BEN ASHAARI



 

PETALING JAYA, 2 Nov (Bernama) -- Selepas kejayaan merangkul Piala Malaysia buat kali pertama selepas 55 tahun, pasukan bola sepak Kelantan, atau dikenali dengan nama "The Red Warrior", meneruskan kecemerlangan mereka apabila meraih lima daripada tujuh anugerah utama pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010.

Pada majlis anugerah yang diadakan di sini pada hari Selasa, penyerang berbisa skuad itu, Norshahrul Idlan Talaha, dinobatkan sebagai Pemain Paling Berharga dan Penyerang Terbaik musim ini.

"Ia satu anugerah yang cukup bermakna dalam kerjaya saya. Saya akan terus melakukan yang terbaik. Selepas bersama pasukan kebangsaan memenangi pingat emas Sukan SEA tahun lepas, sasaran saya kini adalah untuk membantu Malaysia di Sukan Asia Guangzhou," kata Norshahrul di sini.

Pada majlis itu, beliau menerima piala dan hadiah berupa wang tunai RM3,000 untuk Anugerah Pemain Paling Berharga, serta piala dan wang tunai RM500 untuk Anugerah Penyerang Terbaik.

Selain itu penjaga gawang pasukan itu Khairul Fahmi Che Mat turut meraih dua anugerah di mana beliau dianugerahkan dengan Anugerah Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

Sementara itu, B. Satianathan yang membimbing kejayaan penuh bersejarah pasukan Kelantan pula dipilih sebagai penerima Anugerah Jurulatih Terbaik.

Anugerah Pemain Tengah Terbaik dimenangi oleh Baddrol Bakhtiar daripada pasukan Kedah, manakala Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak daripada pasukan Negeri Sembilan menerima Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik.

Majlis anugerah itu turut memberi tiga anugerah sampingan iaitu Anugerah Kelab Terbaik kepada Johor FC, Persatuan Bola sepak Selangor (Anugerah Persatuan Bola sepak Terbaik) dan Persatuan Bola sepak Kedah (Anugerah Kelab Penyokong Terbaik).


-BERNAMA-

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

ALOR SETAR, 3 Nov (Bernama) -- Berikutan banjir yang semakin buruk di utara Semenanjung jumlah mangsa yang dipindahkan di Kedah dan Perlis terus meningkat dan menyebabkan gangguan bekalan air di tiga daerah di negeri Kedah.

Di Kedah, seramai 20,902 penduduk daripada 5,734 keluarga di beberapa daerah di negeri itu dipindahkan ke pusat penempatan banjir akibat dilanda banjir teruk sejak dua hari lepas.

Daripada jumlah itu 12,872 penduduk daripada 3,655 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, manakala 3,908 mangsa daripada 984 keluarga adalah dari Padang Terap, 3,182 penduduk daripada 878 keluarga di Kota Setar dan 940 penduduk daripada 217 keluarga di Pokok Sena.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata 88 pusat penempatan mangsa banjir dibuka di keempat-empat daerah dan daripada jumlah itu, 40 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, empat di Pokok Sena serta sembilan di Kota Setar.

Tinjauan Bernama di daerah paling teruk dilanda banjir iaitu Kubang Pasu mendapati air semakin naik walaupun hujan telah berhenti kerana aliran air dari daerah Padang Terap.

Sementara itu, tiga daerah iaitu Kota Setar, Pokok Sena dan sebahagian kawasan di daerah Pendang mengalami gangguan bekalan air bermula semalam dan hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Air Darul Aman (Sada) hari ini, gangguan bekalan air itu disebabkan oleh Intake Loji Bukit Pinang Fasa 1, 2, 3, dan 4 dan Nephelometric Turbldity Unit (NTU) ditenggelami air terlalu tinggi.

Pihak Sada memohon maaf di atas kesulitan itu dan sebarang aduan dan pertanyaan boleh hubungi Pusat Informasi Sada di talian hotline 1-300-88-0017.

Di PERLIS, keadaan banjir di sekitar Kangar bertambah buruk dengan angka mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 6,052 orang berbanding lebih 4,500 mangsa petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata mereka ditempatkan di 40 pusat pemindahan yang diwujudkan di seluruh Perlis.

Setakat ini, 4,127 mangsa yang dipindahkan ialah dari kawasan Kangar manakala 1,091 dari kawasan Padang Besar dan 834 orang dari kawasan Arau.

Sementara itu, para petugas media di Perlis beroperasi di luar pejabat hari ini berikutan laluan ke pejabat di bandar Kangar ditenggelami air.

Beberapa wartawan juga terpaksa berhadapan dengan tugas sukar kerana ada yang menjadi mangsa banjir dan terpaksa berpindah termasuk dua wartawan Biro Bernama di Perlis.

Di KELANTAN, mangsa banjir yang dipindahkan di Rantau Panjang pada sebelah pagi ini bertambah iaitu seramai 452 orang berbanding semalam 297 mangsa berikutan limpahan air Sungai Golok.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Pasir Mas berkata kesemua mereka ditempatkan di dua lokasi pemindahan sementara iaitu di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi dan stesen keretapi lama di pekan Rantau Panjang.

Sementara itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya sudah mengarahkan 1,182 pegawai dan kakitangan bersiap sedia bagi menghadapi musim banjir khususnya di bahagian utara semenanjung Malaysia berikutan amaran hujan lebat di tiga negeri itu mulai semalam.

Beliau berkata ini kerana banjir mendedahkan masyarakat kepada risiko berlakunya penyakit berjangkit seperti cirit-birit, deman kepialu, taun dan leptospirosis.

"Seperti kita sedia maklum, banjir boleh menimbulkan berbagai masalah kesihatan terutama kepada kanak-kanak, wanita dan warga tua. Jadi, kumpulan ini perlu diberi perhatian sewajarnya," katanya kepada pemberita di Gua Musang hari ini.

Katanya pasukan kesihatan dan perubatan di pusat-pusat pemindahan akan ditempatkan secara tetap sekiranya jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan tersebut melebihi 500 orang.

Liow berkata tindakan yang akan diambil juga merangkumi penyediaan serta memastikan stok ubat-ubatan, peralatan, vaksin dan alat pelindung diri sentiasa mencukupi.

- BERNAMA -

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

" Apa beza  RON95 dan RON97 ?? Sama je.. nombor je lain.. Atau tahun dibuat ... "

Itu perbualan yang aku curi curi dengar pagi tadi .. Erk.. nak kata curik pon tidak sbb diorg bercerita mmg nak kasi dengar satu gerabak ERL tu ..

Dari stesen ERL Putrajaya hinggalah ke dalam ERL , terdapat sekumpulan kakak kakak non stop berceloteh .. Dari satu topik ke satu topik hinggakan aku yang nak membaca majalah dalam ERL tu pon terpaksa menumpukan telinga aku untuk mendengar butiran cerita mereka ..

Aku tak rasa aku je yg dok menjeling hujung hujung mata kat diorg tetapi ramai lagi ..  Kadang kadang aku rasa cam tak sesuai jer diorg berborak sambil menunjukkan tahap IQ diorg tu ..  Dari kes Sosilawati sampailah ke isu minyak ..

Yang nak buat aku tergelak besar bila diorng cakap pasal perbezaan minyak tu .. Haih.. kot ya pon , jgn la dibincangkan secara terbuka sambil menggunakan 'hailer' .. Malu weh .. orang yang naik ERL tu bukan budak sekolah .. macam macam profession ada .. yang tengah duk duduk tu aku perasan pilot ... pegawai pon ada berdasarkan pakaian yang mereka pakai .. Adoi.. memalukan ..

Yang bestnya , cerita pasal laki diorng .. pasal mak mertua pon ada !!! Yo heelloooo... akak tu bukan budak sekolah laa.. anak anak pon dah sekolah rendah ... segan la skit kat orang sekeliling ... Aku pulak tak sabar nak keluar dari ERL secepat mungkin ... haih ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Kebelakangan ni politik negara menjadi semakin haru biru .. Yang muda mengelengkan kepala .. yang tua menganggukan saja .. janji masyuk .. kan ?

Mengikut kotak undian di blog aku ni  , image PAS menjadi pilihan .. Samada pengundi yang kat blog aku terdiri dari orang muda atau macam aku ni ( kira pakcik makcik la ) , tak pasti ..Tapi rasanya majoriti terdiri dari org org muda..

Ok..Aku dapat satu pertanyaan semalam ... Berkaitan dengan undian tersebut .. MENGAPA PAS menjadi pilihan dan bagaimanakah cara memulihkan kepercayaan muda mudi dan nak  menarik pengundi pengundi yang terdiri dari muda mudi agar menyokong kerajaan ?

Jadi di sini , aku nak amik kesempatan  untuk bertanyakan pendapat korang .. Ini pendapat masing masing yer.. Harap tak perlu ada emosi di sini.. Nak dalam suasana santai jer .. Kenapa dan mengapa ...

Jika ada pihak yang memantau tu , harap boleh bersikap terbuka dan amik pandangan mereka ini memandangkan PRU tak lama lagi kan ? Korang boleh tinggalkan komen di sini atau buat dalam bentuk entri dan tinggalkan url korang di sini ...  okeh ?

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

TOKYO: Domino's Pizza di Jepun menawarkan gaji AS$31,000 (RM99,200) sejam bagi seorang pemohon bertuah diambil bekerja dengan syarikat berkenaan pada bulan Disember depan sempena ulang tahun ke-25 pelancarannya di negara Matahari Terbit itu.

Jurucakap syarikat itu berkata, mereka yang berminat perlu menghantar permohonan selewat-lewatnya 10 November, mesti berusia lebih 18 tahun dan orang yang berjaya akan diberi pakaian seragam percuma.

Upah bagi kerja separuh masa di Jepun secara puratanya adalah 1,000 yen (RM40). – Reuters ( BHARIAN )

image Iklan - AKADEMI KECANTIKAN RED GLOW

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Januari 2026 (4)
      • Sahabat Blogger @ Kelab Blogger : Hooda
      • Aku berhenti minum kopi dan tukar kepada..
      • Pening kepala aku dengan itik itik ni !
      • Tik Tok bikin hal sama seller ?
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes