BEN ASHAARI



 

Kes gadis bawah umur hilang semakin membimbangkan

KUALA LUMPUR: Kes warga asing melarikan gadis tempatan ke negara asal mereka semakin membimbangkan dengan purata dua hingga tiga kes sebulan sepanjang tahun ini dengan kebanyakan kes membabitkan gadis bawah umur.

Walaupun kes seperti itu kini agak kurang didedahkan hingga dianggap ‘sejuk’ terutama selepas kes membabitkan lelaki Lombok, Indonesia, namun senario sebenar membuktikan keghairahan membawa pulang anak gadis tempatan tidak pernah pudar.

Jumlah itu hanya berdasarkan laporan diterima polis dan dirujuk kepada Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Malaysia. Jika dikira kes tidak dilaporkan, jumlahnya barangkali lebih besar termasuk kes membabitkan wanita dewasa.

Gadis yang hilang atau melarikan diri itu berusia seawal 14 hingga 24 tahun termasuk yang masih bersekolah dan dianggap terlalu mentah membuat pilihan.

Sejak Januari hingga Jun lalu, Biro Aduan Komuniti Pemuda itu sudah memulakan siasatan terhadap 15 kes termasuk beberapa kes yang sudah diselesaikan.

Pendedahan itu tidak menghairankan kerana berdasarkan laporan Bukit Aman mengenai siasatan kes orang hilang, terdapat 16 kes gadis dan remaja wanita yang dilaporkan hilang dalam tempoh tiga bulan sejak Julai hingga September lalu.

Kebanyakan mereka berusia 14 hingga 30 tahun dan Biro Aduan Komuniti Pemuda tidak menolak kemungkinan ada antara mereka terbabit dalam gejala yang sama, iaitu mengikut teman lelaki atau dilarikan teman lelaki.

Ketua Biro Aduan Komuniti, Datuk Mohd Khairun Aseh menyifatkannya sebagai serius dan jelasnya, berdasarkan pengalaman mengendalikan kes, beliau mendapati warga asing cukup berbangga dengan tindakan mereka walaupun menyalahi undang-undang.

“Biro terima 15 kes melarikan diri bersama kekasih warga asing atau anak gadis bawah umur dilarikan ke negara jiran sejak Januari hingga Jun lalu. Walaupun nisbah kes tidak begitu besar berbanding keseluruhan 300 aduan pelbagai kes, ia berpotensi untuk meningkat.
“Bagi kes bawah umur, secara automatik ia dikategorikan sebagai melarikan gadis mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan kebanyakan mereka diseludup ke sana secara haram. Mereka jadi pendatang haram di sana dan itu kesalahan besar,” katanya.

Katanya, gadis dewasa akan dibantu dengan memberikan nasihat dan rundingan, tetapi keluarga mereka mesti ada keinginan untuk selesaikan kes kerana ada keluarga yang kecewa hingga berputus asa untuk selamatkan anak mereka.

Biarpun Lombok masih dilabel kawasan paling tinggi kes melarikan gadis Malaysia, Khairun menjelaskan trend semakin berubah dengan lelaki Indonesia di kawasan lain juga terbabit seperti dari Kalimantan, Surabaya dan Yogyakarta , Indonesia.

Ketika ini pihaknya memfokuskan kes gadis bawah umur yang disifatkan mudah terpedaya dengan pujuk rayu hingga terlanjur dengan teman lelaki dan ada yang mengandung anak luar nikah.
Mengikut Akta Kanak-Kanak, mereka berusia bawah 18 tahun akan diberi perlindungan kerana tidak boleh membuat keputusan berdasarkan kemahuan atau pemikiran sendiri. Segala yang berlaku ke atas mereka akan disabitkan seperti gangguan atau serangan seksual.

“Dalam kebanyakan kes terlanjur, biasanya gadis akan diberi bayangan mereka akan mengikut ‘sang kekasih’ ke negara asal dan tidak akan terabai, kononnya untuk menyelesaikan masalah. Sebenarnya itu menambah masalah kerana tidak menggunakan dokumen sah,” katanya.

Difahamkan, kos membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di sana selepas melarikan diri ke Indonesia termasuk Lombok dianggar mencecah RM30,000 seorang.

- BHARIAN -

 

BA : Jangan buta mata kerana nafsu !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Hurm ..terima kasih atas segala komen korang tu.. terharu aku baca.. celik mata tadi terus tengok blog.. hahaha... nak wat camana kan .. kang biar berkarat kat situ , tak best lak ..

Ops.. Salam dan selamat pagi.. hehe..sementara aku masih ingat nak taip apa ni , baik aku taip dulu.. Ada pertanyaan dalam entri lepas , justify , bahasa alien , cik adik dan cik akak tu .. Penggunaan bahasa penting untuk mendidik pembaca  kita terutama buat yang masih belajar .. Kita  tak tau sapa yang blog kita ni ..Jadi penggunaan bahasa standard 'menyelamatkan keadaan' ..

Penggunaan bahasa standard mmg tidak akan membuatkan blog kita tu popular  tetapi ianya juga mampu menjadi SEO yang baik dalam blog kita .. Mampu menjana trafik disebabkan beberapa keywords yang kita 'tak perasan' ..

image

Jangan lupa , bila menjadi blogger , kita sendiri secara automatik menjadi 'pendakwah kepada pembaca .. Segala tulisan kita , yang baik akan mereka 'dengar dan ikut' dan yang buruk mereka jadikan sempadan ..

Ok ? Terpulang pada citarasa blogger masing masing .. Aku bukan nak mengajar atau nak menegur .. Aku sekadar memberitahu apa yang aku tahu .. Nak ikut atau tidak .. blog masing masing ..

Penggunaan widget ni .. Mmg cantik blog .. serius , aku pon suka tengok .. cuma kita kena 'bertimbangrasa' kepada pembaca sbb masalah loading .. Ada pembaca (ramai woo ) mempunyai masalah internet yang lembab .. Bayangkanlah jika ada 'suara suara kecil ' yang memberitahu blog  kita tu best dan 'yang mendengar' tu tertarik kemudian masuk laaaa ke blog korang tuu.. Tapi bila masuk , macam macam 'souvenir' ada dalam blog tu .. Nak amik tak boleh.. tengok je la.. tapi sebelum tu , agak terseksa nak tunggu abis loading..Korang rasa kalau gitu keadaannya , apakah akan mereka kembali lagi ? 

Cik adik dan cik akak tu maksud aku ialah widget awek awek yang berdiri kat kiri kanan blog tu .. Dan banyak lagi la... Serius , ramai akan menekan butang pangkah kalau jumpa blog blog yang banyak widget ni .. Aku tau ada amalkan konsep ' pedulik apa aku.. blog aku ' ... tak kisah .. blog masing masing .. tapi janganlah dok garu kepala ' kenapa blog aku tak ramai orang baca ek ? "  .. Ok ?

Tu je la.. untuk blogger blogger baru .. jap lagi ada satu segmen khas buat korang .. tunggu nanti yer .. Terima kasih kerana sudi singgah sini .. Harap maaf atas 'kekasaran' bahasa aku yg mana mungkin ada yang terasa dengan entri ini atau yang lepas ..

Bukan nak mengajar , bukan nak menegur tapi sekadar berkongsi pengalaman ..

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

Niat aku memberi segala tips yang aku tau bukanlah inginkan pujian melambung mahupon kata kata manis dari mereka.. Aku malu bila baca segala komen di blog aku atau di blog mereka .. Malu bila dikatakan 'otai' atau pelbagai lagi ..

Hurm.. aku hargai sangat apa yang mereka ingin sampaikan didalam komen ataupon entri penghargaan mereka.. Aku sangat sangat terharu . Samada ikhlas atau tidak , hanya mereka saja tau tapi bagi aku , mereka ikhlas 100% ...

Kenapa aku sibuk sangat nak bagi segala tips yang aku tau ? Apa yang aku mampu bagi pada mereka yang tercari cari rentak dalam dunia blog ini ? Hanyalah secebis pengetahuan serta pengalaman aku yang seciput ini jer .. Mana lah tau mungkin berguna buat mereka yang baru nak mula melangkah .. Sapa tau bukan satu hari nanti mereka mampu melangkah ala ala BOLT tu .. haaa...

Aku tau perit nak melangkah .. perit sangat bila tengok rumah cantik tapi tiada pengunjung sedangkan pintu pagar di buka luas untuk menerima kehadiran tetamu tetapi bilangan yang mengunjungi amat menyedihkan .. Semangat mati .. Sapa nak bangkitkan mereka ? Sedangkan ada diantara mereka menunjukkan segala kejayaan mereka namun berapa ramaikah menghulurkan tangan mempelawa untuk meraih segala kejayaan bersama ?

Sikap utamakan diri sendiri ini mmg dah lama kita tau .. Sejak lahir kita didunia ini , kita dah tau .. Lepaskan dulu diri kita baru pandang ke belakang .. samada nak hulur tangan atau tidak , hanya hati yang mengetahuinya ..

Berbalik soal 'otai' .. OTAI ini terlalu berat pangkatnya .. Seolah olah Otai ( old timer ) ni cukup mahir dalam selok belok dunia blogging .. Bila ada diantara mereka mengatakan bahawa aku ini otai , maka ramailah akan 'menziarahi' blog aku .. Maka selebihnya aku rasa korang tau sendiri la kan .. Takkan otai macam aku ni kan ??? Lebih lagi aku guna blogspot.. Otai tak guna blogspot.. Dia mesti guna wordpress..baru la otai.. Nak kata apa kan .. malas nak bicara isu ini ..

Aku lebih rela dikatakan blogger baru .. atau sebenarnya aku belum pon layak di gelar blogger disebabkan ilmu penulisan aku langsung tidak mantap lagi .. Aku masih setahun jagung.. Dan aku sedang berusaha untuk memperbaikinya lagi ..

Isu Otai ini boleh menyebabkan mereka mereka yang tidak berpuashati dengan aku , mencetuskan satu isu negatif yang mana aku rasa korang mungkin boleh agak ..

Aku malas nak layan bab bab negatif ni sbb aku ada dunia realiti yang perlu aku amik tahu .. Dunia maya ini cumalah dunia kedua aku di mana disini aku ada ramai rakan rakan blogger di seluruh pelusuk dunia ... Menarik bukan ? Lebih baik cipta kawan dari lawan ..

Ok.. tu je la aku nak bagitau .. Senang dan mudah ... AKU BUKAN OTAI DAN TAK BERMINAT NAK JADI OTAI .. KAU DAN AKU ADALAH SAMA ! KITA SETARAF !

Selamt datang ASHIYA !

Share
Tweet
Pin
Share
35 comments

 

Berapa ramaikah yang online menggunakan broadband mudah alih ? Ramai setahu aku ..kan ? Berapa ramaikah akan gunakan mobile ( hp laaa ) untuk mengakses ke blog kita ?

image Ok..dari gambarajah tu aku yakin ramai tau yang mana satu os yang digunakan oleh mobile.. Wah.. ada jugak orang guna IPAD masuk ke blog aku ni.. Ni yang buat aku jeles neehhhh ...

Erk.. lari tajuk sat.. OK .. maksud aku , masih ada blogger baru yang tidak prihatin  tentang blognya ..  Bila aku masuk untuk menjengah seterusnya untuk aku ketengahkan , tetapi hasrat aku terbantut ... Kenapa yer ??

Yang pertama ... terlampau banyak aksesori .. Widgeo tolong elakkan .. pastu yang' cik adik cik akak ' kat kiri kanan blog tu kalau korang sudi , tolonglah bagi dia berehat untuk selama-lamanya .. Sian dia berdiri kat situ .. pastu bagi orang cemuh dia ... haa.. dia tak bersalah .. Korang pon tak bersalah.. sila salahkan jiran sebelah rumah korang yer ..

Yang kedua ... AK THAK TAW LARGH KHENAPEW MHEREKER INEW GHEMER GUNER BHESER ALIEN NATION nehhhhh .. Adoi.. aku nak tulis pon susah .. camana diorg leh tulis gitu eh ? Cute ke ?? Mungkin la cute tapi buat mereka yang gemar membaca blog ni untuk mencari infomasi , hiburan dan juga merehatkan minda , ayat ayat gini bisa membakar segala urat urat yang berada di serebelum dan medula oblagata mereka .. Bila dah terbakar , sah sah akan dimasukkan ke hospital .. Sapa lagi nak baca blog korang bila pembaca setia korang dah koma ?? Habaq mai ?

Yang ketiga .. yang ni ada orang tanya tadi.. Sesuai tak guna bahasa atau lorat negeri .. Hurmm hurmmm .. Korang rasa sesuai tak ? Sebaiknya gunakan bahasa universal .. semua orang faham.. Universal maksud aku ni ada dua .. BM dan BI .. kalau korang target pembaca luar negara , sila gunakan  BM ... Kalau target pembaca dalam negara , gunakan BI .. Pertukaran bahasa gitu .. kan kan ..

Yang keempat .. warna warni .. yang ni , alhamdulillah .. sangat kurang dah berlaku .. Dulu ramai buat .. ala ala pelangi blog diorg .. kalau jemput ERIC si DECO DECO tu mesti dia pening nak overhaul blog diorng tu .. tapi kini , bagus.. blogger baru cepat matang .. Tahniah ..

Yang kelima dan terakhir buat malam ini sebelum aku beradu (insyaAllah.. kalau ada idea baru , update dulu ) , ALIGNMENT entri korang tu ... Yang ini aku sendiri pernah ditegur oleh seorang sahabat blogger dulu ..Untuk nampak kemas dan profesionalnya blog korang tu , gunakan JUSTIFIED .. Cantik lagi bergaya gitu ..

Ok , aku tak nak g tegur sorang sorang punya blog .. Sapa la aku nak tegur atau buat review blog korang .. Aku lom ada sijil kelayakan untuk melakukan demikian maka , korang sendirilah yang layak buat gitu.. ade pehe ? Baguih ...

Erm .. Violet , kalu yakin pada diri sendiri .. blog anda sendiri akan berdiri sama tinggi dengan mereka yang anda kagumi itu ... erk.. jgn kagum kat saya lagi.. lom layak...  Dan sorang lagi ni .. Belalang oh belalang .. bila nak bertukar jadi raksasa ??? Lama dah tungu ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
32 comments

 

SOLO: Suasana sepi serba putih tanpa sebarang pergerakan seperti dunia telah kiamat, itu adalah gambaran Fakulti Perubatan Universiti Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta, 26 kilometer dari Gunung Merapi, yang dinyatakan seorang penuntut Malaysia.

Letusan Gunung Merapi yang paling dahsyat pada 12.46 pagi semalam mengakibatkan ratusan penduduk di sekitar gunung berapi paling aktif di dunia itu terkorban akibat terkena awan panas manakala ramai lagi yang cedera.

Semburan awan panas "wedhus gembel" setinggi 8,000 meter itu telah menerbangkan hujan abu volkanik dan hujan kerikil ke kota Yogyakarta, ibu kota lama Indonesia.

"Keadaannya amat menyeramkam sekali, kereta yang diselimuti abu putih kelihatan seperti tidak pernah dicuci selama beberapa tahun.
"Terasa seperti saya dan sahabat saya sahaja yang terselamat daripada kiamat pada masa itu apabila kami berjalan di kawasan fakulti itu jam 6.45 pagi menuju kelas semalam," kata Srijesh Sobha Kumar, 20.

Penuntut tahun pertama dari Kepong, Selangor itu berkata apabila menerima SMS bahawa semua penuntut Malaysia di universiti itu akan dipindah dan dihantar pulang ke Malaysia, beliau menjadi cemas kerana bimbang akan ketinggalan daripada kumpulan itu.

Bantuan seorang pelajar senior membawanya pulang ke asrama dengan motosikal pada masa itu benar-benar melegakan hati, apalagi apabila mendapat tahu semua penuntut lain sudah bersedia untuk dipindahkan.

Itulah pengalaman yang tak akan dilupakan Srijesh yang sejak awal tahun ini telah mengalami beberapa peristiwa baru yang mengejutkan dalam kehidupannya iaitu gempa bumi, ribut taufan dan demonstrasi anti-Malaysia di kota Yogyakarta.

Srijesh yang menceritakan pengalaman itu di sini hari ini, berkata hujan abu dan kerikil yang turun di Yogyakarta pada malam itu juga menjadikan beliau berasa takut keadaan lebih buruk akan berlaku di Yogyakarta.

"Tengah malam itu masa kami hendak memotong kek Deepavali, kami terdengar bunyi guruh yang kuat di langit, bunyi itu berulang-ulang tanpa henti dan tak lama lepas itu kami dengar bunyi batu-batu kecil menimpa bumbung di atas tingkap asrama.

"Orang tempatan kata jika Merapi sudah menurunkan hujan kerikil, ia akan diikuti dengan gempa bumi, inilah yang paling menakutkan saya," katanya.

Srijesh yang menunggu untuk pulang Malaysia dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi esok bersyukur kerana Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk membawa pulang penuntut Malaysia di sini.

Seorang lagi pelajar Nur Taufiqah Idris, 22, dari Greenwood, Gombak, Selangor berkata beliau bersyukur mereka akhirnya akan dibawa pulang ke Malaysia setelah beberapa kali menunggu saat ini.
"Kami telah bersedia dengan beg pakaian sejak Merapi meletus kali pertama pada 26 Oktober lepas dan apabila hujan abu volkanik turun pada Sabtu lalu, saya sudah ketakutan," katanya.

Sementara itu, Ketua Multimedia, Penerbitan dan Komunikasi Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia cawangan Yogyakarta, William Chin Jian Wei, 22, berkata persatuan itu telah bersiap sedia dengan sistem komunikasi yang telah teruji dalam usaha menyebarkan maklumat penting kepada penuntut Malaysia.
Penuntut tahun empat fakulti perubatan UGM itu berkata, sistem komunikasi melalui penghantaran SMS itu dapat menyampaikan pesanan penting dan nasihat agar penuntut bersedia untuk dipindahkan pagi semalam.

Presiden Kelab UMNO Luar Negara cawangan Yogyakarta, Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin, 25, berkata sejumlah 386 penuntut Malaysia akan dihantar pulang ke Malaysia awal pagi esok.
Difahamkan penuntut itu akan diterbangkan p

ulang dengan pesawat C130 TUDM awal pagi esok.
Chin berkata, 21 pelajar kedoktoran UGM memilih untuk tidak pulang ke Malaysia sebaliknya akan tinggal di Solo sehingga keadaan selamat kerana mereka terikat dengan tugasan klinikal. - BERNAMA

-BHARIAN-

 

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (15)
    • ▼  Julai 2026 (1)
      • Tidur awal bangun awal !
    • ►  Jun 2026 (2)
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes