Haa.. ramai lelaki fikir dia tau bab ni.. Ala .. ais batu campur la hati perempuan neh.. bukan susah nak pujuk.. kan kan ? Masalahnya berapa ramai lelaki nak pujuk bila isterinya merajuk ?? Cuba masa bercinta dulu .. suruh korek lubang kubur pon sanggup !! Skang ? suh korek lubang cacing pon malas ! Kan perempuan kan ?
Sebenarnya kan .. lelaki bukan malas nak pujuk.. tapi lelaki banyak perkara nak pikir.. Hal rumahtangga dia .. rumah orang tua dia.. rumah jiran tetangga dia.. hal pejabat.. hal seketari bos ... hal janda depan rumah tu .. haa.. anak anak .. camana tu ? Maka mmg takde masa la nak pujuk .. tu belum habiskan masa dengan blog.. haaaaaaaaaaaaaa..... kantoi sudah !
Ala... perkara mudah .. biarkan jer .. lama lama sejuk la tu kan .. Hati perempuan ni , sejuk dia sejuk ais batu.. lama lama jadi aisberg.. tau tau dah masuk zaman aisbatu.. baru padan muka lelaki..
Maka tak hairanlah sekarang ni wujud kes kes makan luar disebabkan masalah telekomunikasi ni kan ? Salah suami salah isteri.. Tapi yang sepatutnya ialah elakkan semua ini kerana yang memandang kita ialah ALLAH !!! Segalanya akan ditimbang kelak .. Maka sanggupkah kita melakukan dosa yang tidak sepatutnya kita buat ?