BEN ASHAARI



 

KUANTAN: Pahang kini bersiap sedia menghadapi bencana banjir yang dijangka lebih buruk berbanding tahun lalu berasaskan keadaan banjir di utara Semenanjung sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti 594 pusat pemindahan yang mampu menampung kira-kira 128,528 mangsa jika berlaku banjir.

Selain itu, katanya, bekalan juga telah dihantar sejak Oktober lagi ke 92 pangkalan yang diwujudkan bagi menampung keperluan mangsa banjir yang terputus hubungan.

"Seramai 9,138 pesakit berisiko tinggi di kawasan yang mungkin terbabit banjir turut akan diberi perhatian sewajarnya, termasuk kanak-kanak di bawah satu tahun, pesakit mental, ibu mengandung yang dijangka bersalin pada tempoh banjir, golongan istimewa dan lain-lain," katanya.
Kerajaan Pahang juga, kata beliau, telah mengenal pasti pusat peperiksaan alternatif bagi pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia sekiranya pusat sedia ada terbabit dengan banjir.

Muhammad Safian berkata, sebanyak 442 kawasan di Pahang dikenal pasti sebagai berisiko dilanda bencana itu termasuk 123 kawasan di Temerloh, 64 di Pekan dan 47 di Kuantan.

"Cuti penjawat awam juga dibekukan bagi tempoh 15 November hingga 15 Januari," katanya. - BERNAMA

 

-BHARIAN-

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Huih.. panas ... tapi betulkan ? Sapa berani tegur mereka mereka ini tika mereka sedang merokok ? Ada ?? Malas dan tak larat dah nak tegur suh merokok jauh jauh .. Haih ..

Tadi , selepas solat Jumaat  aku ngan kawan aku g Ali Bistro kat Precint Diplomatik .. Makan tengahari kat situ .. hurmm .. belakang aku ada dua org brader ni... baik punya dok merokok tanpa ada belas kasihan kat orang lain ..

Saja aku tengok dia dua tiga kali ..tapi wat dek jer .. hurm.. perlukah nak tegur ? Aku pasang telinga dengar diorg berborak .. Hurm.. aku tak rasa diorng ni jenis cikai punya orang .. Kira keje bagus la gak .. tapi sayang , otak kat lutut !

Kalau di tegur , tak rasa nak dengar cakap .. Atau perlu ke tegur ? Dah cukup tua dah tu untuk fikir menda sekecik ni .. haih ... Ego ke sombong ? Pentingkan diri sendiri ???

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Bagi Islam, terdapat dua hari raya yang diiktiraf sepertimana yang dikhabarkan oleh Nabi saw di dalam hadith baginda yang diriwayatkan dari Anas bin Malik ra. katanya:

Maksudnya: "Ketika Rasul s.a.w. sampai di Madinah, bagi penduduk Madinah itu ada dua hari (raya) yang mereka bermain (berseronok) pada hari tersebut sepertimana kebiasaan semua kaum (Rom dan Parsi), setiap umat itu bagi mereka hari raya mereka tersendiri. Dan adalah bagi orang Arab Madinah ketika zaman Jahiliyah terdapat dua hari yang mana mereka bermain (dan berseronok) pada hari tersebut. (apabila Nabi s.a.w. melihat mereka menyambut dua hari tersebut) Nabi saw bertanya: "hari apakah dua hari ini?" Mereka menjawab: "Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini." Sabda Nabi saw: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitulah hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr." (Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa-ie dari Anas Bin Malik. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata: "Sesungguhnya Isnad hadith ini berdasarkan syarat Muslim)

sambungan > Bahaya Syirik

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Mula mula aku berblog .. aku dikenalkan dengan dua tiga nama yang popular dalam dunia blogging ini .. Aku masuk .. aku baca .. cari di mana keistimewaan blog itu .. Cari .. godek .. jumpa ... Hehe.. apa istimewanya blog tu ??  Penulis itu sendiri .. Masa dan kreativitinya ..

Hurm.. aku terfikir .. Kalau itulah keistimewaannya , aku rasa aku pon boleh .. Sbb aku sendiri pon mmg gemar menulis serta aku senantiasa memikirkan cara untuk memajukan diri.. Kalau aku boleh fikirkan itu , bermakna aku boleh fikirkan sesuatu untuk blog aku ini ..

Kemudian aku g lagi ke blog blog yang diceritakan oleh mereka yang mana mampu menjana beribu ringgit sebulan hanya dengan blogging..

Huh.. Aku tak percaya la.. mana mungkin boleh .. Tetapi mereka buktikan dan aku percaya .. Aku terfikir .. kalau mereka berjaya , pasti aku boleh juga kan ? Sbbnya mereka manusia dan aku manusia.. Mereka ada akal dan aku juga begitu.. Jadi apa kelebihan mereka ? Mungkin mereka lebih bernasib baik ..

Tak pe.. Aku percaya Allah Maha Adil lagi Maha Pemurah .. Rezeki mmg DIA yang tentukan tapi kali kita cari dan berdoa senantiasa agar dimurahkan ,insyaAllah.. tak kemana rezeki itu.. Yang penting , usaha !

Aku godek lagi .. cari lagi .. Wah .. ramainya pembaca blog mereka .. Bagaimana nak dapat cam mereka itu ?? Hurm... kena keluar suratkhabar baru boleh popular ??? Huhu.. sapa aku untuk keluar kat suratkhabar ? Patah semangat ? Hurmm... tak mungkin ... kalau tak dapat berpuluh ribu, kita cari la beribu kan ? Gunakan kreativiti yang ada..

Akhirnya .. skang ... setiap bulan pastinya 'NUFFNANG' menjengah..

IMAG0016a 

Dan setiap hari ada bilangan di kotak FOLLOWER aku ini bertambah .. Ini membuktikan bahawa blog aku ini diterima mereka.. Syukur .. Semangat untuk mempertingkatkan blog ini semakin hati semakin bertambah ..

imageBlog blog yang membuatkan aku terbeliak bijik mata satu tika dulu kini tidak lagi membeliakkan mata aku kerana aku sudah tau apa rahsianya ..

Maka sekarang , segala usaha aku membuahkan hasil .. Berbaloi ker ?  Hurm... hurmm... Dengan duit blog aku dah beli kamera dslr , pda dan ... ASB.. hehe.. berbaloi... tak lupa , belanja kawan kawan.. hehe.. rezeki kongsi kongsi la skit kan ..

Semangat untuk memajukan blog ni datang bila idea aku diketepikan oleh blogger blogger lama .. Idea aku dipandang remeh .. Tak pe la.. Kalau mereka tak nak , biarlah yang baru ni nak.. Maka blogger blogger baru inilah yang menaikkan aku.. Sbb itulah aku tak lupakan jasa mereka.. Setiap blogger baru muncul dan minta pendapat atau tips dari aku maka aku dengah sukarela mengongsikannya.. hehe.. nak rugi apa kan ?

Ini bermakna.. sebenarnya semangat berblog aku ni datangnya dari blogger blogger baru ..  Aku taknak di puji jauh sekali di puja.. cukuplah bagi aku mereka berjaya bergerak sendiri tanpa di tolak oleh blogger lama.. itu dah cukup membanggakan aku ..

Dan paling utama sepanjang aku berblog ini ialah persahabatan .. Persahabatan yang terbina dengan blogger blogger dunia masakan mmg amat mengembirakan aku..  Aku berjaya menyatukan dua dunia menjadi satu dunia .. Masakan dan personal ..

Kalau tak caya , korang cuba la berkawan dengan blogger masakan.. sangat sangat berbaloi... Mereka akan jadi kawan , kakak mahu pun ibu buat kita tatkala kita memerlukan kawan untuk berbual.. hehe.. Terima kasih ..

OK la.. tu je... letih nak bebel .. nak mop umah lak.. malam nak g tengok wayang kat ALAMANDA.. Walaupun boikot , g tetap g alamanda.. hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
53 comments

Ini cara aku .. lain orang lain caranya .. Aku banyak menekankan pada entri sebab sasaran aku adalah pembaca yang senantiasa keluar masuk blog aku ..

Ada blogger gemar menggunakan teknik blogging untu menangkap 'trafik' dan ada juga menggunakan isu isu panas dan terkini .. Apa jua cara sekali pon segalanya bergantung pada entri .. Tak guna blog lip lap dan penuh bunga bunga tapi kandungan seperti budak sekolah rendah punya cerita .. Maaf , bukan mengutuk atau mengeji tapi sama sama kita belek semua hasil tulisan kita ..

Dalam enti sebelum ini aku ada terima banyak pendapat dan pertanyaan .. Antaranya 'takut tkde pembaca nak baca ' ...

Gini eh .. buat blogger blogger baru .. apa jua tulisan korang dalam blog tu anggap sebagai latihan .. Latihan untuk memperkukuhkan lagi dari segi isi .. Jadikan komen (walaupun satu komen ) yang diterima tu sebagai pendorong .. Jadi , jangan risau ada orang baca ke tak .. Mula mula takde orang ... lama lama ?

Aku dulu pon gitu .. aku cerita segalanya jenis cerita .. Tujuan nak tau apa sebenarnya yang diminati oleh pembaca blog aku ni .. Dari situ , aku perbaiki sedikit demi sedikit .. Pada mulanya pun sama gak cam korang .. nak dapat 10 UV pon susah ... Tapi aku tak kisah .. aku terus berblog.. terus tanpa rasa jemu .. Tolak tepi apa jua orang kata ... Cerita mengarut .. takde cerita .. dan macam macam lagi.. Sekarang ??

image

Apa jua yang aku postkan , pasti ada baca .. Syukur , Alhamdulillah .. akhirnya blog aku diterima .. Namun begitu , aku masih belum boleh kata yang blog aku ni ok dah .. Belum langsung ! Kalau di beri rating , aku rasa aku baru dapat 2/10 .. Masih terlalu jauh untuk dikatakan BAGUS ..

Satu lagi pertanyaan yang aku dapat ialah dari segi bahasa .. AQ,AK,DIEW,KITEW dan banyak lagi.. mmg nampak fancy atau cute gitu tapi nak tanya , apakah entri itu untuk dibaca oleh orang ramai atau khas untuk diri sendiri ? Fikirkan itu yer ..

Entri entri lama patut di delete atau tidak memandangkan gaya bahasa berubah dari masa ke semasa .. Untuk mengelakkan menjadi isu di kemudian hari , ada baiknya di delete .. Atau biarkan saja untuk menunjukkan pada pembaca yang blogger itu berubah cara penulisannya dari semasa ke semasa .. Kira ada peningkatan laa.. ok ?

Bila kita dah berjaya memikat pembaca melalui entri kita , barulah ke peringkat selanjutnya iaitu , teknik seo dan macam macam lagi .. Teknik teknik berblog ini boleh korang godek sendiri dgn mengoggle..

Aku malas nak terjemahkan dari ENGLISH ke BM dan kemudian berbangga dengan entri tersebut.. hehe.. tamoo.. Apa yang aku tulis ini adalah pengalaman aku sebagai blogger .. aku tulis apa jua yang ada dalam hati aku .. Orang nak baca atau tidak , terpulang .. Aku tak rugi apa .. Ramai lagi yang berminat nak baca .. hehe ...

Faham tak ni ? Kalau tak faham , tinggalkan pendapat dan sebarang pandangan sila kemukakan.. Terima kasih .. Jom lepak Alamanda mlm ni .. hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
37 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes