BEN ASHAARI



 

Demi kerana IPHONE ??? Oh tidak ..

 

MUNGKIN ada yang mengatakan mereka gila. Demi sebuah iPhone yang berharga sekitar RM2,500, mereka sanggup berkampung di pusat beli-belah Berjaya Times Square (BTS) supaya tidak terlepas menjadi antara 100 pengunjung bertuah IT Centre yang menawarkan iPhone pada harga RM1.

Walaupun kaunter hanya dibuka pada pukul 10 pagi, para pengunjung BTS tidak mahu terlepas peluang tersebut walaupun mereka tahu kemungkinan untuk pulang dengan tangan kosong kerana hanya tiga pengunjung bertuah bakal memiliki iPhone 4 yang ditawarkan.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Promosi BTS, Aileen Oo, acara berkenaan diadakan bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung BTS memiliki tetefon pintar terkini di pasaran tetapi bagi menarik pengunjung ke IT Centre yang terletak di tiga tingkat bermula di tingkat bawah sehingga tingkat dua pusat beli-belah berkenaan.

“Walaupun cabaran mendapatkan sebuah telefon pintar iPhone begitu tinggi, sambutan pengunjung sangat meriah dan mereka sanggup bermalam di BTS bersama-sama rakan dan ahli keluarga.

“Untuk menentukan produk yang mereka akan dapat, mereka hanya perlu membayar RM1 dan mencabut kertas cabutan di dalam kotak misteri yang disediakan,” katanya.

Selain itu, Aileen memberitahu pengunjung dapat membeli pelbagai gajet dan aksesori di zon peruncit telekomunikasi dan teknologi maklumat (IT) yang menempatkan lebih 100 kedai dan kios daripada pelbagai jenama di IT Centre.

“Kedai konsep terkenal seperti Acer, Apple, Canon. Dell, HP, HTC dan Lenovo juga terdapat di sini. Telefon bimbit terkini seperti Nokia, Samsung, Sony Ericson, LG serta PDA, alatan navigasi dan kamera turut ditawarkan,” katanya pada pelancaran IT Centre minggu lalu.

Hab IT baru

Menurut beliau, dengan pembukaan IT Centre, BTS kini menyediakan gajet terkini, fesyen terbaru, permainan dan rangkaian restoran untuk para pengunjung membeli-belah dan bergembira di bawah satu bumbung.

“Justeru dengan pembukaan IT Centre ini ia melengkapkan BTS sebagai pusat beli-belah yang menawarkan pengalaman membeli-belah lengkap,” katanya.

Dalam pada itu, Aileen memberitahu, acara cabutan bertuah yang berlangsung menjadi tarikan terbaru pelanggan di IT Centre apabila tiga pengunjung bertuah berpeluang memiliki sebuah telefon pintar iPhone 4 yang terkini dengan hanya RM1.

“Selain Iphone 4, 100 pengunjung bertuah yang berjaya menjadi pengunjung pertama turut berpeluang membawa pulang gajet-gajet lain seperti telefon bimbit Nokia, Inobel dan LG, Ipod, pendrive, Navigator GPS, Bluetooth, fon telinga, pembesar suara dan pemacu keras.

Sementara itu, pengunjung bertuah yang berjaya membawa pulang sebuah iPhone 4, Cheong Yew Keat, 30, dari Cheras, Kuala Lumpur terkejut apabila diumumkan berjaya memiliki sebuah iPhone 4.

“Ketika menarik kertas cabutan, saya tidak menyangka ia sebuah iPhone kerana ramai pengunjung hanya pulang dengan sebuah pendrive. Tetapi seperti semua yang sanggup berbaris berjam-jam saya amat berharap mendapat sebuah iPhone 4.

“Tambahan pula, bukan saya seorang yang menunggu di sini sejak semalam. Abang dan kawan saya juga turut serta tetapi mereka tidak berjaya memenangi iPhone 4,” katanya yang kelihatan kepenatan selepas menunggu selama 16 jam.

Rezeki warga emas

Penantian warga emas, Siew Shin Choon, 59, sejak pukul 9 malam tidak sia-sia kerana dia juga berjaya membawa pulang sebuah iPhone 4 walaupun dia tidak mahir menggunakan telefon pintar yang mempunyai fungsi rumit.

“Selepas memenangi iPhone 4 ini, saya dikerumuni beberapa orang pengunjung yang menawarkan harga rendah untuk membeli iPhone 4 yang saya menangi termasuk seorang lelaki yang menawarkan RM700 untuk telefon ini.

“Saya tidak menjualnya kepada sesiapa pun. Saya mungkin memberikan telefon ini kepada cucu saya,” katanya.

Shin Choon memberitahu, dia tidak mengetahui mengenai acara berkenaan tetapi berada di BTS kerana hendak bertemu dengan rakan-rakannya.

“Saya tengok ramai orang berkumpul dan berbaris sejak semalam. Saya dapat agak sesuatu yang menarik sedang berlangsung dan tidak mahu ketinggalan menyertainya,” katanya.

Seorang pembangun perisian, Way Chong Wen, 25, pula sudah berada di BTS sejak pukul 12 malam. Dia dan dua sahabatnya tidur di perkarangan BTS kerana tidak mahu terlepas peluang menjadi antara 100 pengunjung bertuah yang layak mengambil bahagian.

“Kawan-kawan saya terpaksa pulang hampa kerana tidak berjaya memiliki iPhone 4 yang ditawarkan pada harga RM1. Tetapi saya gembira kerana bertuah dan sekurang-kurangnya penantian kami berhasil,” katanya.

Dalam pada itu, ibu muda, Hazlinda Husin, 33, tetap berpuas hati walaupun hanya membawa pulang sebuah iPod if200 termasuk pembesar suaranya selepas menunggu sejak pukul 9 malam.

“Berbaloi menunggu walaupun tidak berjaya memenangi iPhone 4. Pada mulanya saya sangka akan mendapat sebuah pendrive.

“Anak-anak saya juga sanggup menemani saya di sini dan tertidur di atas lantai kerana kepenatan,” kongsinya.

-KOSMO-

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

MELAKA: Bekas jaguh lumba basikal kebangsaan, Daud Ibrahim maut apabila kereta yang dipandunya dirempuh sebuah treler di Kilometer 223, Lebuh Raya Seremban-Ayer Keroh, dekat Pedas, Rembau, jam 1.15 pagi tadi... Lanjut di BHARIAN

image Wedding Hijab ..hanya di EQ CLOSET

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Hah ??? Kul 7 pagi ?? Adoi... camana ni ? Lewat sangat dah ni .. subuh pon terbabas.. takkan tak kunci alarm ? Aku tanya wife , dia kata kunci .. hurmm ..

Nak g ke tak nak ni ? Kalau g sah sah lambat sangat sampai .. Buat orang menyampah je datang lewat keje .. Hurmm .. Nak tak nak .. nak tak nak .. Ada erl kul 730.. aku ada 10 untuk siap ..

Bertukar !!! image Tapi aku mandi la... Yang mamat ni sah sah awal awal lagi dah mandi .. Maknanya mandi ala ala superman je.. Bukan cara abang Ramlee yer ..

Wife aku drive ala ala image untuk segera sampai.. Sbb dia ada tempoh 10 minit yang biasa amik masa 15 minit untuk sampai ke stesen ERL Putrajaya ..

Sempat !! Timbul satu masalah lagi .. Aku sakit perut .. Tak sempat ..  hehehe.. maklumlah segera punya mandi .. heehehe.. malu la i.. hahahaha..

Muka ngantuk , mata merah .. tak bermaya jer.. pakai la spek hitam untuk coverline.. nasib baik matahari pon dah keluar .. kalau tak sah sah orang kata aku hisap dadah.. hahaha..

Harap harap LRT tak wat hal .. Alhamdulillah .. dah ok dah LRT..takde berenti berenti dah .. Bagus.. Camni la Rapid..Terima kasih !!

Perutku memulas mulas.. mintak dilepaskan .. hahaha.. camana ni ? Perlukah aku berlari ala ala image untuk segera sampai ??? Hurmm.. ni pakai baju batik ni ... camana eh.. tak pe.. aku jalan dengan selaju mungkin .. Arghh ..

Beg aku ni menganggu sungguh.. Asik mengelongsor jatuh jer .. Sbb baju aku jenis kain licin .. susah nak melekat lak .. masa naik tangga , aku cuba melangkah dengan cepat.. Beg pulak wat hal ..

Tak pasal pasal aku hampir tersungkur kat situ .. Ada orang lak tu .. Ahh.. nasib la.. tolak tepi malu..Yang aku tau , aku perlu sampai sebelum 830 dan segera ke tandas.. hehe..

Erm... lif ke pejabat aku lambat lagi.. tapi ke satu bahagian lagi dah depan mata.. Aku naik lif tu.. ke unit imigresen.. Punch je kat situ pastu plan terus ke tandas situ ..

Lega.. sempat .. 8.24 pagi.. Perut ku dah berhenti memulas.. Tensen tak kalau korang ?? Tadi beria punya memulas.. Cam nak mati dah lagaknya .. Bila tandas depan mata ??? Tak nak lak .. ARgh... Borak jap ngan satu abang IMI kat situ pastu keluar naik ke opis aku..

Keluar je ke lif tu , perut aku memulas balik !!!! Hadoiii... nasib baik la perut !! kalau bukan perut mau je ngan dia dia aku buang .. haih.. Sampai opis... ala.. aku rasa part ni korang tau la kan .. hehehe..

Lapar la pulak ...

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

image Baru pas tengok TAKERS di Alamanda .. Best ? 3 bintang dari aku .. Kalau sapa kata best giler , aku syorkan dia tengok ITALIAN JOB dan OCEAN ELEVEN ( dan sambungan dia ) .. Perfect ! ahahah

imageLepas abis wayang , terjadi satu insiden .. ehehe .. boleh aku cerita je ?? Member aku tak kasi cerita .. hahahaha ... Disebabkan 'kebijaksanaan' member aku ni , maka aku ngan dia terpaksa tunggu sejam lagi selepas abis movie tu disebabkan kereta dia diblock oleh kereta lain .. Nasib baik ada kedai mamak dok bukak lagi .. G antar wife aku dulu pastu g lepak kat sana ..

Hahahha.. dah nasib badan .. nasib baik sejam je.. kalau 2-3 jam ?? Mau gak suh dia tidur dalam kereta tu.. hahahaha..

Ok geng.. lewat dah.. aku tidur dulu yer.. kang esok tak bangun lak.. hehe.. Salam ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Wawawwa.. sapa suruh haaa ... memandai je dia yerrrr... Oooo .. buah terjemahan sendiri yer ... Mmg ni .. saja jee yer ... Tapi tak pe .. Kreatif.. berani bersuara di sini.. Suka suka ... Tu antara tujuan ruangan komen dibuat ..

Oh ya.. pastinya ramai nak tau apa kes ni kan ? Korang dah baca entri aku yang tadi tu ? Yang sebelum ni .. Belum ? Kalau belum , sila ke catatan lama untuk membaca entri tadi tu.. Ramai yang tetiba sedey woo ... aku pon tak tau nape .. ni mesti ada 'kes' dulu kann.. kan .. hehehe.. guwau jer... jgn marah aa .. tak jumpa ?? klik sini

Sebenarnya tu antara entri aku yang lama.. saja aku keluarkan semula.. bagi aku tu permulaan entri aku yang menggunakan gambar tapi mempunyai maksud yg berlainan ...

Ok.. kalau nak tau sapa si Qila yang memandai ni.. hehehe.. i likeee... memandai mandai tapi mmg pandai.. hehehe...pe kata kita g jumpa dia di 'rumahnya' .. jom jom ...klik QILA

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (12)
    • ▼  Mei 2026 (2)
      • Pesanan buat sang isteri sebelum balik kampung !
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes