BEN ASHAARI



 

KUALA LUMPUR 4 Nov. - "Saya bukan Islam, jadi tidak perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah."

Kata-kata tersebut diungkapkan oleh 'hartawan Lebanon' Elie Yousseff Najem dengan nada yang tinggi pada hari ini selepas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Mohd. Amran Mat Zain menetapkan 20 Januari tahun depan untuk perbicaraan kes khalwatnya.

Elie yang tidak diwakili peguam syarie melontarkan ungkapan sedemikian setelah tidak berpuas hati kes tersebut akan tetap dibicarakan.

Dia turut meminta Pendakwa Syarie, Hanifah Haydar Ali Tajuddin menarik balik pertuduhan tersebut.

Mohd. Amran yang berang dengan perbuatan tertuduh tersebut telah mengarahkan anggota polis membawa lelaki tersebut keluar dari mahkamah dengan serta-merta.

Terdahulu, lelaki tersebut yang memakai pakaian seragam penjara warna jingga dan menaiki kerusi roda tiba di mahkamah pada pukul 8.30 pagi dengan dikawal oleh tiga pegawai Penjara Kajang.

Elie, 50, bersama pasangannya, Roslin Taha, 49, didakwa berkhalwat di sebuah bilik bernombor 8804, Tingkat 8, Wisma Belia, Brickfields di sini pada pukul 3.45 petang, 27 April lalu.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 27(a) dan 27(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Hartawan itu yang menimbulkan banyak kontroversi juga pernah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini atas tuduhan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk dengan bekas isterinya, Farinnie Mohd. Farid, 24.

Pasangan tersebut yang kini telah disahkan bercerai, dikurniakan dua anak, Prince-Kovadis Yousseff Najem, 3, dan Nur Analeeza Sofya, 2.

Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap Elie setelah didapati bersalah menipu Tan Sim Chai di sebuah premis beralamat B-3-14, Blok B, Megan Avenue 2, Jalan Yap Kwan Seng di sini pada 19 September 2005.

Elie juga dihukum penjara lima bulan oleh mahkamah yang sama atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosialnya dengan menjadi pengarah sebuah syarikat.

-UTUSAN-

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Aku terlupa malam ni malam jumaat .. aku layan nyang rapik tadi ..tiba tiba , skang bulu roma aku berdiri dengan sendirinya .. Aku ingatkan dah takde .. rupa rupanya ..

Huh.. sedang aku asyik tengok tv , tiba tiba aku terperasan sesuatu .. hurm... takkan dia muncul time gini ? Bila aku pandang ke tempat tu , takde ! Hilang terus ..

Argh.. ni yang buat aku tak leh tidur ni .. Camana eh .. perlukan aku g usha tempat mainan dia ? Kang aku usha , aku lak tak leh tidur ... kalau tak usha , nanti dia datang kacau aku .. ARghh ... aku bingung.. wife dah tidur dalam bilik.. aku di ruang tamu.. dia tidur kat atas sbb tak nak pasang kipas.. aku lak , kena senantiasa pasang kipas.. aku kan berdarah panas.. huh..

Haaa.. tu diaaa.. muncul lagi !! arghhhh .. tungguuuu jap yer.. aku nak kejar lipas lipas tu !!!

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Tahniah kerana berjaya memikat pengundi pengundi di Galas dan Batu Sapi ... Diharapkan BN akan melunaskan segala janji janjinya secepat mungkin .. sbb nanti PRU akan datang akan tabur beribu jenis janji lagi .. Maka sebaiknya tunaikan yang dah ditabur tu dengan kadar segera ...

Maka skang tanggungjawab GALAS di tangan BN ... Nak bangunkan dengan segera... Yeargh... ada mata memandang skang ni .. Nak gak tau apakah tindakan Pemuda Umno yang turun ke sana ari tu selepas ini .. Apakah mereka akan turun lagi.. Begitu juga Puteri Umno .. Pasni nak singgah lagi ke ? Ke nak antar je anak anak buah yang tak tau apa apa tu kat sana ? Hurm..

Aku bukan anti UMNO dan bukan juga anti pembangkang cuma aku tak suka kat satu parti yang mengarut tu  je.. hehehe .. PAS ok lagi bagi aku .. Aku tak nak bangsa asing kata MELAYU ni pandai cakap jer tapi tak reti buat kerja ! Aku melayu yang beragama ISLAM .. Dua parti yang berebut kuasa ni pon MELAYU ISLAM .. Kalau dua dua tak boleh buat kerja , sapa lagi yang kita nak harapkan ???

Jangan sampai kuasa jatuh ke tangan yang salah .. Merana anak cucu kita nanti ...Erk.. aku anak pon lom ada lagi.. heheh..

 

PROFILE ANITA

" Aku bukan gadis manja yang korang cari, bukan gadis cantik yang suka dikejari. Aku gadis biasa yang turun ke bumi untuk mencari cinta Illahi :D "

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Tak larat ? Mmg tak larat tapi aku tetap suka .. suka membebel apa saja di dalam blog ini .. Yang paling aku suka ialah aku mampu memberi 'semangat' pada rakan rakan lain .. Aku tau sangat perasaan itu ..

Masa aku dulu , yang bagi semangat tu tak ramai.. Aku masih ingat lagi mereka yang senantiasa menyokong aku tu .. Terima kasih buat mereka dan yang masih setia menyokong aku tanpa rasa jemu ialah jiran dalam rumah aku ni .. tak lain tak bukan , MAT GEBU AL BUAYA aka www.tiffinbiru.blogspot.com .. baik korang ingat blog dia ni sbb tak lama lagi dia meletop kat HARIAN METRO lak .. skang ni dia popular kat MAJALAH JELITA .. Hehehe..

Cita cita aku terhadap blog ini adalah satu jer .. nak berada sekali saja dalam carta top 100 malaysia.. tu jer.. pastu , tutup terus blog.. hehehe.. tapi tu la.. tak tau bilanya ..Skang ni blog ni dok bergerak pelahan lahan .. Ari tu dah no 281 dan world 74 ribu .. Malam ni check...

image

Dah semakin naik .. ari tu tak silap aku pernah sampai 210 kot.. pastu aku malas nak tumpu sangat .. maka jatuh .. skang sedang mendaki semula dan yang pastinya aku berada di depan blogger yang .. ermm... ala. yang tu laaa... yang delete aku tuu.. hahaha..

Ah tak kisah la... aku nak berada dalam dunia maya ni pon tak tau berapa lama boleh tahan .. sebab tu nak cipta sejarah tersendiri sebelum menutup buku.. Kalau mampu , aku teruskan .. kalau tak ? Wallahualam ..

Pernah dalam satu entri aku dulu , aku give up pasal Alexa ni .. tapi skang tah , nape nak up balik ... Mungkin NUFFNANG tamo sayang aku dah kot .. Huhu.. apa nak buat.. blog aku takde warna merah.. huhu... hehe.. nanti tu kang ada la orang repot.. hahahaha..

 

Cerita Suziana

"Contohnya paling simple dalam pergaulan kita bersama teman taulan (ceh!pandai aku gune bahasa ini,.heee). Ok ! tiba satu saat itu dengan tiba-tibanye (jeng.jeng.jeng) salah seorang rakan kita itu berubah perangai bukan bentuk ye.Mane tahu berubah bentuk petak or bersegi-segi ke rakan2 korang haha ! dah2! Maaf k! Die berubah perangai la tp bukan perangai pelik yang saya nk utarakan selatankan disini tapi die berubah macam kita ada buat salah pada dia."

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Dulu aku tak tau apa itu ayam penyek .. Adakah hidung ayam itu penyek ? Atau daging ayam itu dipenyek penyek ? Hurm ... Malas bertanya sesat jalan bukan ?

Ada sekali tu , aku g makan kat KLCC ... aku ternampak la kat food court KLCC tu ada jual ayam penyek ..Pe lagi kan ? Cuba je la .. Hurmm... Sejak tu , aku ketagih lak nak makan ayam penyek kat situ .. Ayamnya lembut dan sambalnya pedas giler .. Tapi tang mana penyeknya ??  Menurut kawan aku yan giler makan ayam penyek , sedapnya ayam penyek tu terletak pada ayamnya yang dah direbus dan dagingnya dah lembut abis ..

Betul ke ?? Kalau begitu , hilanglah khasiat yang ada dalam ayam tu kan memandangkan ayam tersebut telah direbus.. kan kan ? Jadi apa yang bagusnya makan ayam penyet ?? Ada sesiapa tau ?

Samada berkhasiat atau tidak , aku rasa aku dah ketagihan ayam penyet ..Menurutnya ayam penyet popular di JB .. yeker ?? Dan ada satu di Cyberjaya yang sedap gak .. hehe.. nak serbu la kat sana nanti .. amacam ? Nak follow ?

Tak kisah la.. buat masa skang , aku suka g makan kat ALI BISTRO di Precint Diplomatik tu ha.. Kenapa aku suka g sana ? Sbb pantas .. hehe ..

Cerita Padil ..

aku dah bukak new page untuk dijadikan online shop dimana aku menjual pakaian yang bersaiz besar untuk mereka yang extraordinary macam aku jugakk.....setakat ni stok tak banyak lagi..Insyallah dalam masa terdekat...aku tambah lagi barang kt kedai X-tra L aku tu...kepada mereka yang senasib dengan aku..sering kali pegi SALE kat mane2 tapi tak dpat nak beli pape pon (sbb takde saiz)...boleh la singgah ke kedai aku...Korang juga boleh REQUEST barang yang korang nak...contohnye kalau nk Levi's saiz besa or jersey bola besar..just tinggalkan komen kt ruangan komen or email trus kt aku...Insyallah aku coba carik..harga jgn risau...memang berbaloi-baloi...

Cerita Amirrah Zawani

Emak aku pun pernah cakap, kalau kita mimpi yang berkaitan dengan air yang banyak, kita akan mendapat duit. Contoh air yang banyak ni macam mandi sungai, mandi laut, banjir dan ect. Yang ni lah yang aku mimpi semalam. Haha! Aku mimpi nak bot dengan adik-adik aku. Kitorang pergi Tasik Dayang Bunting. Then, aku terjun mandi kat tasik tu. Kalau betul lah maksudnya dapat duit, gembira lah saya. Hehe! :)

Selamat berkenalan ...

Share
Tweet
Pin
Share
32 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Januari 2026 (4)
      • Sahabat Blogger @ Kelab Blogger : Hooda
      • Aku berhenti minum kopi dan tukar kepada..
      • Pening kepala aku dengan itik itik ni !
      • Tik Tok bikin hal sama seller ?
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes