sian kan ? Nasib baik tak layan dia tu.. kalau ada yang layan , aku tak tau nak kata apa lah ... pandai jawab sendiri la nanti yer ..
Tapi kan , jangan ingat bini orang je kena ngorat .. haaa.. laki orang pon kena ngorat gak wooo .. Kalau ngan anak dara atau mak dara tu , lain kes ar ... tapi kalau dengan sama jenis , camana ? Berapa kali korang nak muntah darah tu ??
Adeh .. bawak mengucap la wahai saudaraku .. Tu haa.. ramai perempuan tu ada ..cun cun lagi zaman skang ... Nasib baik aku 'digari' , kalau tak ??? Haaa.. Rugi la dibiarkan yang awek awek tu berlalu begitu saja .. Berapa ramai yang tak kawin sbb lelaki dh tukar selera ????
Zaman skang ni dah kembali ke zaman jahilliyah .. segalanya tak nak berdasarkan agama tapi berdasarkan logik kepala masing masing .. Allah dah bagi kitab untuk dirujuk , tak nak gak nak ikut .. Kononnya tak mengikuti arus kemodenan .. Adoiyaiii...
Ok.. aku tamo la nak bebel lebih.. nak masuk time makan walaupun aku tak makan ... Bawak bawak la tukar selera tu yer ... Halal lagi suci ! Pastikan nikah dulu yer..